Berita Jogathon Hijrah

Alhamdulillah kelmarin, perlumbaan Jogathon Hijrah sempena minggu Maal Hijrah yang dianjurkan oleh Surau al-Hijrah Kota Warisan dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) telah selamat diadakan dengan jayanya. Alhamdulillah hampir 100 peserta yang terdiri daripada penduduk Kota Warisan sendiri dan ada juga perserta luar yang menyertai jogathon ini. Jarak larian lebih kurang 3 km saja untuk semua kategori iaitu bawah 12, bawah 18, bawah 35 dan atas 35 tahun.

Larian bermula lebih kurang jam 7.45 pagi setelah worm up sikit. Tempat mula dan akhir ialah depan Surau al-Hijrah. Masa mula-mula tu pakat lari laju, tapi bila sampai 200-300 meter ramai yang dah pancit sebab tak biasa lari hehe… tapi semua semangat nak habiskan juga walaupun dengan berjalan kaki. Sepanjang jogathon ini berlangsung, ia dibantu oleh beberapa orang petugas yang memang orang-orang kuat Kota Warisan kalau ada apa-apa program. Pihak PDRM juga turut membantu mengawal lalu lintas dan keselamatan peserta.

Jam 9 am diadakan majlis Pelancaran dan Perasmian Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang disempurnakan oleh Tuan Hj Yunus Khasib, Pengarah Perancangan Pembangunan, Merangkap Pengarah Korporat Majlis Perbandaran Sepang. Upacara penyampaian hadiah Jogathon Hijrah turut diadakan dalam majlis ini. Alhamduillah program pada pagi kelmarin mendapat sambutan yang baik daripada penduduk Kota Warisan, sama ada program jogathon mahupun majlis pelancaran dan perasmian PeBT zon Kota Warisan. Diucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan ke dua-dua program tersebut dan tahniah kepada semua para pemenang.

Pelancaran PeBT & Jogathon Hijrah

Satu majlis pelancaran “Penggerak Belia Tempatan” (PeBT), Zon Kota Warisan, di bawah Majlis Perbandaran Sepang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 19 Disember 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9 pagi
Tempat : Padang Awam Kota Warisan (Hadapan Sekolah Kebangsaan)

Sempena majlis pelancaran tersebut, satu perlumbaan Jogathon Hijrah juga turut diadakan dengan kerjasama Surau al-Hijrah (sempena program minggu Ma’al Hjrah 2009). Jarak Jogathon Hijrah adalah lebih kurang 4-5 kilometer di sekitar Kota Warisan. Sebanyak 8 kategori dipertandingkan:

(Kategori Lelaki)

a. Bawah 12 tahun
b. Bawah 18 tahun
c. Bawah 35 tahun
d. Atas 35 Tahun (terbuka)

(Kategori Wanita)

a. Bawah 12 tahun
b. Bawah 18 tahun
c. Bawah 35 tahun
d. Atas 35 Tahun (terbuka)

Hadiah disediakan dari tempat pertama hingga tempat kelima bagi setiap kategori. Hadiah akan disampaikan semasa
majlis pelancaran PeBT di atas. Semua penduduk Kota Warisan sama ada individu atau berkeluarga dialu-alukan untuk menyertai perlumbaan ini untuk memeriahkan suasana. Pakaian hendaklah menutup aurat dan sopan.

Untuk pendaftaran, sila hubungi no. 013-3543594 / 016-6655090.

Tarikh tutup pendaftaran ialah 17 Disember 2009. Penyertaan adalah percuma!

Untuk download borang pendaftaran Jogathon Hijrah, sila klik di bawah:

https://warisanindah.files.wordpress.com/2009/12/borang-jogathon.jpg