Pecah Rumah

Malam Sabtu lepas sebuah rumah di jalan 8/4 telah dipecah masuk. Tuan rumah keluar pukul 6 petang dan balik pukul 10 malam. Bila balik tengok rumah dah kena pecah. Antara yang hilang TV plasma dan notebook. Pencuri masuk dari pintu dapur belakang dan dipercayai dia buat kerja lebih kurang jam 8 malam.

Minggu lepas di jalan 8/4 juga dah ada sebuah rumah yang dipecah. Modus operandi hampir sama. Jadi dah ada 2 buah rumah dalam masa seminggu yang dipecah masuk.

Dah lama tak berlaku pecah rumah di Warisan Indah ni. Sekarang baru timbul balik. Jadi kepada semua penduduk diharap lebih prihatin dan waspada serta curiga. Kalau terdengar atau ternampak perkara yang mencurigakan dirumah jiran terus telefon polis.

No balai polis Kota Warisan dan Salak Tinggi ada di sebelah kanan atas blog ini. Lebih baik simpan dalam henpon supaya mudah bertindak.

Advertisements