138 responses to “Aduan

  1. Assalamualaikum…tahniah diucapkan kepada semua AJK JBWI kerana berjaya mengadakan blog untuk penduduk disini.
    Satu aduan yang ingin saya kemukakan disini ialah berkenaan lampu jalan yang tidak menyala. Telah beberapa kali aduan telah saya buat tetapi tiada tindakan yang diambil. Keadaan gelap akan lebih mengundang kepada kenayah. Ketidak prihatinan pihak pemaju amat dikesali. Saya tidak pasti samada aduan yang dibuat sampai kepengetahuan towkey pemaju “Major”, saya ada bercadang untuk menghubungi “Major” tetapi belum berkesempatan, mungkin Tuan Pengurusi pernah berjumpa. Saya dengar Major seorang yang tegas. Mungkin usul saya ini dapat diperpanjangkan.

  2. Untuk makluman semua, baru-baru ini pada 8 April 2009 saya telah bermesyuarat dengan JK Perunding Penduduk (JPP) Kota Warisan yang turut dihadiri wakil-wakil dari MP Sepang. Aduan tuan-tuan dan puan-puan yang dibangkitkan dalam program kita hari tu, saya panjangkan dalam mesyuarat tersebut. Berkenaan lampu jalan tu, wakil MPS kata untuk tahun ini bajet dah tak ada. Kalau kita mohon pun entah bila boleh dapat. Tapi kita boleh desak MPS untuk cari bajet lain supaya dapat pasang lampu di jalan. Harap maklum.

  3. Agak memeranjatkan, baru masuk bulan April 2009, MPS dah habis budget. Kurang pasti samada maintenance lampu jalan, jalanraya, sampah dll sudah diserahkan kepada pihak mMPS atau masih di bawah pengawasan pemaju? Semasa mengambil kunci rumah kita diminta membayar RM120 untuk kutipan memungut sampah sehingga penyerahan dibuat kepada MPS, kalau benar ianya sudah dibawah pengawasan MPS saya hendak ke pemaju untuk ambil balik duit saya yang selebihnya kerana baru duduk tak sampai 2 bulan.
    Kepada pemaju atau MPS takkan tukar mentol lampu pun nak kena tunggu budget, bukannya nak suruh pacak tiang lampu baru atau tambah number of tinag lampu…sorry garang sikit, pasal dah fedup dengan pemaju, during banjir kilat hari itu lagi satu inci lagi air nak masuk dalam rumah, air dari longkang luar backflow into my house bukannya dari rumah ke longkang besar, bila tengaok longkang besar luar semua dah penuh dengan tanah dan pasir.
    Lagi satu aduan ialah berkenaan “greenlane” yang tak siap.rumah sayabersebelahan dengan “greenlane” dimana pemaju mengatakan akan menanam rumput dan pokok dikawasan itu. saya pasti tuan Pengurusi perasan kesemua bahagian greenlane tidak di buat seperi dijanjikan, bukannya nak kata tak ditanam dengan rumput, malah dibiarkan begitu saja tidak ditambak, sekarang ini air bertakung dibahagian itu, dan ini mengundang pembiakan nyamuk. dan oleh kerana itu tanah bersebelahan greenlane didalam kawasan saya sentiasa basah dan betakung air, rumput pun tak nak hidup. Pihak pemaju hanya mencantikkan dengan menanam rumput dan pokok dipersekitaran luar saja tapi tidak didalam.

  4. Belum ada aduan lagi setakat ni. Cuma musykil ngan pemaju Kota Warisan. Bleh lak diorang buat rumah sket2. Siapkanlah semua skali.

    Setakat ni yang org tau ada 2 projek yg serba sedikit mencacatkan kota warisan iaitu tapak pelupusan sampah dan kilang kelapa sawit. Cuma mungkin org tak tau ada satu lagi projek yang sedang berlangsung dgn rancaknya kat belakang Pusat Serenti. Tp tak sure projek apa, ini pun perlu dibongkarkan. hehehe…..

  5. salam sejahtera…kalau kita semua perasan, seawal 5 pagi dah banyak lori beratur dan keluar masuk kebelakang pusat serenti, saya agak samada ambik pasir atau tanah dari kawasan sana, dan kalau tak silap saya ada lombong atau tasik dibelakang pusat serenti.
    Saya agak operasi atau project tiada kelulusan kerana buat kerja waktu orang tidur. Ada sesiapa berani nak buat pantauan atau report kepada mana-mana pihak berkuasa.

  6. Tak silap saya, sebelah kuari tue pusat serenti (berdasarkan image yang saya lihat di google earth).Tu yang banyak lori pasir keluar masuk seawal 4 pagi. 2 bln lepas saya ada pegi opis GP, mcm biasala mengadu problem umah yg tak kesudahan, yang bengangnya die orang leh promote plak lagi suh cari kwn2 beli umah kat projek perumahan baru die org. Tak silap rumah teres setingkat… tapi masuk dlm lagi menghala ke pusat serenti sana. Agaknya GP nie mmg suka buat umah dlm hutan kelapa sawit kot…

  7. isk..isk tak perasan plak jam 4 pagi ade lori kluar masuk…kita kena mintak penjelasan dari pihak PBT…atau report terus ke pihak media massa.

  8. Aduan saya ke Pej.Tanah Sepang

    Saya bernama Abd Rahman ingin kepastian dari PEJABAT TANAH DAN DAERAH SEPANG berhubung kewujudan lori-lori membawa pasir di sekitar Sepang ini.

    Saya dapati sejak sebulan yang lalu setiap pagi sewaktu saya hendak pergi ke kerja saya selalu berselisih dan berserempak dengan lori-lori membawa pasir basah keluar dari KOTA WARISAN,DENGKIL menuju ke destinasi yang tidak diketahui.

    Kejadian ini sering berlaku sekitar 6.30 pagi sehingga waktu yg tak dapat dipastikan.

    Untuk makluman tuan,

    lori-lori ini akan keluar melalui Kota Warisan dan menuju ke arah Kuala Lumpur dan menggunakan ‘laluan selamat’ iaitu lebuhraya Putrajaya-Kuala Lumpur (MEC). Setiap hari saya terserempak di antara 5-10 buah lori-lori ini.

    SOALAN saya:-

    1) Adakah mereka diberi permit untuk mengeluarkan pasir?
    2) Mengapa lori-lori ini membawa pasir di waktu awal pagi dan bukannya pada waktu bekerja normal ( 8.00pg-5.00ptg)
    3) Adakah pej. tanah maklum mengenai hal ini.??
    4) Adakah mereka beroperasi di sebelah malam mengorek pasir sungai….dan jika mereka mempunyai permit….mengapa sebelah malam??

    Untuk makluman pad hari Ahad saya pernah ternampak kenderaan Pej. Tanah Selangor (tidak pasti dari daerah mana) menahan lori tersebut di sekitar Kota Warisan) tetapi tidak pasti samada apa yg berlaku selepas itu.

    Sila maklumkan kepada saya apa tindakan dan dari manakah datangnya lori-lori ini. Sekiranya lori-lori ini adalah lori haram/tanpa permit sila ambil tindakan atau saya akan bawakan ke pihak yang lebih tinggi.

    Sekian, terima kasih.

    Abd Rahman
    Kota Warisan.

  9. HAMPEHH!!!

    takde jawapan pun dr Pej Tanah Sepang…..buang karan je..tapi at least dah tak nampak dah lori-lori pasir ni….org dalam pecah lubang kot?!!

  10. Alarm System

    Dah letih tanya pasal alarm system nie satu apa pun masih tak pasang kat rumah saya nie. Jumpa GP + call masih macam tu aje lagi. Call Inex lagi satu nak tunggu appointment dulu berapa lama dah nak kena tunggu nie dah masuh setahun duduk kat rumah tapi alarm system masih tak pasang. Ada idea tak daripada sesiapa kat taman nie pasal alarm system nie. Kalau boleh nak saman aje GP nie menyusahkan betullll. Kalau lalu kat 8/2 tu rumah yg masih tak pasang alarm tu rumah sayalah. GP (Geng Penipu).
    Lagi satu warranty rumah kat sini dah tamat ke??? Pasal ada tel GP pasal tangki air bunyi bising kata diorang dah tak boleh hantar org baiki kalau nak kena bayar lah pulak. So terpaksalah call hasim betulkan and lajukan sikit air dari tangki 2. So dah tak bising air pun dah laju sikit puaslah mandi kalau tidak menggangu jiranlah pulak.

  11. salam….

    Jalan-jalan di warisan indah tiada bonggol ke? Kereta laju je…macam di highway….sepatutnya pemandu tu kenalah faham camne nak drive dalam kawasan perumahan…

  12. Saya baru terima email balasan mengenai aduan saya berkaitan lori pasir…

    jawapannya adalah seperti berikut:-

    MAKLUMBALAS ADUAN AWAM BERHUBUNG KEWUJUDAN LORI PASIR DI SEKITAR SEPANG

    - Aduan Manual (M0002/08/09)

    Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian ini telah menerima maklumbalas daripada Pejabat Daerah/Tanah Sepang berhubung dengan permasalahan di atas. Untuk makluman, siasatan tapak yang dilakukan mendapati aktiviti tersebut tiada kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri. Beberapa tindakan oleh Pejabat Daerah/Tanah Sepang adalah seperti berikut :
    Mengadakan rondaan dan pemantauan setiap hari setelah terdapat aduan dan juga melakukan operasi static (singkat) di kawasan kecurian pasir.
    Pejabat Daerah/Tanah Sepang telah menangkap beberapa lori yang menjalankan aktiviti tersebut. Kertas siasatan sedang disediakan untuk dihantar ke Pejabat Tanah dan Galian Selangor untuk tindakan selanjutnya.
    Merancang operasi bersepadu dengan penglibatan Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain jabatan berkaitan.
    Merancang tindakan operasi diluar waktu pejabat termasuk waktu malam dan hari cuti.
    Pejabat Daerah/Tanah Sepang akan terus memantau aktiviti tersebut dari masa ke semasa walupun terdapat beberapa halangan / masalah yang timbul dari beberapa pihak yang terlibat. Pihak Pejabat Daerah/Tanah Sepang amat mengalu-alukan penglibatan orang ramai seperti tuan dalam memberi maklumat berguna terus ke Pejabat Daerah/Tanah Sepang atau memlalui saluran sedia ada.

    Sekian, terima kasih.

    HUSLIATI BINTI HUSNON
    PEMBANTU TADBIR (ADUAN)4
    BAHAGIAN KORPORAT
    PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
    TEL : 03 – 5544 7040
    FAKS : 03 – 5544 7299

  13. Saya telah membuat aduan ke JKR Selangor dan HQ (KKR) + panggilan telefon berhubung pembinaan flyover di simpang empat. Harap-harap ada tindakan dari agensi ini…kalau mereka tak bagi response, kita panggil Karam Singh Waliah la kot…hehehe

    CADANGAN MEMBINA FLYOVER DI SIMPANG 4 (BANTING, DENGKIL, BANGI, PUTRAJAYA)

    Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

    Saya sebagai salah seorang penduduk di Kota Warisan, Dengkil (Selangor) ingin mendapatkan maklumbalas dan kepastian berhubung perancangan pembangunan jalanraya/simpang 4 di kawasan yang disebutkan di atas.

    ADUAN:
    Untuk makluman, jalan/simpang 4 yang dimaksudkan merupakan jalan utama kepada pelbagai golongan pengguna jalanraya memandangkan ianya menghubungkan terus ke KLIA. Apa yang menjadi rungutan dan kebimbangan kami penduduk Kota Warisan ialah keadaan kesesakan yang amat teruk ketika waktu-waktu puncak. Sebagai contoh, pada 1 September 2009 jam 5.45 petang kesesakan berlaku hampir mencecah ke 2km. Kesesakan ini bertambah teruk dengan sikap pemandu yang memotong barisan dan menyebabkan kerap berlaku kemalangan.

    CADANGAN:
    Saya mencadangkan agar dibina satu flyover yang mana ia dapat mengelakkan kesesakan lalulintas di simpang 4 tersebut. Sebagai satu langkah sementara pula, saya mencadangkan pihak JKR memasang palang besi di tepi lampu isyarat pada kedua-dua arah (Banting ke Putrajaya dan Putrajaya ke Banting) untuk menghalang perbuatan pemandu-pemandu yang suka memotong barisan.

    Saya berharap dan memohon kepada pihak JKR agar dapat memandang serius terhadap aduan ini dan pohon beri maklumbalas secepat mungkin agar kebimbangan dan rungutan kami penduduk sekitar Kota Warisan akan berakhir.

    Saya ucapkan ribuan terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang pihak JKR akan berikan.

    Sekian, terima kasih.

    Penduduk Prihatin;
    KOTA WARISAN, SEPANG.

  14. Tahniah kepada saudara 8/6 kerana prihatin sampai ke simpang empat dengkil walaupun agak sedikit diluar kawasan kita ini…2 km…woohhh…jauh tu…memang orang ramai nak sambut merdeka sambil berbuka diluar…sekali sekala aja kot…walau apapun tahniah sekali lagi.

  15. Ini jawapan JKR berhubung pembinaan flyover….

    Salam sejahtera,

    Tuan/Puan,

    Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

    Adalah dimaklumkan oelh JKR Daerah Sepang bahawa cadangan serta permasalahan yang berlaku di kawasan tersebut telah di beri pemerhatian serius oleh jabatan ini.

    Justeru itu, pihak JKR akan melaksanakan kajian keatas keperluan flyover yang mana ia dapat mengelakkan kesesakan lalulintas. Walaubagaimanapun pejabat ini memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

    Kerjasama pihak tuan memajukan cadangan tersebut kepada Aduan JKR amatlah dihargai.

    Sekian, terima kasih.

    Bahagian Komunikasi Korporat,
    Caw. Pengurusan Korporat,
    Jabatan Kerja Raya Malaysia,
    Tingkat 1, Blok B (Lama),
    Kompleks Kerja Raya,
    Jln. Sultan Salahuddin,
    50582 Kuala Lumpur.
    Tel: 03-2696 7651 / 7647 / 7660 / 7664

    • Terima kasih kepada puan 8/6 di atas inisiatif tersebut.

      lagi satu saya nak tanya warga WI, kalau nak mintak bantuan polis trafik
      untuk control flow kat simpang tu mcmana ye? kena hubungi IPD Sepang ke?
      sekurang-kurangya kalau ada polis waktu puncak tu boleh le solve the problem temporarily..

      TQ.

    • Tuan,

      Antar aduan kat JKR watper..? Untuk makluman, sistem JKR cenggini.. JKR hanya menjalankan tugas dan menguruskan duit yang diberi oleh kerajaan untuk projek YANG TELAH DITETAPKAN. harap maklum yer.. PROJEK YANG TELAH DITETAPKAN sahaja. Bukan projek baru dirancang oleh JKR.. Dulu, Memang ada sistem camni, tapi lama dah tak praktikkan sebab kerajaan takder duit da..

      Kalau nak, Buat aduan, buat kat Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.. Depa ni yang mengeluarkan budget untuk tiap² projek kat Malaysia ni. Dan KKR & JKR hanya mengikut arahan dari EPU ini.

      Kalau nak mintak kat JKR, kalau jalan rosak atau trafik light tak nyala boleh la JKR tu terus buat.. huhuhu..

      Harap dapat membantu.

  16. Berkenaan dgn laluan jalan utama ke kawasan WI ini, saya dapati adalah lebih merupakan laluan lori muatan berat, pasir dan lori sampah. Walaupun saya rasa sudah lebih dari 60% berpenghuni, namun jalan ini masih dibuka kepada lori. Bukan sahaja mengotorkan persekitaran ia juga menjejaskan keselamatan serta menjadi salah satu sebab keretakan berlaku di tembok dan juga dinding rumah2 lot tepi.
    Saya sudah mengajukan perkara ini kepada MPS, tapi rasanya kalau kita bertindak secara berkumpulan adalah lebih efektif.
    Mengikut kata En Asmady(Gema Padu) ada laluan alternatif bagi lori2 ni. Iaitu disebelah dalam (hujung sempadan Kota Warisan). Namun tidak digunakan mungkin kerana tiada aduan dan juga penguatkuasaan.
    Saya berharap pihak Jawatankuasa dapat membantu untuk mengatasi masalah ini.

  17. Salam…sekarang sudah hampir 3 bulan saya menjadi warga Warisan Indah, sepanjang tempoh ini terdapat gangguan yang semua penduduk sedia maklum iaitu mengenai bau…tapi sejak kebelakangan ini, terdapat gangguan bunyi seakan-akan bunyi cakar-mencakar berlaku di bahagian atas ceiling rumah…bukan cakar rimau saya rasa…cakar tikus, saya telah bertanya pada jiran saya En. Faisal tentang bunyi ini..dan confirm dia kata tikus..untuk itu saya nak mengajak sesiapa yang rumahnya sebaris dengan saya supaya memasang perangkap tikus ataupun meletakkan racun bagi mengelakkan segala wiring rumah kita dimamah tikus…dimamah usia saya tak risau..he.he.he..

  18. Salam….saya di 8/14…semenjak mendiami rumah dari bulan February saya dah dapat tangkap 3/4 ekor tikus tapi dibahagian belakang rumah aja, setakat ini masih belum ada “cakar harimau” lagi kat bumbung rumah saya, ingatkan lepas racun dan tangkap dah tak ada, tapi orang rumah kata bila basuh kain dibelakang masih ada nalpak kelibatnya lagi…kena beli perangkaplah lagi nampaknya….tikus ni ada dimana-mana pun, jumlahnya banyak tak terkawal…

  19. dulu mula2 pun tikus dok serang rumah saya gak… pertama kali berlaku ingatkan ada orang cuba nak ceroboh masuk melalui siling… pun pernah tangkap tikus pakai perangkap dalam stor.. tapi sejak saya tutup lubang atas fius dalam stor tu… memang tikus dah tak ada dalam stor… atas siling pun dah jarang… kadang2 sangat je tikus buat cakaran rimau atas siling… untuk makluman semua tikus2 tu semua mai dari tempat sampah sana nuuu… kalau pi tengok tempat sampah tu… ya Allah geli geleman tengok tikus berjuta ekoq….

  20. akum, anjing banyak kat sini, lepas tuh dia jilat2 pulak kat tempat lock pembuangan sampah tuh. Bila kita budak tempat sampah tangan sudah kena air lliur anjing. Satu lagi lori sampah kat sinih main angkut aje sampah … tak tengok pun kalau sampah jatuh kat jalan raya …ade sekali bangkai ayam bersepah kat jalan raya amat menjijikkan …bukan dia nak angkat balik ….so keje Majlis perbandaran sepang nih tiada kualiti betul.

  21. salam,
    Saya nak tanya apa sudahnya aduan yang dibuat tentang lori pasir tu, semalam 20/12/2009 (ahad) nampaknya semakin hebat lori-lori pasir tu menjalankan operasi mereka dari pagi sampai ke malam. Katanya kerja-kerja tersebut tiada kelulusan tapi npknya semakin bermaharajalela lagi, ada sebuah lori nmpknya di tahan oleh polis, tersenyum je driver lori tu dengan pihak polis, lepas tu tak tau le apa berlaku, sekarang ni lori2 tu siap tampal WD disetiap lori tu, apa maknanya tu. Laluan keluar masuk tmn kita dah macam sawah padi, kotor dengan limpahan pasir yang dibawa.

    Pejabat Daerah/Tanah Sepang atau MPS tak boleh buat apa2 ke tentang hal ni, takkan le smua isu nak serah pada Karam Singh Waliah untuk selesaikan masalah.. Siapa yg lebih berkuasa agknya… PBT atau karam singh walia???

    • Salam…takpe tuan/puan…saya dah hantar e-mail ke TV3 under Aduan Rakyat…biar terbongkar semuanya..dah muak dengan orang yang tak pandai buat kerja penguatkuasaan..

      • Salam En/Puan/Cik (xpasti) ana,

        ada apa2 perkembangan trbaru tentang e-mel ke Aduan Rakyat TV3 ke?

  22. En.Kamarul,
    Saya pun dah agak penat komplen kat MPS pasal hal ni. Aduan saya dibalas dgn mengatakan lori sampah menggunakan jalan tu untuk ke tapak pelupusan sampah. Dan tapak tu akan ditutup tak lama lagi dan masalah lori ni akan selesai.
    Saya pun balas balik mengatakan bukan lri sampah yg saya maksudkan tapi lori pasir. Setakat ni tak ada balasan apa2 pun.
    Jadi saya harap sesiapa di sini yg ada kenal sesiapa di MPS/pihak berkenaan supaya dapat menolong sesama jiran dgn mengutarakan masalah ni kepada kenalan masing2. Saya percaya dgn peratusan penghuni yg bekerja di Putrajaya yg tinggal di kawasan ini ada sekurang2nya 10% yg ada kenalan yg boleh membantu.

    Berkenaan dgn jalan kotor pun saya sudah buat aduan pada MPS. Katanya dlm masa 14 hari aduan saya akan diambil tindakan. jadi sama2 lah kita tunggu. Aduan dimasukkan pada minggu lepas. Bukan setakat pada MPS, saya adukan juga pada website aduan kerajaan Selangor. Hopefully ada tindakan.

    Pasal pemandu lori tersenyum tu….saya tak mahu cakap apa2 le, rasanya semua dah faham dan boleh agak apa yg terjadi. Kalau dah banyak aduan dan juga jawapan yg diterima tak memuaskan hati pembayar cukai pendapatan dan cukai pintu macam saya ni, saya pun tak tahu le siapa yg boleh selesaikan. Cuma yg mampu kita boleh buat berdoa pada Yg Illahi supaya dapat menolong membasmi kemungkaran ini.

  23. En. Murtadha,
    1) aduan yang sama telah saya ajukan kepada MPS pada 21/12/2009 dan berikut maklumbalas MPS:-

    Terima kasih diatas aduan tersebut.

    Anggota telah membuat siasatan dan didapati benar.Walau bagaimanapun perkara ini akan dipanjangkan kepada Pejabat Tanah Sepang untuk tindakan selanjutnya kerana diluar kuasa MPS.
    Sebarang pertanyaan sila berhubung bersama,

    Mohd Ketar Bin Hj Jantan,
    Pem Penguatkuasa,
    Majlis Perbandaran Sepang
    Tel: 03 83190200
    Ext: 268

    2) Aduan melalu Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS, selangor) telah saya buat pada 23/12/09 dan sedang menanti maklumabalas dari mereka, sebarang perkembangan akan di maklumkan kemudian, sekian.

  24. En.Kamarul, lori2 yang bertanda WD tue sekarang nie sebok memungah pasir untuk project new LCCT kat sebelah Bunga Raya Complex kat KLIA, jangankan kata jalan kat taman kita, jalan kat KLIA menuju Bunga Raya Complex pun dh mula kotor, berpasir kiri & kanan jalan. Die org nie dok tgh mengejar masa nak siapkan lcct baru, maklumla projek besar RM2 bilion nak kena siapkan dlm masa setahun setengah, tue yang siang malam pun dok memungah pasir.

    Kalu en. Kamarul tgk kat situ, dalam masa 10minit, lebih 30 lori pasir bertanda WD sampai untuk hantar pasir.Kalu dlm masa 12 jam, brape byk dah lori pasir dok kuar masuk, Pagi tadi terjaga kul 4.30 pagi pun bole dengar lori pasir dok lalu.

    http://www.wct.com.my/CMS/Content/475/1.aspx

  25. As salam…

    Saya baru terbaca mengenai lori-lori pasir ni…ingatkan dah selesai, dulu saya rajin jugak monitoring dan buat aduan ke MPS…sekarang ni tak dapat lah nak monitor sebab saya sekelurga berada di Germany sampai 2011..tapi saya rasa komuniti di sini semakin baik dan banyak jugak aktiviti yang dilakukan….harap-harap segala aduan kita akan mendapat layanan yg sewajarnya…

    Warisan Indah 8/2

  26. Ada perasan tak sejak 1-2 hari ni lori pasir ni berkurangan? In fact hari ni 5hb Januari tak kelihatan sebiji pun lori ni lalu kawasan kita.

    Samada dah habis pasir dicuri atau ada pemantauan sedang dijalankan oleh pihak berwajib, wallahualam.
    Yang pastinya saya agak lega sebab dah kurang berhabuk kawasan rumah saya. Harap2 keadaan ni berkekalan.

    • En. Murtadha,

      Minggu lepas saya dapat call dari En. Aziz (Pej Tanah dan Daerah Sepang) berkaitan aduan saya diatas. Beliau memaklumkan tindakan akan diambil kepada lori-lori tersebut cuma bagi sedikit masa pada mereka. Kita tunggu je apa perkembangan mereka seterusnya. Beliau jg akui lori-lori lanun tu bijak, mereka beroperasi di luar waktu pejabat terutama hari-hari cuti. Harap-harap lepas ni adalah perkembangan yang positif

  27. tuan2 puan2 kalau ada apa2 nak “mengamuk” kat GP, bagitau sy…. kita set masa (hari sabtu la selalunya)…. kita bole pi serang GP… setakat ni dah 2 kali buat camtu… celapak je dieorang turun setel… sy pun heran GP ni mmg suka camtu

  28. Terima kasih En Kamarul atas maklumat tersebut. Harapan saya pun begitu juga sbb dah tak tahan diserang debu halus ni.

    Ustaz….rasanya kena bangkitkan semula hal jalan di hadapan rumah saya kotor. Dulu masa kita pi serang depa, depa buat serta merta tapi one time je. Lepas tu terus senyap.

    Satu lagi…saya dah penat everytime hujan lebat, jalan depan rumah saya mesti banjir. Yg tak tahannya lepas banjir surut, lumpur penuh depan rumah saya. Takkan everytime saya sendiri nak bersihkan lumpur tu. Siapa yg nak bertanggungjawab atas bil air saya yg saya gunakan untuk membersihkan lumpur tu. Dah notify dev tapi takde long term solution. Kalau saya ada hari sabtu boleh saya join sekali. Gambar ada saya ambil,boleh print tunjuk kat dev. Cuma tolong beritahu saya kalau confirm nak pi serang.

  29. Nampak gayanya I spoke too soon. Hari ni 6hb Januari, operasi lori pasir ni dah bermula semula. Walaupun tak sekerap dahulu namun dari pemerhatian saya purata dlm 15 minit sebuah lori pasir akan keluar masuk kawasan ini.

    Mereka ni tak boleh diberi muka. Kalau beri seinci they all akan ambil sejengkal.

    En. Kamarul, kalau masih berhubungan dgn En Aziz dari Pejabat Tanah, harap dapat sampaikan maklumat ini. Terima kasih.

  30. Update sikit….nampak makin rancak lori ni. Pagi tadi as I said every 15mins 1 lori tapi bila sampai ke tengahari dah makin bertambah pula mcm biasa hari2. Ni sampai pukul 8 mlm masih ada lri ni keluar masuk.

    Cuba untuk buat aduan kat tv3 (Aduan Rakyat) tapi tak dapat masukkan aduan. Message keluar mengatakan input saya terlalu banyak. Padahal cuma 7 line je. Tujuan nak beri sokongan pada aduan Pn Ana supaya nampak ramai yg tak berpuas hati. Tapi nampak gayanya terpaksa rely on Pn Ana’s komplen to TV3. Hopefully ada coverage yg menyeluruh.

    In fact petang tadi I nampak (I syak kenderaan tonto) menunggu di dalam kebun kelapa sawit yg berdekatan dgn selekoh jalan tadi. Dari pagi dia menunggu. Kereta pick up putih (tak pasti jenis apa) plet BJF 6558.

    • mmg pick up putih tu tonto agaknya, mmg selalu ada kat selekoh tu. saya dah berhubung dengan pegawai di Pejabat daerah dan tanah sepang maklumbalas adalah seperti berikut:-
      1) mereka telah kompaun 5 lori setakat ni dan proses pendakwaan sedang dijalankan
      2) kawasan pengambilan pasir tersebut adalah tapak projek kerajaan persekutuan (dengarnya projek loji kumbahan)
      3) kawasan tersebut mmg pnh dikeluarkan permit pengeluaran pasir sejak 3 tahun dulu cuma tidak di perbaharui kebelakangan ni.

      itu saja yang dapat mereka

  31. maaf tak habis yg tadi tu,

    itu saja maklumbalas yang dapat mereka berikan setakat ni, nampaknya mcm lambat je lg boleh settle perkara ni

  32. Rasa2nya bukan lambat settle…tapi takkan settle langsung. Bak kata pepatah melayu Nak Seribu Daya, Tak Nak seribu Dalih. I suppose mereka pun ada “halangan” tertentu untuk melaksanakan tanggungjawab masing2.

    Sama2 lah kita berdoa mohon pertolongan dari Yg Maha Berkuasa.

  33. en murtada n en kamarul… nanti saya draf surat aduan/bantahan pasala lori2 ni… kita buat cara rasmi skt… cuma en kamarul boleh bagi nama n alamat org yg brtggjwb dlm hal ni tak?

  34. TQ Encik warisanindah,
    Mereka boleh dihubungi di alamat seperti berikut:-

    En. Zul Azri bin Abdullah
    Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasa)
    Pejabat Daerah/Tanah Sepang,
    Bangunan Tun Aziz,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang,
    Selangor Darul Ehsan.

    No. Tel Pejabat Daerah/Tanah Sepang : 03 – 87061211/1212/1213

  35. Pagi td mcm biasa hantar wife kat stesen erl, otw nak balik umah bila sampai kat traffic light bwh flyover tue dlm pukul 7 pagi, tetiba sampai dlm 10 buah lori pasir serentak keluar dari taman kita, yang hanginnya, air dari lori pasir tue menitik2 smpai basah jalan, kereta yang baru basuh pun jadi kotor… geram betul… agaknya time tue yang paling ‘clear’ kot bg die org.

  36. Salam,
    Bagi kita yang naik kereta tak apa lagi, kotor kat belah luar sahaja, walaupun sakit hati jugalah pasal penat basuh kereta, bagi saya yang naik motor ni, lagi lah menyumpah habis satu badan kena, kalau musim panas mau berdebu satu badan macam pakai bedak, kalau lepas hujan jangan cerita lagilah. Bilalha nak habis sengsara kita ini. Dulu tengok orang merana keluar kat dalam TV, sekarang kena batang hidung sendiri, dengan habuk project rumah yang belum siap lagilah…

    • dah 3 bulan pindah sini baru 2 kali cuci kereta, sengaja tak cuci sbb kalau cuci pun buat sakit hati aje. selalu jugak berpikir, bilalah nak habis sengsara ni…

  37. Hangin lagi mcm kami yg tinggal di lot tepi jalan ni. Bukan setakat habuk debu, pagi2 lagi dah bising. Lantai porch rumah ni kalau tak basuh tiap2 hari mmg nampak mcm padang pasir le gamaknya.

    Baju basuhan tak payah cerita le. Tak boleh nak sidai kat luar. Terpaksa pakai dryer. Bil letrik pun melambung2 le jawabnya.

    • Saya tengok rumah2 lot tepi banyak yg retak2 pada tembok2, mungkin sbb gegaran lori2 yg lalu lalang.

      Rumah saya yg tak lot tepi pun kena debu2 gak. Kalau sidai baju, kering aje terus angkat, tak de dryer. Berapa pulak bil letrik kalau pakai dryer yek? Bil air pun dah melambung2 sbb selalu cuci lantai porch.

      Saya rasa mcm tau aje rumah En Murtadha yg mana satu. Rasanya mcm pernah berborak dgn isteri Encik. Tak silap namanya Sofi…

  38. Retak pada dinding mmg disebabkan oleh gegaran yg datang dari lori yg lalu lalang tu. Mengikut pendapat abg ipar saya seorang jurutera sivil. Tu yg tengah fight untuk hentikan aktiviti lori haram ni.

    Pasal bil letrik tu saya tak berapa pasti untuk kegunaan dryer sahaja berapa. Tekaan cik/puan Zue betul tentang rumah mana satu.

    • Kalau tekaan saya tentang isteri Encik Murtadha betul bermakna rumah Encik yang betul2 bersebelahan kuil tu. Apa perasaan Encik masa mula2 dapat tahu sebelah rumah tu kuil? For yr info saya duduk dekat2 rumah Encik jugak. (8/12) Frust jugaklah bila dapat tahu, tapi bila pikir2 balik, kalau dia tak kacau kita tak apalah…

  39. Masa mula beli tu tengok dlm plan kuil tu takde. But as I said, baik lagi kuil dari pusat karaoke atau cyber cafe. At least kuil tempat org buat baik rather than karaoke, nanti a lot of undesirable characters loitering around.

    Janji tak kacau sudah le. Anyway my wife said dia tau you tinggal kat mana.

  40. Assalamualaikum…
    saya nak menyampuk sikit pasal kuil tu…sebenarnya saya pun baru beli rumah di situ dan tak sangka pulak dekat dengan area kuil tu…saya rasa…untuk masa ini memang dia tak mengganggu…tapi bia dah siap sepenuhnya nanti…confirm jalan nak keluar tu penuh dengan kereta especially bila time diorang semayang…u all rasa tanah tu tanah developer atau tanah MPS?

    • en. zaidi…. memang tempat belakang taman kita tu nama dia tempat pelupusan Ampar Tenang… so kalau camtu bagus la… kalau tuan2 perasan nak pegi jalan genting senyen ada tulis pusat pelupusan sampah…. rasanya dieorang akan peindah ke situ

      • Assalamualaikum….
        Akhirnya…..Tapak pelupusan sampah Ampar Tenang telah ditutup secara rasminya pada 26 Januari 2010. Notis penutupan tapak pelupusan ini telah dikeluarkan oleh YDP MPSepang dan diletakkan dihadapan jalan masuk ke tapak pelupusan. Halangan juga telah dipasang bagi menghalang lori sampah keluar masuk ke tapak pelupusan.

  41. ADUAN LAMPU JALAN. MASALAH TIMBUL APABILA LAMPU JALAN DAH TIDAK BERFUNGSI MENGAKIBATKAN KAWASAN KAMI GELAP GULITA. TOLONG KAMI BANTU KAMI PENDUDUK JALAN 8/6.

    • Masalah lampu jalan bukan sahaja di jalan 8/6, tetapi melibatkan semua jalan walapun tak semua. Dah ada penduduk buat aduan kepada TNB tapi depa kata ni jajahan Gema Padu. Walaupun pelik tapi itulah kenyataannya.

      Saya akan bagitau Gema Padu Isnin ini, insya Allah….

  42. Saya pun mulanya tak faham kenapa badan berkenaan mengatakan kawasan ni masih di bawah GP. Cuba tengok cukai pintu masing2. Kadar cukai 4% atau 7%?

    Kalau 4% bermakna masih dibawah GP.

  43. Assalamu’alaikum,
    Sebagai respon kepada segala macam masalah yang berlaku sekarang, selain daripada ‘menyerang’ GP pada 10/4/2010, saya cadangkan JBWI buat satu petisyen yang ditandatangani oleh warga WI berhubung masalah-masalah yang dihadapi. cc petisyen tersebut kepada KPKT, MPS, Lawyer (yang handle SPA kita), wakil rakyat dan akhir sekali biro pengaduan awam. untuk Program hari sabtu tu saya setuju, dan lagi bagus jika kita ada sesuatu untuk kita jadikan “leverage” dengan pemaju iaitu satu surat aduan yang mengandungi segala aduan penduduk WI dan janji yang tidak ditepati oleh GP dan itu berbalik kepada petisyen. saya lihat diaorang tu cukup payah nak bertindak, berbulan-bulan baru nampak batang hidung jika aduan tu secara individu walaupun pergi ramai-ramai. Malang sekali saya tidak dapat bersama tuan-tuan dan puan-puan ‘menyerang’ GP pada tarikh tersebut kerana ada tugas diluar kawasan. Semoga tercapai matlamat yang dihasratkan

  44. Nampak gayanya lori pasir ni dah start semula operasinya. Bila salah seorang penduduk di sini beritahu isu lori pasir ni masuk Buletin Utama dan selepas tu senyap operasinya, saya agak pessimis walaupun dalam hati saya berharap isu ni akan selesai dgn penguatkuasaan.

    Namun sangkaan saya tepat (berkenaan penguatkuasaan di negara kita ni) bilamana operasi mereka bermula semula. In short there is no such thing as enforcement in this country…….very sad but a true fact.

    • Saya pun ada melihat berita tersebut di Buletin Utama..tapi rasanya bukan salah penguatkuasa, mereka telah jalankan tugas, cuma lori2 ni sahaja yg degil dan buat balik curi pasir……

      Rasanya kita boleh kemukakan aduan balik ke pihak yg terbabit atau JawatanKuasa Kota Warisan dan Jawatankuasa Warisan Indah ni kene bersatu dan halang lori2 ni keluar masuk…ada cadangan??? mungkin boleh dapatkan nasihat polis dlm hal ni…..ni semua demi anak cucu cicit kita jugak nanti..jgn sampai besok kita menyesal kemudian hari..

      Mungkin boleh panggil Aduan Rakyat dan sebagainya

  45. Mungkin betul juga pendapat En Abd Rahman. But imagine my frustration setelah bermacam-macam benda dah saya lakukan.

    Kalau ada jalan lain yg lebih efektif…alhamdulillah, saya alu-alukan.

  46. Dalam Buletin Utama TV3 13 april 2010 ada sebut pasal pekerja tempat korek pasir kena tangkap. Ada 2-3 jentera kena tahan.

    Masalah curi pasir ni ikut maklumat Ahli Majlis MPS didalangi ganster… so kena hati2… jgn kata MPS… Polis pun tak boleh nak buat apa… takut kot…

    Cdgn Aduan Rakyat tu ok gak… ada sapa2 yg ada contact krew aduan rakyat tu… kita bole panggil….

  47. Ustaz, walaupun hari Sabtu dulu kita pergi berjumpa dgn Elaine mengajukan beberapa perkara, namun salah satu perkara yang saya ajukan masih tidak mendapat perhatian pihak GP.

    Saya ada mengutarakan masalah lori2 GP yg membawa muatan pasir serta batu-batan yang selalu menggunakan jalan dihadapan rumah saya.

    Elaine sendiri ada mengarahkan Asmady untuk mengarahkan kontraktor masing2 untuk tidak lagi menggunakan jalan tersebut.

    Namun sekali lagi, janji cuma tinggal janji saja. Sejak kebelakangan ini semakin menjadi2 pulak lori GP ni menggunakan jalan tersebut. Saya dapat mengambil beberapa gambar lori2 mereka ini.

    Pernah sekali ada treler berat dgn muatan batu-bata siap naik ke atas driveway saya menyebabkan keretakan pada driveway tersebut. Gambar tak sempat diambil.

    Asmady sudah diberitahu sebanyak 2 kali. Tetapi mereka masih berdegil seperti GP jugak. Harap dapat Ustaz mengenengahkan perkara ini jika Ustaz dapat peluang berbicara dgn Elaine atau sesiapa saja dari GP.

  48. Saya ada pergi pejabat pemaju pagi tadi report sliding door dah rosak, ada jumpa Asmadi bertanya pasal aduan kita dua minggu lepas, satu benda benda pun tak buat lagi.
    Ada cakap pasal lori hantu bawak tanah lalu depan rumah, dia diam aja tak cakap apa……….

  49. Tadi ada terima salinan surat dari KPKT berkenaan aduan saya mengenai banjir kilat.

    Hopefully GP akan jadi macam cacing kepanasan le setelah menerima surat tersebut.

  50. Berkenaan lori hantu yg bawa tanah menggunakan jalan di depan rumah. I’m open to any suggestions on how to tackle problem ni.

    Pergi personally untuk tegur pun tak jalan….so saya tak tahu nak buat apa lagi. Rasa2nya Ustaz pun dah menegur GP untuk kali kedua….tapi as expected masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

  51. semalam tengahari, saya berhenti ditengah jalan bila bertembung dengan satu lori, saya keluar kereta dan arahkan dia berpatah balik guna jalan dia. dengan perlahan dia undur dan guna jalan 8/16 yang baru di turap.

    masa tu saya nak keluar rumah, tak tahulah lepas tu dia gunakan lagi ke tak.

    Saya sms dan talifon Elaine beberapa kali, and dia cakap dah beritahu ynag bertanggungjawab, tapi lori masih lalu juga. saya mintak nombor talifon mejar tapi dia tak bagi, cuma cakap yang dia sudah beritahu mr ks chong untuk memantau.
    Ada sapa sapa ada nombor ks chong? saya ada cc satu sms saya pada elaine kepada en Irwan.

  52. Few weeks ago, GP telah meratakan (premix) gap antara jalan dengan driveway setinggi 3 inci, senanglah sikit keluar masuk kereta………

    Today, GP dah ratakan tanah dekat greenlane next to my house, jadi tak bertakunglah lagi air semasa hujan, harap-haraplah……selagi tak hujan belum tahu lagi……

    • en. azhari…. oklah tu dah ada tindakan GP hasil kita pegi jumpa dieorang dulu… tapi ada lagi 2-3 yang dieorang masih tak buat apa2 lagi… salah satunya playground untuk anak2 kita….

  53. Untuk makluman Ustaz dan semua….setelah kita berjumpa dgn GP serta saya rasa Ustaz pun ada menghubungi pihak Kuil Hindu sebelah ni….mereka dah mula behave dan hormatkan jiran tetangga di sini.

    Alhamdulillah semoga ianya berterusan…..jgn cuma kerana mereka sedar yg bangunan mereka ni takde permit saja yg membuatkan mereka behave. Bila dah dpt permit jgn lupa dah le.

  54. Masalah lalat dah semakin teruk dikawasan warisan indah..dah buat e-aduan kat MPS dan mintak kerjasama penduduk buat aduan kat mps jugak as you know authority will only action if they have more than a dozen complaints.

  55. masalah bil elektrik guna pos , ini pengiraan elektrik mengikut anggaran sahaja dan bila tnb baca meter dia jumlahkan semua 2 bulan penggunaan elektrik . Ini dah tentu menguntungkan mereka sebab tarif elektrik berbeza setiap berapa unit penggunaan pertama melainkan TNB TIDAK KIRA JUMLAH UNIT PENGGUNAAN ELEKTRIK ”ANGGARAN’ MENGIKUT BACAAN METER SEBENARNYA MEREKA . CTH BIL SAYA BULAN NIH BACAAN TERDAHULU 11/5 SEKARANG DAH BULAN 7 . DUA BULAN BANG TNB KUMPUL NAK CEKIK PENGGUNA . DULU MASA SAYA DUDUK KAT SERI KEMBANGAN SEMUA ON TIME JEK PENGIRAAN , SINI JEK PELIK SUNGGUH ..MALAS BACA METER KER??

  56. Bukan setakat di sini saja yg berlaku, setahu saya di USJ pun sama. Nak untung lebih le tu. Lepas tu declare TNB rugi….boleh naik lagi tariff….so what’s new?

  57. Saya tak sure whether tuan2 semua ada dengar atau tidak tapi mlm ini (6-8-10) Kuil haram ni sekali lagi meratib menggunakan loud speaker walaupun pada suatu ketika kita sudah mengutarakan perkara ini. Dan saya rasa Ustaz pun ada menghubungi pihak kuil untuk menyampaikan rasa tidak puas hati kita atas gangguan kuil haram ni.

    Saya harap jika ustaz ada membaca aduan saya ini, dapat menghubungi pihak kuil bagi menegur sekali lagi. Nampak sangat mereka tiada rasa bertimbang rasa kerana saya salah seorang yg bukan bekerja mengikut 9 to 5.

  58. Salam en Murtadha,
    Baru saja lepas melalui kawasan kuil tersebut dan saya terus menalifon Elaine dan minta dia segera talifon orang orang yang patut supaya memberitahu mereka suppaya berhenti, entahlah dia buat atau tidak.
    Saya juga ada menalifon pondok polis mengadu perkara yang sama dan mereka beritahu ada jga menerima aduan dari En Murtadha dan mereka cakap akan menghantar kereta peronda, itu pun entahlah….dah hantar ke belum…..

    • Saya dah tepon kaniapan yang jaga kuil tu… dia kata dia bukan lagi orang yang in charge pasal kuil tu… dah 4 bulan… saya tanya sapa yg jaga la ni… dia suruh kita rujuk gema padu… apa.. gema padu????

      ini menunjukkan gema padu bersekongkol dalam pelanggaran undang-undang… saya cadang kita lapor kat sprm sama…. so gambaq christine dan chang tu ada lagi kan? kita attach sama

  59. Salam buat penduduk Warisan Indah. Skrg nie tgk nymauk dah byk kat area kawasan nie. Harap semu penduduk warisan indah menjaga kebersihan sekitar rumah anda especially bahagian belakang rumah. Bukan apa jgn depan aje bersih tapi belakang rumah kotor dahlah kotor siap taruk bahan binaan lagi kat jiran sebelah punye tembok bilahlah nak bersihkan tu rumah pun dah habis renovate tapi sampah masih lagi tak sia binaan masih lagi kat sana. Sapa2 yang rajin rajin tu tgk tgk sikit belakang rumah anda ye. Bukan apa sama sama nak jaga kerbersihan area warisan indah nie. Jgn dah kena nanti baru panik.Nie sekadar teguran aje.

  60. Terima kasih atas perhatian Saudara Saiful. Saya pun perasan juga ada sisa binaan yg tertinggal oleh kontraktor yg renovasi rumah itu. Jadi tuan punya rumah kenalah ambil berat tentang perkara sebegini supaya mengutamakan kebersihan dan keharmonian jiran tetangga. Saya pun nak kena periksa juga belakang rumah saya supaya pastikan kebersihan terjaga selepas siap renovasi rumah.
    Perkara lain yg membimbangkan saya selain hal kebersihan, lori-lori keluar masuk, anjing liar dan tikus, adalah hal pecah rumah yg masuk melalui bumbung rumah. Walaupun ada alarm system, tapi tak berkesan kalau tiada sekuriti yg mengawal persekitaran rumah kita. Mungkin ini perlu pembiayaan tambahan bagi menampung kos perkhidmatan sekuriti. Harap ada yg boleh beri pendapat dlm hal ini. Terima kasih.

  61. Kuil ni betul2 kurang ajar skrg ni. Mmg mcm dasar yahudi jadinya. Tak sedar diri bangunan takde permit. Keliling orang melayu pula tu. Dia buat mcm tmn ni dia yg punya.

    Smlm nasib baik kami melarikan diri berbuka di rumah abg ipar. Dan rasanya ramai juga yg lari untuk mengelakkan diri dari hati jadi sakit.

    Ingatkan smlm aje rupa2nya pagi ni seawal pukul 8 dah start bergendang. Ni dah maksimum dah sakit hati ni. Betul2 mencabar bulan puasa tahun ni.

  62. Salam..
    ade sape2 tahu pasal pembinaan di simpang nak masuk ke warisan indah (dekat ngan traffic light)..
    ntah2 ade lagi pembinaan illegal yg nak dibuat..
    sure mencacatkan pemandangan masuk ke warisan indah..

    En.Murthada.. ape kate ramai2 buat aduan rasmi ke MPSepang. Rumah saya agak jauh dari kuil tu.. so tak mengalami perkara2 yg en.murtadha alami tu.. tapi tumpang simpati pada pemilik2 rumah yg berdekatan kuil tu..

  63. dalam pada kita tengah buat komplen, *%#& dah naikkan satu lagi structure baru kat depan existing building…..
    semakin hari semakin membesar kawasan dia, ini dah jadi macam puak Israel zionis menceroboh tanah Palestine….

  64. En Riz….kita sebagai penduduk sedang di dalam proses untuk membantah kehadiran kuil ini. Harap jgn ada yg salah faham. Kita tidak membantah mereka nak bina tempat mereka untuk sembahyang, cuma yang kita bantah adalah lokasi mereka. Nanti akan saya updatekan di dalam e-mail masing2 perkembangan kita setakat ini. Cuma kalau sesiapa di sini yang ada kenal rapat dgn org2 kuat Pakatan Rakyat mungkin dpt membantu kita. Jadi harap dpt e-mail saya alamat e-mail masing2 bagi yg belum hantar berserta nama,alamat dan no phone.

    Dan untuk makluman semua…..tanah lapang yg diratakan sebelah kuil tu adalah untuk bangunan kuil yg kedua. Agak mengecewakan saya apabila melihat pelan yg dimohon ke MPS. Walaupun pelan tu dah ditolak, tapi mereka ni mana reti bahasa. Kalau bangunan yg sedia ada pun tidak menepati garis panduan rumah ibadat saya tak yakin yg mereka akan patuh pada undang2.

    Tu yg saya menyeru sesiapa yg ada kenal dgn Pakatan Rakyat supaya dapat intervene sbb yg menghalang perkembangan kita adalah YB Ronnie Liu. Tah apa yg dah GP deal dgn mangkuk sorang ni pun saya tak tau sampai dia boleh menghalang MPS dari ambil tindakan.

  65. Lupa nak beritahu…kita sedang berusaha mendapatkan seberapa banyak tandatangan bagi petisyen berkenaan ini. Harap dapat beri kerjasama kerana ini dapat membantu usaha bantahan kita.

    Terima kasih.

  66. Dear Murtadha and other fellow residents of Warisan Indah,

    You may have differences and objections. That’s fine. If you think that the temple is illegal, by all means you may proceed with necessary legal actions and update the progress in the blog. That’s PROFESSIONAL .

    However, please refrain from posting racism phrases which are very hurtful in this blog. The purpose of this blog is to raise common issues faced by all fellow residents of Warisan Indah. And I believe it is also to create harmony among us. Pls remember that Warisan Indah comprises of all races. If you would like to do so, pls do it in other forums. And don’t use this blog as a platform to air your personal racism issues.

    After all, we are living in a multiracial country. Even if you do not have have any friends of other races in your entire life, but I’m sure you have came across of at least 1 person (of another race) who had helped you or your family members somehow directly or indirectly. So, I hope you could give due respect. I’m sure we are not living in a barbarian age.

    Dear Mr. Administrator (of this blog), I hope you could look into this, as this blog is also viewable by public. Beware that this could create as spark.

    If any one were to make a report , this case will be investigated under Section 504 of the Penal Code for provocation which carries a maximum jail term of two years, a fine or both if convicted.

  67. Mr 1Malaysia,
    Thank you for reminding us on SATU MALAYSIA……..
    if only everybody can have the respect to each other neither one of us will be in this forum blaming each other….sad to say there are people or organisation or company that never have the same thought that you have.
    Respect is not only to people each other but also to the law. Never abuse our power for the sake of our own interest.

  68. I do apologise for making that remark which might have hurt you indirectly or directly. But Mr 1 malaysia you have to understand what I have been through and going through.

    I have many friends of other races which I sometimes consider as family. But when someone disregards the basic human being act of being considerate which affects not only me, my family and friends I consider that as an act of agression.

    Pls don’t get me wrong Mr 1 Malaysia, I am all for being fair equality and all that. For you to understand what I’ve gone through, I invite you to stay at my place when something similar happens like last weekend. And maybe you can understand thoroughly why I acted the way I did.

    And kindly be informed that we DON”T THINK that the temple is illegal, IT IS ILLEGAL.

    I thank you again for reminding me of how it was living in the 70′s Malaysia and as the malay saying goes “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”

  69. En Murtadha,
    Focus your attention and effort in how we can resolve the illegal construction of the building, that will much much better and fuitfull, I’m all the way with you. Nobody understand and will understand the agony that you are suffering after spending hundred of thousand of ringgit in buying the house……………bla…bla…bla…..I think….bla…bla…bla…….but…..bla….lbla…bla…..
    Insyallah…..

  70. Again I would like to sincerely apologise to the neighbours, friends and readers of this blog for my uncalled remarks.

    Thank you Ustaz for deleting it.

    Mr 1 Malaysia thank you for the gentle reminder and again my humble and personal apology to you.

    • Norazhari, 1st of all … a correction: I did not REMIND anyone on SATU MALAYSIA … it’s for all Malaysians to digest. Yes I agree with you, that, if everyone has the sense of respect, in fact even this issue wouldn’t be raised. Btw, I do not not understand what do you mean by “…bla…bla…bla…I think…bla…bla…bla…but…bla…bla…bla…” … as I said earlier this is a public forum, hence pls be specific.

      Murtadha, I have no issues on your endeavors with regards to the temple. My point was only on your uncalled remarks. I’m neither an Indian, Chinese nor Malay … I’m a MALAYSIAN … tat’s why I felt uncomfortable with that remark. I’m not the person for you to apologies as I don’t think I earn one. Being adults, I’m sure you were wise enough at the point of time the remark was typed & posted. What has been said is said. Damage control is pointless. Only the almighty has an answer for you.

      Btw, at this point of time i am pondering on what is the underlying principle of this issue … IT shouldn’t be there because it is ILLEGAL … or … IT shouldn’t be there because it is a TEMPLE …

      • Btw, at this point of time i am pondering on what is the underlying principle of this issue … IT shouldn’t be there because it is ILLEGAL … or … IT shouldn’t be there because it is a TEMPLE …

        now, that’s racism :)

  71. Mr 1 Malaysia..

    If ‘they’ respect us..then automatically we will respect them..

    It is simple isn’t it?..So if you feel somebody didn’t respect you..how can you respect them..

    if it is illegal..it still illegal…simple isn’t it?

    Peace..

  72. Mr. 1Malaysia……… apa pun 16 sept ni PH

    cuti lagi.

    yang benar pasti akan terserlah…

  73. Masalah selekoh tajam menghala ke arah pusat serenti dengkil tuh, ,,,malam dah ler jalan sepanjang tuh takde lampu jalan …anjing kadang2 tidur kat jalan tak nampak boleh berlaku kemalangan . Jalan selekoh tuh sepatut di perbesarkan lagi atau buat macam u sikit …ini L terus bahaya…lagi pun lori banyak keluar masuk …

    • Aduan berkaitan anjing liar sudah pun dijawab..

      No. Siri Aduan: 10233
      17 Jan 2011
      No 31,
      Jalan Warisan Indah 8/6

      MAKLUMBALAS JAWAPAN
      Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
      Terima Kasih Diatas Aduan Tersebut.

      Untuk makluman, operasi penangkapan anjing liar telah dijalankan di kawasan aduan 11/1/2011 berjaya menangkap 5 ekor anjing liar.Operasi secara berkala akan dijalankan dari masa ke semasa.

      Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran (En. Indrakaran) di talian 03-83190200 ext 213
      Oleh yang demikian, pihak majlis berharap tuan/puan berpuas hati dengan penjelasan di atas.

      Sekian, terima kasih.

      ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
      Saya yang menurut perintah,

      Jabatan Kesihatan Persekitaran
      Majlis Perbandaran Sepang
      * Ini adalah cetakan komputer & tidak perlu ditandatangani

  74. Kenapa banyak lampu jalan di Warisan Indah tak menyala? perkara ini boleh menimbulkan masalah keselamatan. Perkara ni dah berlaku berbulan-bulan. Saya dah lapor kat TNB, MPSp dan Pemaju. Nampak gaya pemaju ni nak jimat bil letrik kot. Hingga ke hari ini tiada apa-apa perubahan. No wonder banyak rumah kena pecah masuk. Mohon JK Bertindak do something please. Thank you.

  75. Untuk makluman semua penduduk Warisan Indah, di Kota Warisan terdapat satu-satunya kedai mamak yang beroperasi yang mana sebelum ini ada dua. Seminggu yang lepas saya telah mengunjungi kedai berkenaan dan telah membuat pesanan makanan kepada pekerjanya. Pada masa sama saya bertanyakan harga TEH TARIK kerana isu kenaikan harga susu dan lain-lain. Saya dimaklumkan harganya RM1.60, walau bagaimanapun semasa membuat bayaran dan pengiraan dibuat saya terpandang pekerja dikaunter menekan kalkulator dengan harga RM1.80 dan saya membantah. Jadi, saya harap semua pengunjung berhati-hati semasa membuat pembayaran kadang2 kita hanya dengar jumlah yang perlu dibayar dan terus bayar. Sebenarnya banyak penipuan berlaku. Berhati-hatilah.

    • betul tu…Bukan kedai mamak tuh, kedai bangla..suka2 jer nk kira. ntah betul ntah idak.. O Ya.. hati2 dgn lauk kat mamak tu. ada yg penah tejumpa ulat2 halus dlm ayam masak merah….dan diorg semakin lama, semakin pengotor!

  76. Berkaitan dengan lampu jalan, saya harap supaya ramai yang tampil buat aduan kepada MpSp. MpSp ada beri respon tindakan follow up telah dibuat dengan pemaju. Nampaknya kebal betul pemaju ni, lampu jalan dah 2 bulan tak menyala pun, tiada tindakan diambil ke atasnya.

  77. ape lg..kalo dh buat aduan kt MPSP pon xjalan,ngan pemaju berkali2 ckp pon same..ckp kt pemaju,kita buat laporan kt Aduan Rakyat TV3,senang cite..kalo berlarutan,masalah xselesai jg..

    • bagus gak tu bawa je TV3 aduan rakyat. kena lak skrng ni dah dekat waktu mengundi.
      Bawak sekali tengok KILANG SAWIT LEE CHIN CHIN OIL MILL yang dekat Warisan Bestari tu. bau dia ya Allah ampunkan daku.

  78. Nampaknya kuil hindu tu dah start buat operasi pembesaran. Apa tindakan kita? Dah banyak aduan tapi tak jalan. Bagi muka mmgla naik kapla…

    • betul la….masa saya on the way balik umah saya ternampak mcm diaorg nak buat tembok batu supaya kite tak nampak kuil tu scr direct…Siap ada kontraktor cina yg arah pekerja korek lubang dibhgn hdpn kuil…pastu siap buat tulang besi utk buat tiang…sila buat sesuatu…plsss…..

  79. Ingin saya mengutarakan komen saya disini, semalam masa lalu kat tempat permainan diwarisan indah, banyak juga saya lihat kanak kanak bermain, bersyukur kerana akhirnya kita dapat juga tempat untuk anak anak bermain, tapi yang peliknya, tertarik dengan gelagat seorang dewasa yang park kereta dia betul betul berdekatan dengan tempat kanak kanak bermain, kalau boleh saya nak jugak letak nombor plat kereta, tapi malu la nanti. Kepada dewasa ni saya ingatkan, gunalah akal pemikiran, tempat tu banyak kanak kanak yang lari kesana sini, kalau terlanggar siapa yang susah, kalau nak park jugak, anda boleh masuk ke ladang kelapa sawit dan letak la kereta anda dimana anda rasa nak letak, jangan sekat kebebasan anak anak untuk bermain kerana tempat itu merupakan satu-satunya tempat yang ade untuk anak anak kita.

  80. Kebelakangan ni sejak taman permainan di Warisan Indah dibuka, ada kalangan remaja bermotorsikal melepak sambil merokok di waktu malam sekitar jam 9 mlm, kadang kala jam 4 pagi. Kumpulan remaja ini sekitar 5 ke 10 orang. Aktiviti krg sihat remaja ni patut diambil perhatian, anak2 masyarakat kita juga, siapa yg rugi. Boleh tak di bawa ke perhatian pihak yg bertanggung jawab untuk tindakan selanjutnya. Panas saya tengok budak2 tu merokok, buang sampah, buang masa. Cam ne nak ajak budak2 ni pegi surau. Minta perhatian.

    • Sama-sama kita tegur menegur. Cuma kena berhikmah skit dengan remaja ni. Boleh gak call polis untuk tolong nasihat. Lebih selamat berbanding kalau kita sendiri yang nasihat face to face. Bimbang nanti kita jadi target lak, maklumlah remaja ni darah panas sikit.
      A

  81. bagaimana saya nak buat laporan kejadian maksiat dan khalwat di taman ni? saya selalu nampak budak penyewa ni angkut perempuan bawa balik rumah.

  82. Salam semua,
    Saya ialah penghuni baru Warisan Indah jalan 8/14. Masalah utama yang dihadapi oleh saya ialah bau busuk daripada kilang kelapa sawit yang berada betul-betul berhampiran kawasan WI ini. Saya tidak pasti samada bau tersebut datang daripada proses pembakaran dalam kilang atau daripada bau kolam sisa kumbahan kilang (kalau tengok dalam google maps ada 4 kolam besar). tapi yang pastinya bau yang memualkan dan meloyakan akan sentiada ada khusunya pada waktu pagi dan petang (balik kerja). Di sini saya ingin bertanya adalah perkara ini telah dikemukan kepada MPS atau JAS untuk perhatian mereka? terima kasih

  83. salam semua…bila baca laman aduan ni tergerak hati saya untuk nak kongsi masalah pnduduk 8/16 yg sejak kebelakangan di sering dilanda banjir kilat..row yg last (blkg rumah ldg sawit dah)..everytime hujan lebat, air dari ldg sawit dan bukit jalan besar turun ke bawah ke arah jalan yg ada kuil tu..akibatnya beberapa rumah dimasuki air lumpur habis 1 rumah kene cuci..perabot pun rosak…sudah buat aduan tp pemaju x ambil tindakan serius…Setiap kali hujan turut skrg ni..hati jd tak keruan kerisauan…blh minta bantuan JKWI ke? maklum balas amatlah diharapkan utk selesaikan masalah berat ni..

  84. en fendi…last yg teruk bangat hari jumaat lepas..hari yg sama dengan banjir teruk di bandar kajang yg tenggelam tu…atas saranan pengrusi jkwi, us irwan cdg p jumpa pemaju ramai-ramai..so, sabtu ni dlm jam 10 am plan nak pakat2 p la dgn timb. pengerusi en azhari join skali…

  85. harap jiran2 ambil inisiatif dgn periksa laluan air, make sure tiada halangan spt sampah / tanah / dsb

  86. saya tinggal di warisan indah , jalan 8/6 – lori sampah dah seminggu tak masuk nih. Sampah dah banyak mogok ker atau komplot nak jatuhkan kerajaan PR nih.

  87. Sesiapa yang ada kehilangan kucing berbulu putih dan ada bracelet di lehernya. mohon hubungi saya Zul . di [6][012][226][4988]. kucing ni dalam keadaan lesu dan kurus.
    terima kasih

  88. Semalam ade 2 orang lelaki yang kononnya datang dari UGS..nama penuhnya united gas…yang last i tak ingat nak masuk rumah check kepala gas, saya berkeras tak bagi dia orang masuk dan dia orang siap sumpah tong gas rumah saya akan meletup, dah call polis tapi dia orang dah lari kot sebab bapak polisi pun tak jumpa dia orang, berhati hati terutama musim cuti sekolah ni sebab banyak parents pegi kerja tinggalkan maid dan anak anak kat rumah, jangan sekali kala bagi masuk…yang saya pasti dia orang tengah survey kawasan rumah mane yang senang masuk, Tuan pengerusi kalau boleh war warkan hal ni ke pihak berkuasa agar tingkatkan rondaan dikawasan warisan indah ni..FYI peristiwa ini berlaku di jalan 8/6…sekian

  89. PERHATIAN KEPADA JIRAN2 SAHABAT KOTA WARISAN…ACHTUNG !!!!!

    Kepada Jiran2 sahabat Kota Warisan… Adalah dipercayai tutup2 aluminium tempat sampah rumah kita telah di curi. Beberapa jiran2 telah melaporkan terdapat 2 org India yang kadang2 menaiki kereta proton atau lori merah menanggalkan tutup tempat sampah selepas lori sampah datang mengambil sampah.

    Saya juga membuat survey dan mendapati banyak tutup tempat sampah jiran2 telah hilang. Jika anda semua rajin, berjalan lah kerumah yang baru siap 8/6, 8/8, 8/12…8/14 dan anda akan dapat melihat. hampir kesemua tutup aluminium tempat sampah telah di curi..

    Tutup sampah ini mahal jugek harga nya. Saya baru menggantikan nya dgn harga RM280 dari kedai di Dengkil. Jadi perhatikan rumah anda dan jiran2 anda. Jika ternampak mereka2 ini, sila telefon polis dgn segera.

    Harap Maklum…

  90. Mintak penduduk WI supaya onkan lampu porch dan belakang rumah pada waktu malam….sebaiknya pasang timer lagi bagus.

  91. Walaupun banyak berlaku kecurian dan samun dikawasan WI, saya dapat tengok lagi jiran jiran kita ni masih tak ambil ikthibar, masuk nak angkut barang barang masuk kedalam kereta atau masuk balik kedalam rumah, main gate buka luas, ini akan menyenangkan lagi penyamun masuk melulu dengan parang ke atau senjata. Seeloknya masa dah masuk porch tutup gate, jangan bagi terbuka luas. Lagi satu yang saya perhatikan, dua hari lepas ade this indian guy yang kerja turap jalan kat 8/6, dia pegi tekan loceng kat semua rumah suruh letak kereta kat tempat lain, yang saya perhatikan, jiran kita ni siap buka gate lepas dia bunyi bell rumah. saya bukannya nak cakap buruk pasal mamat ni tapi tengok la betapa careless nya orang orang kita ni sampai boleh buka gate…ambil la ikhtbar kawan kawan, be alert all the time, jangan bagi peluang untuk penyamun perompak rampas harta benda yang dibeli dengan titik peluh kita…berhati hati la…

  92. Assalamualaikum!
    Saya adalah bakal penduduk baru di Jalan Warisan Indah 8/16, Kota Warisan. Sekarang rumah dalam proses untuk pemasangan grill dll. InsyaAllah jika semuanya sudah selesai, akan berpindah dalam masa yang terdekat. Ingin mengetahui bagaimana cara untuk menuntut bayaran “LATE DELIVERY PENALTY” dari pemaju (GEMA PADU)? Sudah berkali surat/notis diberikan, tetapi pihak pemaju memberi banyak alasan dan melengah-lengahkan pembayaran. Minta pandangan atau nasihat. Terima kasih.

    • Hi,
      Saya juga penduduk baru di Jalan Warisan Indah 8/16. Regarding “LATE DELIVERY PENALTY” saya dah terima bayaran saya dengan 2 cek, satu pada bulan february and satu lagi bulan march. According to the agreement Gema padu sepatutnya bayar penalty itu apabila bagi kunci rumah kepada kita. saya tulis dalam surat saya Gema Padu kena bayar penalty dalam tempoh satu bulan dari tempoh tarikh dalam surat . jika Gema Padu gagal bebuat demikian saya akan buat aduan di “Consumer Court”. kita berhak berbuat demikian.

  93. sepanjang hari raya dan sebelum iaitu kira kira 2 hari sebelum ramadhan lampu jalan dari 8/2 hingga 8/8 tidak menyala, dah buat aduan pada MPS pada 5 ogos 2013 tapi kontraktor mps hanya datang malam tadi dan terjumpa dengan mereka dan difahamkan bahawa iainya perbuatan khianat dimana fius telah dicabut. Tak tahu dah berapa banyak rumah dah kena rompak pada masa ketiadaan lampu kerana ianya memang gelap.Hopefully tiada kes pecah masuk.

  94. Banjir kilat d lorong blkg 8/16 berlaku lg lebih teruk dr yg sblumny.6-7 buag rumah masuk air.laporan telah dbuat kpd mps n pemaju.harap sgt kalau krtwi dpt buat aduan ke yb parlimn sepang juga sbb masbalah ni dh lama tp tindakan yg dambil brsifat short term shj.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s