Makluman

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Makluman 1

KRT Warisan Indah (KRTWI) akan membiayai majlis berbuka puasa dan moreh di Surau al-Hijrah Kota Warisan pada 13 Ogos 2011 (Sabtu) untuk 250 jemaah. Sehubungan itu, tuan/puan yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan untuk menjayakan majlis tersebut bolehlah berhubung dengan AJK KRTWI (penama di bawah). Tuan/puan yang berkelapangan juga bolehlah datang ke surau selepas zohor pada hari tersebut untuk membantu persediaan memasak.

Makluman 2

KRTWI sedang membuat bancian semula penduduk Warisan Indah. Ini untuk mewujudkan pengkalan data penduduk bagi taman ini. Diharapkan tuan/puan dapat mengisi borang yang dilampirkan bersama dan kembalikan kepada penama di bawah. Semua maklumat tuan/puan adalah rahsia dan hanya untuk rekod KRTWI sahaja.

Klik link berikut untuk borang: Borang Bancian Penduduk

Makluman 3

KRTWI akan mengupah anggota Rela atau Syarikat Keselamatan untuk menjaga keselamatan semasa cuti Hari Raya nanti. Tarikh kawalan itu bermula pada 27 Ogos hingga 3 September 2011 (8 hari). Setiap rumah yang ingin menyertai kawalan ini dikenakan RM50.00 (seperti tahun lepas). Sila isi borang yang dilampirkan bersama dan kembalikan kepada penama di bawah. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 Ogos 2011.

Klik link berikut untuk borang: Borang Kawalan Keselamatan

Makluman 4

Rumah terbuka Warisan Indah akan diadakan pada 1 Oktober 2011 (Sabtu). Sumbangan kewangan bagi majlis ini amat dialu-alukan.

Makluman 5

KRTWI akan menjual sticker kereta dan motorsikal bagi memantapkan komuniti Warisan Indah. Maklumat lanjut akan diberitahu kemudian.

Ketahui maklumat terkini mengenai aktiviti dan program KRT Warisan Indah di:

http://www.warisanindah.wordpress.com

PERHATIAN:

Untuk bayaran bagi makluman 1 atau 3 atau 4, tuan/puan boleh menghubungi penama di bawah:

1. En. Irwan (Pengerusi)           : 26, Jalan Warisan Indah 8/2       (013-3543594)
2. En. Norazhari (Timbalan)    : 23, Jalan Warisan Indah 8/14     (012-2121581)
3. En. Saufi (Setiausaha)           : 53, Jalan Warisan Indah 8/2       (019-6687010)

Atau tuan/puan boleh bank in ke akaun KRTWI atas nama berikut:

Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah (Affin Bank Kota Warisan: 106620000818).

Nota Penting: Sila SMS kepada AJK, jumlah yang telah dibank in dan bagi tujuan apa (1 atau 3 atau 4) untuk rekod KRTWI.

Promosi Ramadan

Sempena Ramadan, pihak http://www.cerdik.my menawarkan diskaun bagi pembelian Jus al-Khaira dan Smart Coco A+. Dapatkan khasiat kurma, badam, delima, pegaga dsb. Penting sebagai ‘sumber tenaga emergency’ terutamanya jika terlewat bangun untuk bersahur!

 

JUS AL-KHAIRA

Al-Khaira bermaksud “yang baik”. Seperti namanya, jus Al-Khaira adalah formulasi istimewa & unik bermanfaat untuk memelihara keseluruhan kesihatan dan kesegaran badan. Ia mengandungi 10 ramuan utama yang mana dikatakan makanan semulajadi yang terbaik di alam ini dan mempunyai banyak kebaikan. Ia terdiri daripada ekstrak-ekstrak delima, kurma, kismis, buah tin, badam, aloe vera, centella, madu asli, gamat dan minyak zaitun.

 

SMART COCO A+

Minuman bernutrisi Smart Coco A+ adalah fomulasi istimewa yang berpontensi untuk meningkatkan daya ingatan, konsentrasi minda, peredaran darah serta sebagai ajen antioksida. Ianya diadun dari bahan bahan makanan yang baik sebagai ubatan dan herba terpilih dan berkualiti seperti serbuk koko, vitamin, madu, malt & gingko biloba. Ia menggunakan krimer bukan tenusu.

Smart Coco A+ membantu meningkatkan daya ingatan tahap kecerdasan minda, IQ & konsentrasi minda / memperbaiki sistem perjalanan darah / Mencantikkan kulit / Membantu membekalkan bahan keperluan dalam badan untuk baik pulih sel-sel, tumbesaran dan fungsi organ dalam badan / Mengandungi serat, protein, banyak vitamin & mineral yang baik untuk badan / Membantu menenangkan & tidur malam yang nyenyak.

Selawat Dato’ Hasan Mahmud al-Hafiz

Ada yang tanya pasal selawat yang diberikan oleh Dato’ Hasan Mahmud al-Hafiz masa dia ceramah di Warisan Indah 3 Julai lepas. Ramai yang tak hafal atau tak sempat salin. Berikut adalah selawatnya:

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَزِدْ وَبَارِكْ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَآلِهِ الْأَطْهَارِ

Terjemahannya, “Ya Allah! Selawatlah dan selamatkanlah, tambahkanlah dan berkatilah, ke atas Rasulullah dan keluarganya yang suci”.