Tahniah

Kota Warisan telah menjadi juara dalam pertandingan Go Kart anjuran Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di bawah Majlis Perbandaran Sepang. Kejohanan tersebut diadakan pada 29 Oktober 2011 di Kelab Komuniti Cyberjaya.

Pasukan Kota Warisan diwakili oleh En. Ruhi, En. Azmi dan En. Ashed yang merupakan penduduk Warisan Indah 8/4.

Tahniah diucapkan!!!

Ucapan Terima Kasih

Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua barisan AJK, penduduk setiap jalan yang menyiapkan makanan dan juga kepada semua penduduk Warisan Indah yang hadir dan menjayakan Rumah Terbuka semalam. Majlis tersebut amat berjaya dan diluar jangkaan dari segi kehadiran penduduk. Terima kasih sekali lagi.

Kepada anda yang kehilangan jam (Spider Man) atau bakul atau mangkuk, boleh menututnya daripada pengerusi KRTWI.

Gambar-gambar sekitar majlis semalam boleh dilihat di link berikut:

Gambar Rumah Terbuka Warisan Indah 2011

Pengerusi KRTWI