Makluman Pemilihan AJK Baharu KRTWI

Penggal Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah (KRTWI) sedia ada akan tamat pada 31 Disember 2013. Sehubungan itu KRTWI akan membuat pemilhan bagi melantik AJK baharu bagi KRTWI sesi 2014-2015. Mesyuarat AJK KRTWI pada 4 Dis 2013 telah memutuskan cara pemilihan AJK baharu adalah seperti berikut:

Setiap jalan di WI (8/2 hingga 8/16) akan mencalonkan 4 (empat) orang (minimum seorang wanita) sebagai wakil jalan. Ini bermakna, 8 jalan x 4 orang = 32 orang wakil. Setelah dicalonkan, 32 orang wakil ini akan bermesyuarat sesama mereka untuk melantik 5 penjawat jawatan utama iaitu: Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari. Tarikh mesyuarat calon-calon ialah pada 15 Dis 2013.

Justeru, tuan/puan hendaklah mencalonkan penama-penama bagi mewakili setiap jalan sebelum 14 Dis 2013. Jika terdapat lebih daripada 4 orang yang dicalonkan, tuan/puan boleh berbincang dengan wakil jalan dan penduduk yang tinggal di jalan tersebut, siapa yang lebih layak untuk dilantik untuk kuota 4 orang bagi jalan tersebut.

Bagi menyelaras pencalonan jalan, berikut adalah wakil AJK KRT bagi jalan masing-masing:

1. Dr. Irwan                 : 8/2     (013-354 3594)
2. En Zuhaimi              : 8/4     (013-436 6004)
3. En Megat                : 8/6     (019-221 8094)
4. En. Rashid              : 8/8     (019-218 6530)
5. En Afrizal                : 8/10   (012-382 0330)
6. En. Assri                  : 8/12   (019-276 1940)
7. En. Norazhari          : 8/14   (012-212 1581)
8. En Mokhtar             : 8/16   (019-268 5303)

Nota: Pemilihan AJK KRT tidak tertakluk seperti pemilihan dalam mesyuarat agung mana-mana persatuan di bawah ROS. Ini kerana KRT berdaftar di bawah Jabatan Perpaduan Negara.

Tong Recycle

tong

Mohon kerjasama penduduk Warisan Indah. Tong biru ini adalah tong recycle dan bukan tong sampah. Mohon jangan letak sampah biasa dalam tong ini. Jenis bahan yang bole di recycle ada dilekat pada tong tu.

Bahan recycle tu akan dikutip setiap pagi jumaat. Jadi mohon tong tu disimpan dalam kawasan rumah dan keluarkan pada setiap pagi jumaat sahaja.

Warisan Indah dipilih sebagai pilot project untuk program recycle. Sebab tu tong ini diberi percuma oleh MPS. 8/2 dulu dapat dan jalan-jalan lain akan diberi secara berperingkat.

Harap maklum

Makluman Program

Makluman kepada semua penduduk Warisan Indah:

19 Oktober 2013 (Sabtu)
Taklimat dan penyerahan tong sampah kitar semula di padang Warisan Indah 8/10 bermula jam 9.00 pagi.

Ini projek perintis (pilot project) di mana Majlis Perbandaran Sepang memilih Warisan Indah sebagai pemula. Setiap unit rumah (633 unit) di Warisan Indah akan mendapat sebiji tong sampah 80L secara percuma.

19 Oktober 2013 (Sabtu)
Bengkel dan kursus Bio Enzim (cara kitar semula sampah untuk kegunaan semula) di dewan Megah Villa bermula jam 9.00 pagi.

20 Oktober 2013 (Ahad)
Gotong royong perdana semua zon. Tuan/puan yang ingin buang sampah besar seperti sofa lama, almari lama dan lain-lain, tolong letak di hadapan rumah masing-masing. Kontraktor akan datang ambil nanti. Boleh rujuk ketua zon masing-masing.

2-2 program ni berhubung dengan pertandingan Zon Bersih peringkat negeri Selangor yang diwakili oleh Kota Warisan yang mewakili Sepang. Sama-samalah kita memmastikan kebersihan Warisan Indah. Terima kasih.

Rumah Terbuka WI 2013

Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah akan menganjurkan program Rumah Terbuka Warisan Indah seperti berikut:

Tarikh: 21 Sep 2013
Hari: Sabtu
Masa: 8.15 pm – 11.00 pm
Tempat: Padang Warisan Indah 8/10

Nota:
KRTWI akan menyediakan juadah menu utama dan air. Setiap blok bagi setiap jalan (8/2 – 8/16) digalakkan untuk membawa “Potluck” (seperti kuih, bubur dsb) bagi 20 orang sahaja.

Program akan diserikan lagi dengan persembahan bunga api dan badut.

Semua penduduk Warisan Indah (8/2 – 8/16) dijemput hadir untuk menjayakan dan memeriahkan program.

Bersama kita bermahabbah sesama penduduk Warisan Indah.

Zon Bersih

Makluman kepada semua penduduk Kota Warisan!

Kota Warisan telah terpilih mewakili Sepang untuk pertandingan Zon Bersih peringkat Selangor. Kerajaan negeri telah memperuntukkan lebih kurang 100K untuk keceriaan seluruh KW ini. Sehubungan itu beberapa aktiviti dan program akan diadakan untuk memastikan “kemenangan” kita.

31 Ogos 2013 (sabtu) ini akan diadakan gotong royong di semua zon yang akan melibatkan semua bahagian Majlis Perbandaran Sepang bermula. Turut diadakan pada hari itu aktiviti menanam pokok yang akan turut dibantu oleh pelajar Kolej Teknologi Timur. Pemeriksaan kesihatan juga turut ada.

Semua penduduk KW tidak mengira zon, agama, bangsa dan negara dialu2kan untuk turut serta. Sila berkumpul di hadapan pejabat JPP Zon Kota Warisan pada 8.00am. Sarapan dan makan tengahari disediakan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Shahrin (S/U kerja) JPP Zon Kota Warisan di talian 012-3969763.

Harap maklum.

Makluman

Makluman bagi penduduk sekitar Warisan Indah.

Pihak Kuil berdekatan 8/14 akan mengadakan acara keagamaan mereka bermula dari 11hb August hingga 18hb August. Ramai penganut agama mereka akan berada dipersekitaran kuil tersebut sepanjang waktu tersebut.

Perjumpaan telah dibuat diantara pengendali kuil, Polis salak Tinggi serta wakil persatuan penduduk pada hari Isnin dan Rabu lepas sebelum raya dan berikut adalah persetujuan yang telah dicapai:

– Acara keagamaan secara senyap sepanjang hari (tanpa sebarang mainan alat musik) akan berlaku dari 11 hingga 15hb August.

– Acara keagamaan beserta mainan alat musik serta perarakan akan berlaku bermula 16hb (Jumaat) dan dan berakhir pada 17hb August (Sabtu) bermula dari pagi hingga larut malam dan MESTI berakhir pada jam 11.00 malam.

– Sebarang permainan alat musik MESTI diberhentikan antara 7.30 mlm hingga 7.45 mlm dan antara 8.35 mlm hingga 8.50 malam bagi menghormati waktu Maghrib serta Isyak.

– Permainan alat musik TIDAK BOLEH menggunakan alat pembesar suara kecuali HAILER untuk bercakap atau menyanyi.

– Acara akan berakhir pada 18hb August (Ahad) tanpa sebarang penggunaan alat musik.

– Pada acara kemuncak 16hb dan 17hb adalah dijangkakan akan dihadiri oleh pengganut seramai antara 200 hingga 300 orang. Kesesakan lalu lintas adalah dijangkakan dimana sebelah jalan sekitar kuil tersebut akan ditutup.

Jika terdapat sebarang masalah atau kemusykilan sepanjang perjalanan upacara tersebut, penduduk bolehlah menghubungi Inspektor Syed daripada IPD Sepang di 019-2706462 atau bilik Gerakan IPD Sepang di 03-87774301 atau wakil pihak kuil iaitu Mr Charlton Anand di 014-6621333 atau Mr Kumar, Pengerusi Kuil di 012-6206033

KRT Warisan Indah.

Makluman Program

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah akan menganjurkan program perdana pada bulan Ramadan ini ( 3 in 1) seperti berikut:

1) Iftar (berbuka puasa) perdana (tahun ini KRTWI menganjurkan berbuka puasa di taman ini dan bukan di surau).
2) Solat Terawih.
3) Ceramah selepas Terawih.

Majlis akan diadakan pada:

Tarikh: 20 Julai 2013
Hari: Sabtu
Tempat: Padang Warisan Indah
Masa: bermula waktu berbuka puasa

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir! Sehubungan itu, KRTWI mengalu-alukan tuan/puan yang ingin memberi sumbangan untuk menjayakan majlis tersebut. Sebarang sumbangan boleh diberikan kepada:

1. Dr. Irwan (Pengerusi) : 26, Jalan Warisan Indah 8/2 (013-3543594)
2. En. Norazhari (Timbalan) : 23, Jalan Warisan Indah 8/14 (012-2121581)
3. En. Saufi (Setiausaha) : 53, Jalan Warisan Indah 8/2 (019-6687010)

atau sumbangan juga boleh diberi melalui akaun Affin Bank: 10662 0000 818 (atas nama Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah).
Nota penting: sila msg transaksi ke no 013-3543594 (Dr. Irwan) untuk tujuan rekod.

Majlis rumah terbuka Warisan Indah pula akan diadakan pada:
Tarikh: 21 September 2013
Hari: Sabtu
Tempat: Padang Warisan Indah
Masa: 8.00 malam

Maklumat lanjut akan diberitahu kemudian.