Makluman Pemilihan AJK Baharu KRTWI

Penggal Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah (KRTWI) sedia ada akan tamat pada 31 Disember 2013. Sehubungan itu KRTWI akan membuat pemilhan bagi melantik AJK baharu bagi KRTWI sesi 2014-2015. Mesyuarat AJK KRTWI pada 4 Dis 2013 telah memutuskan cara pemilihan AJK baharu adalah seperti berikut:

Setiap jalan di WI (8/2 hingga 8/16) akan mencalonkan 4 (empat) orang (minimum seorang wanita) sebagai wakil jalan. Ini bermakna, 8 jalan x 4 orang = 32 orang wakil. Setelah dicalonkan, 32 orang wakil ini akan bermesyuarat sesama mereka untuk melantik 5 penjawat jawatan utama iaitu: Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari. Tarikh mesyuarat calon-calon ialah pada 15 Dis 2013.

Justeru, tuan/puan hendaklah mencalonkan penama-penama bagi mewakili setiap jalan sebelum 14 Dis 2013. Jika terdapat lebih daripada 4 orang yang dicalonkan, tuan/puan boleh berbincang dengan wakil jalan dan penduduk yang tinggal di jalan tersebut, siapa yang lebih layak untuk dilantik untuk kuota 4 orang bagi jalan tersebut.

Bagi menyelaras pencalonan jalan, berikut adalah wakil AJK KRT bagi jalan masing-masing:

1. Dr. Irwan                 : 8/2     (013-354 3594)
2. En Zuhaimi              : 8/4     (013-436 6004)
3. En Megat                : 8/6     (019-221 8094)
4. En. Rashid              : 8/8     (019-218 6530)
5. En Afrizal                : 8/10   (012-382 0330)
6. En. Assri                  : 8/12   (019-276 1940)
7. En. Norazhari          : 8/14   (012-212 1581)
8. En Mokhtar             : 8/16   (019-268 5303)

Nota: Pemilihan AJK KRT tidak tertakluk seperti pemilihan dalam mesyuarat agung mana-mana persatuan di bawah ROS. Ini kerana KRT berdaftar di bawah Jabatan Perpaduan Negara.

Leave a comment