Ceramah Agama & Diskusi Buku

Dimaklumkan Kawasan Rukun Tetangga Warisan akan menganjurkan Ceramah Agama & Diskusi Buku “Khutbah Rasulullah: Wasiat Agung Untuk Umat” seperti berikut:

Tarikh             :   7 Julai 2012

Hari                 :   Sabtu

Masa                :   9.30 – 11.00 malam

Tempat            : Tapak Program Warisan Indah

Penceramah  : Y.Bhg. Ustaz Roy (Rohidzir Rais) – Panelis “Tanyalah Ustaz TV9” & Penulis Buku Tersohor

Anjuran          : Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah

Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir!

Pembinaan Bonggol Jalan Di Jalan 8/2 & 8/4

Untuk makluman semua penduduk Warisan Indah!

KRTWI telah memohon kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPSEpang) bagi membina bonggol di jalan 8/2 & 8/4. Ini memandangkan di jalan itu terdapat tadika serta ramai anak-anak kita bermain di situ pada waktu petang dan pernah berlaku kemalangan. MPSEpang telah memberi kelulusan pembinaan bonggol jalan tersebut dan akan dibina oleh pemaju Gema Padu.

Sehubungan itu, sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan saya.

Pengerusi KRTWI