Makluman Bayaran Kawalan Keselamatan

Penduduk Warisan Indah 8/2 – 8/8 yang telah menyertai kawalan keselamatan dimohon untuk membuat bayaran bulanan kawalan keselamatan PADA ATAU SEBELUM 27 hb setiap bulan. Kaedah bayaran boleh dibuat dengan 2 cara:

1) Bayaran online ke akaun KRTWI:

No akaun Affin Bank: 10662 0000 818 (atas nama Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah). Nota penting: sila msg transaksi ke no 013-3543594 (Dr. Irwan).

2) Bayaran kepada Ketua Blok:

Jalan WI 8/2

Dr. Irwan (013-3543594): No. 26
En. Saufi (012-3216262): No. 53
En. Asmadi (016-3193209): No. 57
En. Nizam (012-3117451): No. 106
En. Zuraidi (012-4371824): No. 136

Jalan WI 8/4

En. Zuhaimi (013-4366004): No. 5
En. Nizam (017-2781633): No. 56
En. Azmi (019-3557090): No. 66
En. Rulhaizal (013-2449892): No. 102

Jalan WI 8/6

En. Syamsul Nizam (019-2330569): No. 17
Dr. Zulfadhli (013-6105101): No. 47
En. Megat (019-2218094): No. 81
En. Juni (019-2738944): No 85

Jalan WI 8/8

En. Rashid (019-2186530): No. 7
Pn. Nor (019-4740588): No 43

Penduduk yang ingin menyertai Kawalan Keselamatan KRTWI boleh mengisi borang berikut: Borang Kawalan Keselamatan KRTWI

Kerjasama tuan/puan amat dihargai.

No. Pengurus Security/Guard: 016-232 3476 (Patma)
No. Ketua Guard: 016-638 1152 (Liton)
Polis Jaga Kota Warisan: 013-694 7025 (Lans Koperal Ali Zamri)
Polis Jaga Warisan Indah: 019-969 2813 (Koperal Che Bahari)
Balai Polis BBST: 03-8777 4484

Makluman Program

Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah akan menganjurkan program senamrobik, Taklimat Skim Rondaan Sukarela Rukun Tetangga & dialog bersama Persatuan Penduduk Kota Warisan seperti berikut:

Tarikh: 23 Februari 2013
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Taman Permainan Warisan Indah

Aturcara program:

7.45 pagi    :   Ketibaan penduduk
8.00 pagi    :   Senamrobik bermula
9.00 pagi    :   Kudapan
9.20 pagi    :   Ucapan Pengerusi KRT Warisan Indah
9.25 pagi    :   Taklimat SRS
10.30 pagi  :   Soal Jawab
11.00 pagi  :   Dialog bersama Persatuan Penduduk Kota Warisan
12.00 t/hari :   Bersurai

Semua penduduk Warisan Indah (8/2 – 8/16) dijemput hadir untuk menjayakan dan memeriahkan program.

Jambooree Lasak 360

jambori basikal

Untuk peminat basikal. Maklumat lanjut lawati:

www.jamboreelasak360.blogspot.com

Jamboree Information

Tittle : MH Jamboree Lasak 360@Kota Warisan
Place : Kota Warisan, Selangor.
Distance : 40KM
Date : 10 March 2013
Time: 0800 am
Entry fee : RM 50
Closing Date : 20 February 2013
Goodies : Finish Medal , T-Shirt, Stickers Mirror, etc.
Contact Person : Azlisham
Email : mahsilza@yahoo.com , shuhaime@hotmail.com
Tel : 019.311.5990 Whatapps : 012.263.9881

Makluman

Ada 2 makluman untuk semua penduduk Warisan Indah

Makluman Pertama

Persatuan Penduduk Kota Warisan dengan kerjasama KRT Warisan Indah akan menganjurkan gotong royong sepeti berikut:

Tarikh: 3 Feb 2013
Hari: Ahad
Masa: 8.15 pagi – 12 tengahari

Semua penduduk Warisan Indah dijemput untuk berkumpul di Taman Permainan Kanak-Kanak Warisan Indah untuk mendengar taklimat gotong royong dan taklimat kesihatan terlebih dahulu. Makanan disediakan.

Gotong royong ini menumpukan kawasan belakang rumah masing-masing. Segala sampah/kotoran/bahan buangan boleh dikumpulkan di hadapan rumah dan lori kontraktor sampah akan datang kutip pada tengahari.

Makluman Kedua

KRTWI ingin memaklumkan bahawa kawalan keselamatan anjuran KRTWI Insya Allah akan bermula sehari dua lagi. KRTWI dalam penyelarasan terakhir dengan pengawal untuk memulakan kawalan.

Penduduk yang telah mendaftar tetapi belum membayar, bolehlah membuat bayaran sebanyak RM50.00 kepada mana-mana AJK KRTWI (sila dapatkan resit). Penduduk yang ingin membuat pendaftaran baru juga boleh berbuat demikian. Harap maklum.

Perjumpaan/Perbincangan Kawalan Keselamatan

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Untuk makluman semua penduduk Warisan Indah. Sehingga 15 Jan, sebanyak 165 buah rumah telah bersetuju untuk menyertai kawalan keselamatan yang diwar-warkan. Sebahagian juga telah membayar yuran kawalan.

Sehubungan itu, KRTWI akan membuat satu perjumpaan dan perbincangan bersama semua penduduk yang telah memberi respon melalui borang yang diedarkan seperti berikut:

Tarikh: 21 Jan 2013
Hari: Isnin
Masa: 9.00 malam
Tempat: perkarangan rumah pengerusi KRTWI (26, 8/2)

Semua penduduk dijemput hadir. Nak daftar malam tu pun boleh. Yang telah bersetuju menyertai kawalan tersebut diWAJIBkan hadir atau wakil. Sila bawa wang bersama untuk membayar yuran kawalan keselamatan pada malam itu (yang belum bayar lee).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-354 3594.

Pengumuman Penting

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kepada Semua Penduduk Warisan Indah

Sejak akhir-akhir ini kejadian curi pintu tong sampah / pintu suis utama elektrik makin menjadi-jadi di WI. Setakat ini sudah lebih 100 (seratus buah) rumah yang menjadi mangsa.

Selama ini juga banyak rumah yang menjadi mangsa pecah rumah sama ada siang hari atau pada waktu malam. Namun penjenayah semakin berani dan telah ada penduduk Wi yang menjadi mangsa samun / rompak berparang. Rumah anda hanya menunggu masa sahaja sama ada dipecah masuk atau di samun atau dirompak!!!

Sehubungan itu Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah (KRTWI) telah memutuskan tiga perkara berikut:

Pertama
KRTWI akan melantik pengawal keselamatan yang akan mengawal 24 jam di WI. Semua penduduk WAJIB menyertai kawalan keselamatan ini. Ini bagi mengurangkan kos bayaran bulanan kawalan keselamatan.

Anggaran bulanan bayaran keselamatan ialah lebih kurang RM50.00. Lebih banyak rumah yang menyertai lagi kurang bayaran bulanan.

Kedua
Semua penduduk Wi wajib membeli sticker kereta dan motor yang akan dijual oleh KRTWI. Ini bagi pengenalan kepada pengawal keselamatan.

Ketiga
Melaksanakan pintu kawalan keselamatan berpalang di semua pintu keluar masuk WI.

Semua pintu keluar masuk ke WI hanya akan dibuka pada waktu tertentu sahaja iaitu; pada waktu pagi (6.30am – 8.30am) dan pada waktu petang (5.00pm – 7.00pm) sahaja.

Pada waktu-waktu lain, hanya 2 pintu keluar masuk sahaja akan dibuka iaitu di jalan 8/2 dan jalan 8/12. Manakala pintu keluar masuk lain (8/2 laluan kedua, 8/6 dan 8/14) akan ditutup.

Nota: Perkara-perkara di atas akan bermula pada bulan Februari 2013. Sebarang bantahan terhadap penutupan pintu keluar masuk, sila kemukakan kepada pengerusi KRTWI sebelum 20 Januari 2013. Selepas itu tuan/puan dianggap telah bersetuju. Jika tuan/puan ada sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan penama di bawah:

1. Dr. Irwan (Pengerusi)  : 26, Jalan Warisan Indah 8/2  (013-3543594)
2. En. Norazhari (Timbalan) : 23, Jalan Warisan Indah 8/14  (012-2121581)
3. En. Saufi (Setiausaha) : 53, Jalan Warisan Indah 8/2  (019-6687010)

Sila isi borang kawalan keselamatan yang dilampirkan. Klik link berikut: (Borang Kawalan Keselamatan KRTWI) dan kembalikan kepada penama-penama di atas sebelum 15 januari 2013.

Yang benar

DR. IRWAN MOHD SUBRI
Pengerusi KRTWI