ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Makluman 1
KRT Warisan Indah (KRTWI) akan membiayai majlis berbuka puasa dan moreh di Surau al-Hijrah Kota Warisan pada 13 Ogos 2011 (Sabtu) untuk 250 jemaah. Sehubungan itu, tuan/puan yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan untuk menjayakan majlis tersebut bolehlah berhubung dengan AJK KRTWI (penama di bawah). Tuan/puan yang berkelapangan juga bolehlah datang ke surau selepas zohor pada hari tersebut untuk membantu persediaan memasak.
Makluman 2
KRTWI sedang membuat bancian semula penduduk Warisan Indah. Ini untuk mewujudkan pengkalan data penduduk bagi taman ini. Diharapkan tuan/puan dapat mengisi borang yang dilampirkan bersama dan kembalikan kepada penama di bawah. Semua maklumat tuan/puan adalah rahsia dan hanya untuk rekod KRTWI sahaja.
Klik link berikut untuk borang: Borang Bancian Penduduk
Makluman 3
KRTWI akan mengupah anggota Rela atau Syarikat Keselamatan untuk menjaga keselamatan semasa cuti Hari Raya nanti. Tarikh kawalan itu bermula pada 27 Ogos hingga 3 September 2011 (8 hari). Setiap rumah yang ingin menyertai kawalan ini dikenakan RM50.00 (seperti tahun lepas). Sila isi borang yang dilampirkan bersama dan kembalikan kepada penama di bawah. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 Ogos 2011.
Klik link berikut untuk borang: Borang Kawalan Keselamatan
Makluman 4
Rumah terbuka Warisan Indah akan diadakan pada 1 Oktober 2011 (Sabtu). Sumbangan kewangan bagi majlis ini amat dialu-alukan.
Makluman 5
KRTWI akan menjual sticker kereta dan motorsikal bagi memantapkan komuniti Warisan Indah. Maklumat lanjut akan diberitahu kemudian.
Ketahui maklumat terkini mengenai aktiviti dan program KRT Warisan Indah di:
www.warisanindah.wordpress.com
PERHATIAN:
Untuk bayaran bagi makluman 1 atau 3 atau 4, tuan/puan boleh menghubungi penama di bawah:
1. En. Irwan (Pengerusi) : 26, Jalan Warisan Indah 8/2 (013-3543594)
2. En. Norazhari (Timbalan) : 23, Jalan Warisan Indah 8/14 (012-2121581)
3. En. Saufi (Setiausaha) : 53, Jalan Warisan Indah 8/2 (019-6687010)
Atau tuan/puan boleh bank in ke akaun KRTWI atas nama berikut:
Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah (Affin Bank Kota Warisan: 106620000818).
Nota Penting: Sila SMS kepada AJK, jumlah yang telah dibank in dan bagi tujuan apa (1 atau 3 atau 4) untuk rekod KRTWI.