Perjumpaan/Perbincangan Kawalan Keselamatan

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Untuk makluman semua penduduk Warisan Indah. Sehingga 15 Jan, sebanyak 165 buah rumah telah bersetuju untuk menyertai kawalan keselamatan yang diwar-warkan. Sebahagian juga telah membayar yuran kawalan.

Sehubungan itu, KRTWI akan membuat satu perjumpaan dan perbincangan bersama semua penduduk yang telah memberi respon melalui borang yang diedarkan seperti berikut:

Tarikh: 21 Jan 2013
Hari: Isnin
Masa: 9.00 malam
Tempat: perkarangan rumah pengerusi KRTWI (26, 8/2)

Semua penduduk dijemput hadir. Nak daftar malam tu pun boleh. Yang telah bersetuju menyertai kawalan tersebut diWAJIBkan hadir atau wakil. Sila bawa wang bersama untuk membayar yuran kawalan keselamatan pada malam itu (yang belum bayar lee).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-354 3594.

Advertisements