Pengumuman Penting

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kepada Semua Penduduk Warisan Indah

Sejak akhir-akhir ini kejadian curi pintu tong sampah / pintu suis utama elektrik makin menjadi-jadi di WI. Setakat ini sudah lebih 100 (seratus buah) rumah yang menjadi mangsa.

Selama ini juga banyak rumah yang menjadi mangsa pecah rumah sama ada siang hari atau pada waktu malam. Namun penjenayah semakin berani dan telah ada penduduk Wi yang menjadi mangsa samun / rompak berparang. Rumah anda hanya menunggu masa sahaja sama ada dipecah masuk atau di samun atau dirompak!!!

Sehubungan itu Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah (KRTWI) telah memutuskan tiga perkara berikut:

Pertama
KRTWI akan melantik pengawal keselamatan yang akan mengawal 24 jam di WI. Semua penduduk WAJIB menyertai kawalan keselamatan ini. Ini bagi mengurangkan kos bayaran bulanan kawalan keselamatan.

Anggaran bulanan bayaran keselamatan ialah lebih kurang RM50.00. Lebih banyak rumah yang menyertai lagi kurang bayaran bulanan.

Kedua
Semua penduduk Wi wajib membeli sticker kereta dan motor yang akan dijual oleh KRTWI. Ini bagi pengenalan kepada pengawal keselamatan.

Ketiga
Melaksanakan pintu kawalan keselamatan berpalang di semua pintu keluar masuk WI.

Semua pintu keluar masuk ke WI hanya akan dibuka pada waktu tertentu sahaja iaitu; pada waktu pagi (6.30am – 8.30am) dan pada waktu petang (5.00pm – 7.00pm) sahaja.

Pada waktu-waktu lain, hanya 2 pintu keluar masuk sahaja akan dibuka iaitu di jalan 8/2 dan jalan 8/12. Manakala pintu keluar masuk lain (8/2 laluan kedua, 8/6 dan 8/14) akan ditutup.

Nota: Perkara-perkara di atas akan bermula pada bulan Februari 2013. Sebarang bantahan terhadap penutupan pintu keluar masuk, sila kemukakan kepada pengerusi KRTWI sebelum 20 Januari 2013. Selepas itu tuan/puan dianggap telah bersetuju. Jika tuan/puan ada sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan penama di bawah:

1. Dr. Irwan (Pengerusi)  : 26, Jalan Warisan Indah 8/2  (013-3543594)
2. En. Norazhari (Timbalan) : 23, Jalan Warisan Indah 8/14  (012-2121581)
3. En. Saufi (Setiausaha) : 53, Jalan Warisan Indah 8/2  (019-6687010)

Sila isi borang kawalan keselamatan yang dilampirkan. Klik link berikut: (Borang Kawalan Keselamatan KRTWI) dan kembalikan kepada penama-penama di atas sebelum 15 januari 2013.

Yang benar

DR. IRWAN MOHD SUBRI
Pengerusi KRTWI

Advertisements