Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah

Untuk makluman semua penduduk Warisan Indah!!!

Permohonan kita untuk menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Warisan Indah telahpun diluluskan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kelulusan ini berkuatkuasa mulai 25 Oktober 2010.

Sehubungan itu satu jawatankuasa KRT Warisan Indah telahpun dilantik menggantikan Jawatankuasa Bertindak Warisan Indah. Mulai tarikh tersebut apa-apa program atau aktiviti atau urusan akan menggunakan nama  “Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Warisan Indah”. Dengan itu juga Jawatankuasa Bertindak Warisan Indah (JBWI) tidak lagi berfungsi.
 
Berikut dimaklumkan senarai AJK tertinggi KRT Warisan Indah:

Pengerusi: En. Irwan bin Mohd Subri (26, Jalan Warisan Indah 8/2).
Timbalan Pengerusi: En. Norazhari bin Hj Samion (23, Jalan Warisan Indah 8/14).
Setiausaha: En. Mohd Saufi bin Awang (53, Jalan Warisan Indah 8/2).
Penolong Setiausaha: En. Mohd Nazry bin Yusoff (39, Jalan Warisan Indah 8/14).
Bendahari: En. Megat Farizat bin Mohd Zamri (81, Jalan Warisan Indah 8/6).

Makluman Awal!

Satu majlis pelancaran KRT Warisan Indah dan hari keluarga Warisan Indah akan di adakan pada:

Tarikh: 5 Mac 2011
Masa: 8 am
Tempat: Tapak program Warisan Indah

Maklumat lanjut akan diberitahu kemudian…