Rumah Terbuka Warisan Indah

Jawatankuasa Bertindak Warisan Indah (JBWI akan mengadakan program taklimat keselamatan Bomba dan Rumah Terbuka Warisan Indah seperti berikut:

Tarikh: 9 Oktober 2010

Hari: Sabtu

Masa: 9.00 am -111.30am

Tempat: Jalan Warisan Indah 8/2 (tapak program)

Nota: Bagi menampung kos program ini, JBWI memohon sumbangan RM50 bagi setiap keluarga (seperti tahun lepas). Sumbangan boleh diberikan kepada:

En Irwan (no. 26,  Jalan Warisan Indah 8/2 – 013-3543594)
E. Saufi Awang (no. 53, Jalan Warisan Indah 8/2 – 019-6687010)
En. Norazhari Samion (no. 23, Jalan Warisan Indah 8/14 – 012-2121581)

Borang Kehadiran dan Sumbangan: KLIK LINK BERIKUTMakluman Rumah Terbuka WI 2010

Sumbangan juga boleh dibayar secara online atas nama Irwan bin Mohd Subri (Affin Bank- No. Akaun: 206620000239).

Semua penduduk Warisan Indah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis.

TENTATIF PROGRAM

8.30am : Kehadiran penduduk
9.00am : Taklimat Keselamatan Bomba
9.45am : Soal jawab
10.00am : Jamuan
11.30am : Bersurai

Advertisements

Majlis Aidilfitri JPP Kota Warisan

Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) Zon Kota Warisan, Majlis Perbandaran Sepang akan mengadakan majlis jamuan Aidilfitri seperti berikut:

Tarikh: 26 Sep 2010

Hari: Ahad

Masa: 10am-12pm

Tempat: Depan pejabat JPP Kota Warisan (Sebelah Affin Bank)

Semua penduduk dijemput hadir!

Nota: Jangan silap faham, majlis ni bukan rumah terbuka Warisan Indah. Ini majlis lain. Majlis rumah terbuka Warisan Indah akan diadakan pada 9 Okt 2010 (maklumat lanjut akan diberitahu kelak).

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Jawatankuasa Bertindak Warisan Indah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua penduduk Warisan Indah. Semoga perjalanan pulang ke kampung dilindungi Allah pergi dan balik. Mulakan perjalanan anda dengan memohon doa kepada Allah S.W.T.

Sebelum pulang ke kampung, pastikan pintu dan tingkap telah ditutup dan dikunci. Juga pastikan punca air dan elektrik di off untuk mengelakkan perkara tidak diingini.

MAKLUMAT KESELAMATAN

Kawalan keselamatan akan bermula jam 7.00 malam pada 8 September 2010 ini sehingga 15 Sep 2010. Pegawai keselamatan yang in charge ialah En. Patmanathan 016-2323476. Kepada penduduk yang menyertai dan membayar untuk kawalan keselamatan boleh berhubung dengan beliau dari masa ke semasa. Mengenai sticker atau tanda yang dijanjikan, pihak kawalan keselamatan akan memasang sendiri di rumah tuan/puan.

Pengawal keselamatan yang mengawal sempena cuti raya akan memakai vest pemantul cahaya @ baju pengawal yang mempunyai logo “Strike Force”.

Penduduk yang tidak pulang beraya dan berada dimohon untuk turut memantau keselamatan dan performance pengawal keselamatan yang dilantik. Untuk aduan atau apa-apa maklum balas tuan/puan boleh hubungi 013-3543594 (En. Irwan).

Berikut adalah beberapa no. penting: 

Pondok Polis Kota Warisan : 03-8706 5022
Lans Koperal Ali Zamri (Pegawai polis KW): 013-6947025
Balai Polis BB Salak Tinggi : 03-8777 4222
Balai Bomba KLIA : 03-8787 4970
Balai Bomba Cyberjaya : 03-8318 8944