Wajib Bantah

Semua penduduk Warisan Indah sekarang pasti gundah gulana kerana mendapat notis nilaian semula cukai pintu yang dikenakan Majlis Perbandaran Sepang. Cukai untuk tahun depan ditaksirkan antara RM400-RM1000. Naik berkali-kali ganda daripada tahun lepas.

Mengikut surat MPSepang, penduduk yang tidak berpuas hati boleh membuat bantahan sebelum 17 Januari 2011. JBWI mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Aziz kerana telah mendraf surat bantahan dan beliau sudi berkongsi bantahan itu dengan semua penduduk.

Di sini saya juga melampirkan SURAT BANTAHAN CUKAI PINTU  yang diedit daripada surat cikgu Aziz. Tidak banyak yang saya edit. Tuan/puan boleh guna template cikgu Aziz atau yang saya edit. Apa yang perlu tuan/puan buat ialah menukar maklumat yang saya warnakan dengan merah.

Saya memohon semua penduduk untuk membuat bantahan rasmi ini kepada MPSepang beramai-ramai. Terpulang sama ada tuan/puan hendak gunakan point-point yang disediakan oleh cikgu Aziz atau buat point sendiri. Yang penting nyatakan pendirian (bantahan) penduduk Warisan Indah terhadap nilaian cukai yang melampau ini.

Tuan/puan tidak terikat dengan point-point yang dinyatakan dalam surat tersebut. Itu hanya sebagai panduan sahaja. Yang penting WAJIB BANTAHHHHHHHHHHHHH!!!!!