MAJLIS MAKAN MALAM PIBG SK KOTA WARISAN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SK Kota Warisan, Sepang akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal yang bertemakan ”Kecemerlangan dan Inovasi”.  Antara objektif majlis tersebut ialah untuk mengumpul dana bagi:

i. Membiayai kos mengadakan program-program kecemerlangan akademik.
ii. Menambahkan buku-buku dan kemudahan di Pusat Sumber Sekolah
iii. Membiayai program-program pembangunan pelajar dan kokurikulum
v. Membantu golongan pelajar miskin.

Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut :
Tarikh              : 19 November 2010 (Jumaat)
Masa                  : 8.00 malam – 11.00 malam
Tempat           : Dewan Rajah, Nilai Springs Golf & Country Club Resort, Nilai.
Pakaian           : Batik/Lengan panjang (Lelaki) & Pakaian Sopan (Perempuan)
Persembahan : Kumpulan Rabbani dan Aishah
Acara                :  i) Anugerah Kecemerlangan UPSR
                                ii) Anugerah Inovasi Murid Tahun 2010
                               iii) Jualan hasil kerja seni murid

Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Majlis Makan Malam Amal PIBG berbesar hati menjemput Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan serta seluruh warga untuk turut sama meraikan majlis tersebut dengan menempah meja atau penyertaan perseorangan. Harga meja adalah seperti berikut:

Pakej Titanium   :  RM 8,000.00 (Meja VIP)
Pakej Platinum   :  RM 5,000.00 
Pakej Gold            :  RM 3,000.00  
Pakej Silver          :  RM 2,000.00  
Pakej Bronze       :  RM 1,500.00  
Pakej Pengiklanan

Untuk mengetahui faedah-faedah sumbangan di atas, sila klik link berikut: MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PIBG SK KOTA WARISAN 2010

Selain tempahan meja, sumbangan dalam pelbagai bentuk sama ada barangan / hamper / wang tunai / cek amat dialu-alukan bagi menjayakan lagi majlis tersebut.  Sumbangan berupa cek bolehlah dibuat atas nama Bendahari PIBG SK Kota Warisan.  Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Nor Anikah (013-3044097) dan  Cik Norafiza (012-6853988). Sokongan dan sumbangan daripada pihak Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan amat kami hargai dan sanjungi.

Ibu bapa yang ingin menghadiri majlis makan malam amal tersebut, harga tiket ialah RM65.00 seorang dan kanak-kanak RM45 seorang. Untuk membeli tiket boleh hubungi no telefon di atas. 

(DR MOHD RUSHDAN BIN MOHD JAILANI)            
Yang Dipertua PIBG              
SK Kota Warisan.

Pengumuman

Untuk makluman, PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Warisan akan mengadakan Makan Malam Amal yang bertujuan untuk mengutip dana PIBG SKKW. Makan Malam tersebut akan diadakan pada 19 November 2010 di Nilai Spring Hotel, Nilai. Majlis turut diserikan dengan persembahan kumpulan Rabbani dan Aishah (The Fan Club).

JBWI memohon kerjasama daripada penduduk Warisan Indah untuk turut sama mewar-warkan majlis makan malam ini kepada sesiapa sahaja. Yang paling penting ialah membantu PIBG SKKW untuk mendapatkan dana bagi menjayakan majlis tersebut.

Untuk ibu bapa yang ingin menghadiri makan malam tersebut, bayaran RM65 seorang dikenakan dan bagi anak dikenakan RM45 setiap orang. Makluman berkaitan majlis ini telah dimaklumkan melalui anak2 tuan/puan.

Bagi membantu PIBG SKKW mencari dana untuk majlis tersebut, satu perjumpaan penduduk bersama PIBG akan diadakan pada sabtu 16hb Okt 2010 di dewan Randau tingkat 3 pada jam 8.30 malam. Semua yang ingin turut membantu, dialu-alukan untuk datang.

Sumbanglah apa saja, wang ringgit, masa, idea, tenaga dsb demi untuk masa depan bukan sahaja anak-anak sendiri, malah untuk semua anak kita semua.