Kawalan Keselamatan Raya

KRTWI akan mengupah Syarikat Keselamatan untuk menjaga keselamatan semasa cuti Hari Raya nanti. Tarikh kawalan itu bermula pada 18-25 Ogos 2012 (8 hari). Setiap rumah yang ingin menyertai kawalan ini dikenakan RM50.00 (seperti tahun lepas).

Sila isi Borang Kawalan Keselamatan dan kembalikan kepada penama di bawah. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 12 Ogos 2012.

1. En. Irwan (Pengerusi)         : 26, Jalan Warisan Indah 8/2             (013-3543594)

2. En. Norazhari (Timbalan)   : 23, Jalan Warisan Indah 8/14           (012-2121581)

3. En. Saufi (Setiausaha)        : 53, Jalan Warisan Indah 8/2             (019-6687010)

4. En. Megat (Bendahari)       : 81, Jalan Warisan Indah 8/6             (019-2218094)

Advertisements

Ucapan Terima Kasih

KRTWI mengucapkan rubuan terima kasih kepada AJK KRT dan penduduk Warisan Indah yang bertungkus lumus membantu untuk menjayakan majlis berbuka puasa di Surau al-Hijrah Kota Warisan pada hari Sabtu lepas.

 

Semoga Allah memberi ganjaran berlipat kali ganda atas amalan saleh tersebut. Amin!!!

Majlis Berbuka Puasa Warisan Indah

KRT Warisan Indah (KRTWI) akan membiayai majlis berbuka puasa dan moreh di Surau al-Hijrah Kota Warisan pada 4 Ogos 2012 (Sabtu) untuk 250 jemaah. Sehubungan itu, tuan/puan yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan untuk menjayakan majlis tersebut bolehlah berhubung dengan AJK KRTWI (penama di bawah). Sumbangan masih dibuka lagi.

Tuan/puan yang berkelapangan juga bolehlah datang ke surau selepas zohor pada hari tersebut untuk membantu persediaan memasak.

Untuk sumbangan, tuan/puan boleh menghubungi penama di bawah:

1. En. Irwan (Pengerusi)  : 26, Jalan Warisan Indah 8/2  (013-3543594)

2. En. Norazhari (Timbalan) : 23, Jalan Warisan Indah 8/14  (012-2121581)

3. En. Saufi (Setiausaha) : 53, Jalan Warisan Indah 8/2  (019-6687010)

4. En. Megat (Bendahari) : 81, Jalan Warisan Indah 8/6  (019-2218094)

 

Atau tuan/puan boleh bank in ke akaun KRTWI atas nama berikut:

Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah (Affin Bank Kota Warisan: 106620000818).

 

Nota Penting: Sila SMS kepada AJK, jumlah yang telah dibank in untuk rekod KRTWI.