Makluman

Makluman bagi penduduk sekitar Warisan Indah.

Pihak Kuil berdekatan 8/14 akan mengadakan acara keagamaan mereka bermula dari 11hb August hingga 18hb August. Ramai penganut agama mereka akan berada dipersekitaran kuil tersebut sepanjang waktu tersebut.

Perjumpaan telah dibuat diantara pengendali kuil, Polis salak Tinggi serta wakil persatuan penduduk pada hari Isnin dan Rabu lepas sebelum raya dan berikut adalah persetujuan yang telah dicapai:

– Acara keagamaan secara senyap sepanjang hari (tanpa sebarang mainan alat musik) akan berlaku dari 11 hingga 15hb August.

– Acara keagamaan beserta mainan alat musik serta perarakan akan berlaku bermula 16hb (Jumaat) dan dan berakhir pada 17hb August (Sabtu) bermula dari pagi hingga larut malam dan MESTI berakhir pada jam 11.00 malam.

– Sebarang permainan alat musik MESTI diberhentikan antara 7.30 mlm hingga 7.45 mlm dan antara 8.35 mlm hingga 8.50 malam bagi menghormati waktu Maghrib serta Isyak.

– Permainan alat musik TIDAK BOLEH menggunakan alat pembesar suara kecuali HAILER untuk bercakap atau menyanyi.

– Acara akan berakhir pada 18hb August (Ahad) tanpa sebarang penggunaan alat musik.

– Pada acara kemuncak 16hb dan 17hb adalah dijangkakan akan dihadiri oleh pengganut seramai antara 200 hingga 300 orang. Kesesakan lalu lintas adalah dijangkakan dimana sebelah jalan sekitar kuil tersebut akan ditutup.

Jika terdapat sebarang masalah atau kemusykilan sepanjang perjalanan upacara tersebut, penduduk bolehlah menghubungi Inspektor Syed daripada IPD Sepang di 019-2706462 atau bilik Gerakan IPD Sepang di 03-87774301 atau wakil pihak kuil iaitu Mr Charlton Anand di 014-6621333 atau Mr Kumar, Pengerusi Kuil di 012-6206033

KRT Warisan Indah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s