Feedback Kawalan Keselamatan

Mohon kepada semua penduduk yang telah membayar untuk kawalan keselamatan baru-baru ini untuk memberi feedback kepada JBWI berkenaan prestasi syarikat Delta Force dalam mengawal keselamatan taman kita ini sempena cuti Raya Aidil Fitri.

Setakat yang dimaklumkan kepada saya, ada 1 cubaan untuk pecah masuk rumah di jalan 8/14 tetapi dapat dihalang oleh pengawal. Yang lain-lain, setakat ini alhamdulillah tiada perkara buruk yang berlaku.

Penduduk yang tidak membayar untuk kawalan keselamatan pun boleh beri komen.

Sekian harap maklum!

Advertisements

Kawalan Keselamatan Semasa Hari Raya

Untuk makluman semua penduduk Warisan Indah! JBWI telah menerima 54 borang untuk persetujuan mengguna Syarikat Kawalan Keselamatan semasa cuti Hari Raya ini. Kira cukup-cukup untuk minima yang Syarikat Delta Force letak syarat untuk jaga di taman kita.

Kawalan Delta Force akan bermula pada jam 7 malam 18 September 2009 dan akan berakhir pada jam 7 malam 24 September 2009. Sila ambil perhatian (terutama penduduk yang tidak pulang bercuti) pakaian rasmi pengawal Delta Force ialah baju putih (ada logo Delta Force) dan seluar hitam.

Delta Force akan meletakkan 4 empat orang pengawal (2 siang dan 2 malam) dan mereka akan meletakkan 2 payung (pondok sementara) di 2 tempat iaitu jalan masuk utama jalan 8/2 dan di jalan 8/12. Saya sertakan no. hp penyelia pengawal Delta Force untuk rujukan tuan/puan:

En. Ragu : 012-3555628 / 019-6963002

Beberapa jalan masuk di sebelah belakang akan ditutup dengan kon (sebelah malam sahaja), jadi mohon kerjasama penduduk yang tidak pulang bercuti agar memberi kerjasama kepada pengawal keselamatan. Sebarang masalah sila hubungi saya 013-3543594 (Irwan).

Sticker kayu tertulis “Security” berwarna putih merah telah mula digantung di pagar rumah penduduk yang membayar untuk kawalan keselamatan. Tolong jangan tanggalkan untuk rujukan pengawal yang membuat rondaan selama seminggu ini.

Kepada jiran-jiran yang tidak pulang bercuti atau mereka yang balik lewat, tolong tengok-tengokkan rumah jiran dan juga taman ini, dan tolong maklumkan kepada pengawal sekiranya berlaku perkara yang mencurigakan. Kepada mereka yang pulang bercuti, tinggalkan pesan kepada jiran yang tidak pulang supaya tolong tengokkan rumah.

JBWI mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dan berhati-hati ketika memandu. Ingatlah Warisan Indah…..

MAKLUMAN PENTING!!!

Sempena cuti hari raya Aidil Fitri yang akan datang, JBWI bercadang untuk melantik syarikat kawalan keselamatan (Delta Security Services & Consultansy Sd. Bhd.) untuk tempoh seminggu sahaja (18 – 24 September 2009). Hasil perbincangan dengan syarikat Delta Force tersebut, harga yang ditetapkan ialah RM 50.00 bagi setiap rumah. Setiap rumah yang mendaftar dan membayar akan diberi sticker khas yang akan dikawal 24 jam oleh 5-6 orang pengawal keselamatan dari syarikat tersebut. Ia terbuka kepada semua penduduk tidak kira pemilik atau penyewa, muslim atau non muslim. Jika terjadi kecurian @ pecah rumah, pihak syarikat tersebut akan menanggung kerugian mengikut kadar yang telah ditentukan oleh pihak syarikat.

 Sesiapa yang ingin mendaftar, sila isi borang yang  telah diedarkan ke semua rumah dan kembalikannya kepada pengerusi JBWI (En. Irwan Mohd Subri, no. 26, Jalan Warisan Indah 8/2, 013-3543594) bersama wang RM 50.00 sebelum 12 September 2009.                  PENTING!!!!

 Jika penduduk berpuas hati dengan khidmat syarikat ini, maka untuk masa jangka panjang, kita boleh menggunakan khidmat kawalan syarikat ini untuk mengawal di Warisan Indah ini.

Tanah Mendap di Warisan Indah

Saya telah mendapat aduan berlaku tanah mendap di lorong belakang rumah penduduk antara jalan 8/2 dan 8/4. Hasil dari tinjauan saya tadi, memang terdapat satu lubang besar (hampir 2 kaki) lebar dan dalam, yang terjadi betul-betul belakang rumah no 2. Jalan Warisan Indah 8/2. Rumah ini dulunya disewa oleh penyewa tetapi sekarang ini tiada penghuni. Insya Allah saya akan panjangkan isu ini kepada pihak pemaju kerana jalan atau lorong adalah di bawah tanggungjawab mereka.

Kepada penduduk yang menghadapi masalah yang sama sila hubungi saya untuk tindakan lanjut!

Lubang 1 

Lubang 3

Mesyuarat Rumah Terbuka Warisan Indah

Untuk makluman, satu mesyurat penduduk bagi membincangkan Rumah Terbuka Syawal Warisan Indah akan diadakan pada:

Tarikh: 4 September 2009

Hari: Jumaat

Masa: 10 malam (lepas solat terawih)

Tempat: no. 26 Jalan Warisan Indah 8/2 (rumah pengerusi)

Penduduk yang berkelapangan dijemput hadir!