Dah Tau Sapa Sabotaj

Banner surau al-Hijrah, Kota Warisan yang disabotaj baru-baru ni dah tahu sapa pelakunya. Tak lain tak bukan mangkuk hayun si pemaju Gema Padu. Mula-mula tak ngaku, tapi bila orang surau dah mengamuk baru depa buat surat minta maaf. Siap bagi duit lagi nak tutup perbuatan jahat depa (dengar katanya depa bagi RM 6000). Nasib baik la GP minta maaf, kalau tak esok Jumaat depa dah plan nak demonstrasi berarak ke pejabat Gema Padu hehe.

Punya la busuk hati Gema Padu ni, cuma kita nak warning la sikit. Hati-hati dengan perbuatan jahat anda tu GP! Sebab yang dok buat jahat tu melibatkan institusi Islam, takut nanti penduduk Islam marah, akan jadi benda yang tak elok. Kita harap semua pihak bertenang, sebab atas kebijaksanaan AJK surau masalah ni telah selesai dengan cara diplomasi.

Advertisements

Banner Surau Disabotaj?

Menjelang majlis pelancaran dana pembesaran Surau al-Hijrah semalam, berlaku kejadian khianat dan sabotaj yang amat mendukacitakan kita semua. Banner makluman mengenai dana pembesaran surau telah dicantas dan di”culik”  oleh individu/pihak yang tidak bertanggungjawab. Bukan 1 tapi ke semua banner (5) yang digantung di seluruh kawasan Kota Warisan telah hilang termasuk yang saya gantung di Warisan Indah dan dekat traffic light depan tu.

Kejadian ini tidak disedari oleh sesiapa dan ia dipercayai berlaku selepas waktu zohor kelmarin sebab masa saya balik solat zohor dari surau, banner tu masih ada. Nak kata Majlis Perbandaran Sepang yang buat, kenapa banner lain masih ada lagi dan bila tanya pemaju depa kata bukan pekerja mereka yang buat.

Sebenarnya kejadian mensabotaj banner surau bukan pertama kali berlaku, tahun lepas pun dah pernah berlaku. Jadi mohon kerjasama penduduk yang ada maklumat atau ternampak siapa yang cantas banner surau kelmarin, sila bagitau saya atau pihak surau atau pihak polis. Ini adalah kejadian serius!

Tapi syukur alhamdulillah, walaupun ada individu/pihak nak sabotaj majlis surau, dalam majlis pelancaran dan semalam, pihak surau berjaya mengumpul lebih kurang RM 8000 hasil sumbangan hadirin dan hadirat. Kepada anda yang ingin membuat sumbangan pembesaran surau, sila rujuk post terdahulu.

Pelancaran Dana Pembesaran Surau Kota Warisan

Memandangkan bilangan penduduk Kota Warisan (terutama yang beragama Islam) telah bertambah dan seringkali waktu solat Jumaat, bilangan jemaah terkadang melimpah keluar. Oleh itu AJK Pembangunan Surau al-Hijrah, Kota Warisan bercadang untuk membesarkan ruang solat sedia ada (di sebelah belakang). Pembesaran ini meliputi ruang solat tambahan (muat hingga 1500 jemaah), perpustakaan, bilik pengurusan jenazah, bilik kuliah dan lain-lain.

Kos pembesaran itu dianggarkan lebih kurang RM 500,000 dan pihak AJK Pembangunan Surau bersetuju supaya setiap keluarga Islam di Kota Warisan menyumbang minima RM 60 (sekaligus atau ansuran) di samping dana luar yang akan dicari oleh pihak surau sendiri. Sumbangan RM 60 itu bukanlah wajib, terpulanglah kepada semua penduduk Islam sama ada ingin menderma atau tidak, namun digalakkan menderma dan sumbangan lebih daripada itu dialu-alukan.

Justeru, untuk kawasan Warisan Indah, wakil rasmi yang dilantik ialah Ustaz Irwan bin Mohd Subri (013-3543594 / No. 26, Jalan Warisan Indah 8/2) dan En. Yazaly bin Yahya (012-2161292 / No. 55, Jalan Warisan Indah 8/2). Wakil rasmi ini mempunyai kad pengenalan khas surau dan pastikan setiap pembayaran hanya dibuat kepada penama tersebut sahaja. Sila pastikan juga, setiap sumbangan tuan-tuan dan puan-puan diberi resit rasmi. Tuan-tuan dan puan-puan boleh memberikan sumbangan sehingga 31 Disember 2009.

Nota: Pembayaran sumbangan melalui Bank in, Internet Banking atau cek hendaklah dibuat atas nama “Pembangunan Surau al-Hijrah Kota Warisan” (Affin Bank, Kota Warisan: No. Akaun 106620000232).

Satu majlis rasmi pelancaran dana tersebut dan kenduri sekampung akan diadakan pada:

Tarikh: 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 9.15 malam
Tempat: Surau al-Hijrah, Kota Warisan
Pentazkirah: Prof. Madya Dr. Habib bin Mat Som (Uni. Malaya)
Perasmi: Dato’ Hj. Abdul Majid bin Omar (Tim. Mufti Negeri Selangor)

Tentatif Program:

6.30 pm : Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat
7.30 pm : Solat Maghrib Berjemaah
8.00 pm : Makan (Kenduri Sekampung)
8.45 pm : Solat Isyak Berjemaah
9.15 pm : Majlis Perasmian Pelancaran Dana Pembesaran Surau
10.45pm : Bersuarai

Nota: Majlis akan diserikan lagi dengan bacaan al-Quran oleh Us. Anuar Hasin (Juara Akademi al-Quran ke-2) dan persembahan nasyid kumpulan Instinct (Juara Carta Nasyid IKIM.FM). Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Kandang “Kerbau Pendek” di Kota Warisan?

Tadi masa nak keluar dekat traffic light, saya berada di sebuah belakang lori 1 tan. Kelihatan ada binatang atas lori tu tapi saya tak berapa nampak sebab dilindung oleh papan nipis. Bila lampu hijau saya pun pintas lori tadi sambil menjeling atas lori tu. Nampaklah ada 3 ekor binatang yang tengah glamour sekarang si “Kerbau Pendek” atau “B4B1”.

Persoalannya, memandangkan lori tu datang dari arah Warisan Indah, adakah ada satu kandang “Kerbau Pendek” di sebelah dalam sana? Sesiapa ada maklumat tolong kongsi di sini. Kalau betul ada, kita mesti bertindak sama ada ia berlesen ataupun tidak. Maklumlah dulu kan Sepang ni famous dengan kandang “Kerbau Pendek” ni.

Kot-kotla dah pindah mai Warisan Indah, dahla masalah tempat pelupusan sampah masih tak selesai lagi. Ni ada pulak kandang “Kerbau Pendek”, kalau betul la….