House & Renovation

Sila kongsi maklumat mengenai apa saja berkaitan rumah (pengubahsuaian @ pembaikan).

163 responses to “House & Renovation

  1. Ruangan ini disediakan atas permintaan penduduk. Elok juga sebab boleh kongsi maklumat sesama penduduk.

    Saya nak kongsi pasal tekanan air rendah di semua rumah Warisan Indah. Memang dari dulu sejak penduduk mula masuk ke sini dah macam tu. Nak mandi tak puas langsung. Air masih slow walaupun pasang water pump. Penyelesaiannya? Saya bersembang dengan Hashim si plumber GP camna nak settle, dia kata dia boleh buat bagi air laju tapi kena bayar sebab dia akan buat lain sambungan di tangki air kat atas.

    Ada 3-4 orang penduduk termasuk saya yang bayar kat dia untuk kuatkan tekanan air. Wal hasilnya memang laju la air, so puas sikit nak mandi. Tapi rasanya si Hashim ni dah balik Indon kot, sebab dah lama tak nampak dia.

    Kena bayar kat dia, pasal tu kerja tak rasmi. Ada penduduk kata buat apa bayar, terpulanglah pada penduduk samada nak suruh GP tolong buat atau suruh plumber sendiri. Setakat ni saya tak tahulah kalau2 ada penduduk yang settlekan masalah air rendah dengan GP. Kalau ada boleh kongsi di sini.

    Satu lagi kalau ada penduduk baru masuk yang hadapi masalah bunyi tangki air bising. Anda kena suruh GP simenkan paip air agar ia tak bergegar. Yang ni memang tugas GP dan tak payah bayar apa2. Masalah ini dihadapi oleh semua penduduk yang baru masuk.

    • salam,
      saya dah tanya si hashim plumber GP, dia kata RM 200 kalau nak buat extra pipe tu termasuk upah dan beli barang.
      antara barang yang dia kena beli adalah valve dan sebagainya.
      caranya, memandangkan air mandi kita sekarang adalah dari tangki rumah so dia akan buat satu lagi sambungan dari paip utama, so air mandi akan ada 2 pressure lah (satu dari tangki. satu dari paip utama). kalau ada gangguan bekalan air syabas, kita still boleh mandi guna air tangki… lebih kureng…
      Soalan saya, dulu tuan moderator buat dia charge berapa RM?

      Terima kaseh.

      • Tu lah harganya luz… saya pun bayar harga tu jugak… tapi berbaloi la air laju… sebab tengok payah gak dia nak buat tu… mungkin padan la kot harga tu

  2. rasanya cara bagi laju tu (tanpa pasang pump) adalah dgn bypass tangki. terpikir jugak nak buat cara tu (paling mudah dan kos murah) tapi kalau tak silap kalau air tade, air dari tangki tu dah tak bleh guna (sebab satu rumah ambik air dari main pipe). betulkan info ni kalau salah. kalau nak test senang je, cuba tuan2 yang dah buat bypass tangki tu tutup main pipe dekat meter tu, then cuba guna bilik air, ade ke tak….

    • Kalau buat bypass air kat dalam tangki tu tak jadi busuk ker? pastu tak jadi tempat pembiakan nyamuk ke? binatang lain pun boleh membiak kot?

  3. Perkara biasa terjadi pada alarm:

    1. Lampu pada keypad berkelip-kelip. Itu maknanya sebelum ni alarm trigger pada zone tu. Tekan 2 dan 3 serentak. Lampu kelip-kelip tu akan hilang.

    2. Tetiba ja keypad tu bunyi dan keluar nombor. Maknanya kene cari satu remote dan sync ke keypad tu. Step nak buat ni ada dalam manual.

  4. ada sesapa yg berpengalaman dg contractor2 di warisan indah..? Kong kian, delta design..? kalo ada experience boleh la share dia org nyer workmanship…

    • salam..

      berkenaan dgn contractor..saya ada pengalaman dgn kong kian…saya pasang grille dghn dia..
      workmanship…consider ok..takde nak comment apa2
      cuma speed tu…masya-Allah…4-5 bulan kot baru siap grille saya
      itu pun puas saya call si ah james tu…nak kene gegar baru dia bergerak..

      • tq puan y for your info…I pon ada mintak quotation ngn james, tp harga dia mahal sikit la compare tu contractor yg saya dpt skrg ni…so, skrg rumah saya tgh buat renovation ngn mr.chang

  5. kong kian memang lembab…
    saya mintak quotation dengan dia, 4/5 kali,
    siap melawat lagi rumah si james tuh…
    sampai ke sudah dia buat dekkkk aje..
    last2 buat dgn kontraktor lain…

    • erm..saya pon ada mintak quotation ngn james tp mmg lambat la…bila dh review, and request for new quotation kena tunggu lagi..pastu dia x update lak apa yg sy request…tp dia siap tambah item lain plak….dia x pay attention pon apa yg sy ckp masa sy n hubby jumpa dia….last2..hubby sy cari contractor lain

  6. salam
    pasal cantractor tu, saya cuma nak bg tau, rumah saya Elta Design yg buat, so sy berpuashati dgn kerja dia, dan harga sgt berpatutan,dan yg sy suka dia byk bg idea konsep dan pilihan colour, pas tu, jenis tak berkira. Kong Kian plak, dia jiran saya, kerja dia memang cantik sebab semua cina yg buat, harga mungkin mahal skit la, mungkin juga dia lambat sebab terlalu ramai yg ambik kat dia

  7. Masing2 ada pengalaman masa renovate rumah. Kalau nak murah, saya cadang setiap part yg nak dibuat tu ambil lain2 kontraktor. Cth, plaster syiling satu kontraktor, grill, kitchen cabinet, wardrobe dsb. Tapi letih sket le. Kalau nak senang dan malas pikir, cari main kontraktor je, pastu biar dia yg settlekan semuanya. Paling kurang nak renovate kena sedia at least 20k. Kalau nak complete satu rumah, 80k – 100k. 20k tu cukup le utk kitchen cabinet, grill, wardrobe (master bedroom), lampu. Perabot dari rumah lama. HEHEHE….

  8. Saya nak kongsi pengalaman renovate rumah saya…saya buat dengan Chang (Mantin Jaya).

    Area 8/6 banyak yang buat dengan dia…benda yang baik pasal dia ni…CEPAT..saya renovate 2 tingkat kat belakang rumah, pasal grill, concrete top and plaster ceiling cuma ambil masa 3 MINGGU…tapi memang tiap2 hari lepas keje saya tengok rumah…concrete top dia kemas dan seorang je yang buat…memang teliti la orangnye…tapi tak fasih sangat cakap melayu.

    KUALITI…renovation dan plaster ceiling ok…tapi yang tak ok cuma grill…comot sikit keje dia..nasib baik husband saya ni rajin dan betulkan apa2 yang tak berapa ok…

    Kitchen Cabinet saya buat kat Puchong..agak murah dan cantik…rasanya berbaloi saya spend kat kedai tu…dekat dengan TESCO namanya GS Kitchen. Budak yang buat tu nama Raziff..sangat helpful and dia akan work out within our budget..

      • Deposit apa ye? Berapa tu?? Setahu saya cuma duit tong aje yang dia bagi balik…itupun kalau tak guna 2 tong…pasal urusan renovation dengan MPS semua saya buat sendiri….tak mintak chang buat pun….singgah la rumah…boleh borak2…

        • utk rumah saya, urusan ngn MPS mr.chang yg uruskan….kalo kes puan ni adakah MPS refund balik apa2 deposit atau xde bayaran yg perlu refund? sy tanya coz takot nanti chang buat senyap jer….rumah saya dah siap reno..
          insyaAllah .. nanti saya singgah rumah puan ngn suami…btw bleh bg hp no..?

        • Salam…

          saya nak ubah suai rumah …ext kitchen & porch… nak tahu berkaitan dengan prosedur kelulusan plan oleh MP Sepang… bayaran utk pelukis plan n arkitek.

          • salam, sila contact saya utk appointment.. saya ada sekitar kota warisan. izman 017-2561504

        • chang ni yang bagusnya cepat buat kerja…
          tapi yang hampehnya PR & lembab bila kita dah settle payment…
          saya dah call banyak kali pasal awning bocor dia tak datang2 lagi…
          bil bayaran saya mintak dah bebulan pun tak bagi lagi…
          lagi satu grill dia memang fail… low quality…
          plaster ceiling dgn cement work aje yang saya puas hati…

          ni pun nk call lagi dia pi repair awning bocor…

          • Setuju…grill jangan buat dengan dia. Yang lain OK. Dengan dia kita kena garang sikit. Setakat ni walaupun rumah dah siap, saya masih hold satu payment…senang nak ‘ugut’ dia…

          • agaknye work yg related dgn besi ni die tak berape ko kot.
            anyway saya cuma nak buat wiring / alihkan power point shj.
            ok tak mr.chang ni kalau buat wiring ni?

          • wiremen chang nama Jaya 016-4443878/016-6288072
            try la call direct mintak quotation. setakat ni saya puas hati wiring rumah saya.
            bagitau rumah no 59 yang bagi no…

            pastu call Chang pulak, boleh compare harga….

  9. samala mcm saya .. grill tingkap kat master bedroom tu tak betul2 suit coz tingkap kan bentuk melengkung .. so besi grill tu bengkok sket..
    kalo pasang langsir x nampak la..tp kalo x pasang mmg x buruk…

  10. saya punya rumah punya masalah seperti tangki over flow , tak tau bila nak selesai. Mungkin berkenaan tekanan rendah saya nak settle jugak dgn hashim bayar pun bayarlah. Bende lain kat dalam rumah macam lock main door rosak , cap kat paip yang warna biru yg lekat di dinding takde , tingkap sebelah tangki air nampak macam retak , tombol pintu bilik bawah tercabut dan tombol paip air nak madi master bedroom takde . Aduish dah bgtau kat en asmadi . Tak tau bila dia nak datang settlekan.

    Saya rasa setakat nih bg kerja renovation rumah contractor saya bg quote paling best compare to yang lain2 + others contractor luar. Call en hairi 0176478995 bg quote rumah . Setakat nih kerja dia ok. Diaorang bg FOC macam2 . Kalau buat banyak mungkin dapat lagi murah . Kami buat grill dan plaster syilling dgn orang lain. Bukan tak nak buat dengan kontraktor tapi dah confirm dulu dgn orang grill dan plaster syilling.

  11. Takut kejadiaan banjir berulang
    =====================

    Salam,

    Kepada penduduk Warisan Indah yang sedang, telah atau akan membuat apa2 renovation (spt extend dapur, membuat pagar etc), diminta untuk lebih prihatin kepada jiran2.

    Saya dapati ada yg semasa membuat renovation, tidak memakai tong sampah untuk menempatkan sisa2 renovation. Pasir2 juga diletakkan shj di atas jalan (belakang rumah). Ada juga yang lepas habis renovation, tidak membersihkan bekas2 renovation, sampah merata2. terutama jalan belakang rumah tu.

    Memandangkan skrg ini musim hujan, saya bimbang tindakan yang saya rasa kurang prihatin/ kurang bertanggungjawab ini akan mengundang kejadian banjir kilat lagi seperti yang berlaku beberapa bulan lepas. Semasa banjir kilat dulu tu, air telah masuk ke bilik air belakang, yard + hampir masuk ke dapur.
    Apa yang saya perhatikan, pasir2 utk membuat renovation yang diletakkan di atas jalan akan mengalir bersama2 air semasa hujan lebat. Ini boleh menyebabkan longkang di blkg rumah akan lama2 cetek. Sampah2 renovation pula spt kotak2 etc, akan menutup lubang air menyebabkan air tidak dpt masuk ke dalam longkang. Rumah2 di Warisan Indah ini ada yang tanah nye tinggi, ada yang rendah. Jadi semasa hujan, rumah2 yg tanahnye rendah, ada high possibility utk naik air.

    Jadi, kpd sesiapa yang berkenaan, tolong la pastikan selepas renovation terutamanye, jalan belakang rumah dibersihkan. Even semasa renovation pun, tolong la pastikan sampah/sisa binaan diletakkan dlm tong sampah.

    TQ

    ps: jika tiada tindakan, saya terpaksa la ngadu kat pihak berwajib plak

  12. salam…kong kian renovation nih bagus..tapi lambat sket la kerjanye…bagi saya semua ok cuma kita perlu bersabar jer la hehehe

  13. Salam…berapa agaknya kos untuk renovation bahagian belakang rumah campur sekali dgn bumbung…ada sesiapa tahu tak?

  14. Grille dgn Mr. Chang memang betul agak kasar sikit workmanship dia. I suggest you all pergi scout around somewhere else. Lain2 tu I puas hati so far sbb everytime I complain dia akan entertain. Tapi kita pun kena mainkan peranan juga la….bila dia dah siap certain progress tu bagi le dia sikit duit. Sekurang-kurangnya dia boleh bayar gaji pekerja dia.
    I pun plan nak hold my last payment until I dah pindah. kalau takde apa2 baru I akan release the last payment.

  15. Salam..ade tak sesiapa mempunyai contact pelukis pelan yang mendaftar ngan MPS. Kalau ade mintak tolong publish kat sini. Plan nak extend dapur so kena buat semua ikut law.

    Terima kasih…

  16. nak tanya, ternampak satu rumah kat warisan indah yang renovate dgn ubah tiang di depan rumah, so kereta boleh parking 2. kalau owner rumah tu ada baca entry ni, harap boleh share contact kontraktor yang renovate rumah tu

  17. Kalau keje renovation nih , baik tak payah amik NHM Jaya Contructions ,,, keje tak bagus lansung dan tidak berkualiti. Cariklah contructor lain because his the worst .

    • Hi..boleh tak share kat sini apa yang dia orang buat. I pernah call 5 kali ke NHM Jaya Contructions for quotation tapi langsung tak dijawab. Please share so that other residents can actually know what mess they did.

      Thank you….

  18. Salam to all. Saya bakal penghuni baru Warisan Indah 8/4. Tgh tggu contractor LEMBAB buat keje. Dh delay seminggu! Takpe tu cite lain.
    Nk tnya skit, ada sesapa yg experience roof bocor. Sy punye kat family hall & master bedroom. Air pun dh meleleh. Gemapadu still tk bg respond eventhough berkali2 dh report & remind. Aduuis..

    • Salam, saya plan nak masuk rumah di jalan 8/14 pada 1/1/10, inform pasal defect sejak 18/8/09, sampai sekarang satu pun tak buat yg dalam rumah, bocor dlm main bedroom sampai nampak dalaman plaster siling, sekarang ni pulak bila buka paip, baru perasan bocor teruk di bhgn wet kitchen..aduh, air menitik-nitik dah 3/4 plaster siling kat dapur basah, smoke detector dah confirm rosak dek jadi laluan air…loose items satu hape pun depa tak pasang..alasan, tak der barang, sejak dari bulan lapan lagi dok pakai alasan tu…

      bila call, ok saje, last2 kita yg buang masa..si Far** asyik MIA, si Asm*** x nak jawab call, si Has*** pulak tunggu barang dari Asm***…dok pusing kot tu jer lah…

      Ada jugak tanya kat indons2 kat situ, Wak salikan tu boleh buat kalau yg bocor2 tu, tapi dia pun kata since masih ada warranty elok guna develper punya, dia boleh tapi kena bayar….kalau tunggu developer ……

      tengah consider nak buat e-aduan dekat KPKT, tengah cari nombor permit GM sdn Bhd…dah habih cara dah, letih la cam ni

      • etomyam… ni lah perangai pemaju Gema Padu… welcome to the club… penduduk lain pun camnilah keadaannya

          • dari luar memang nampak cantik tapi hakikatnya tuan rumah aje yg tahu…rumah saya bukan aje banyak defect, benda2 yg ada dlm S&P pun banyak tak pasang lagi masa serah kunci…

      • Etomyam…saya pun dah kena jugak. berbaldi2 dah tadah air menitik kat kitchen. Dinding dekat luar bathroom pun bocor hingga basah dan berkulat dinding. Saya tak boleh tunggu lama, suruh contractor yg buat renovation repairkan. Mcm kata En Murthada, tak sampai setengah jam siap.

        Defect yg lain2 saya komplen pd Gema Padu. Kena selalu pergi office maintenance, buat bising. Kalau setakat isi borang defect lepas tu tunggu aje, tahun depan pun belum tentu settle. Husband saya bagi kaw2 punya ayat baru kelam kabut datang. Nampak gaya cakap elok2 tak jalan.

        • ntah apa ke mimpi GM tu tetiba jer senang pulak nak bagi, semua yg diminta dapat pada 31/12 tu, tapi yang pasti masa tu ada 2 orang lelaki jer yg jaga office lain semua pegi meeting…heran jugak, senang pulak kali ni….

          tapi 2 hari sebelum tu ada cakap kat indian lady kat situ yg saya dah inform secara verbal isu ni kepada KPKT, infact memang dah dapat pun direct line officer Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta, Jabatan Perumahan Negara yg handle kes-kes gini

  19. En.Roslan…..saya kena dah. Tapi malas nak tunggu dev. Saya suruh contractor yg tgh renovate rumah saya buat. Tak sampai setengah jam dah selesai.

    Kalau nak tunggu dev. mmg le berzaman. Kalau en. Roslan boleh bersabar takpe la.

    Tapi saya punya takle sampai meleleh. Cuma ada nampak water mark pada ceiling.

  20. Kalau rasa malas nak bertekak….bila hantar report defect tu cc pada Kementerian Perumahan sekali dgn covering letter mengatakan aduan kerosakan pada dev tidak dilayan.

    Saya pernah buat sekali…kelam kabut dev call saya tanya apa masalah. Kalau banyak sgt laporan kepada Kementerian, dev boleh digantung lesen. Tu yg they all takut sgt.

  21. saya ada terbaca kawan2 sebelum ni ejas tekanan air. hari Khamis hari tu saya berjaya pujuk sorang plumber kawasan tu, lepas time dia kerja ajak dia pegi dengkil beli barang yg diperlukan (kedai sebelah balai polis dekat junction), kos barang dalam RM90 dan upah dia dalam RM50..hasilnya ok gak, laju tekanan air

    • lepas pasang alat tu, tekanan air laju tak kalau air dibuka/diguna serentak kesemua toilet/sinki?Bukan apa, maklumlah kalau pagi2, semua toilet penuh…

    • bila dah buat tu rajin2 la check paip air, pressure dah kuat, takut leaking especially bilik air tingkat bwh, saya dah kena, hehehe…

  22. Saya cadangkan; kita semua yang tak berpuas hati hal-hal rectification yang not being attended by the developer untuk menulis surat ke SPA lawyer. Especially those yang masih dalam warranty period. Suruh lawyer tu stop paying the last 5.0% (2.5% + 2.5%). Carbon copy surat tu ke Pemaju;& KPKT.

  23. Saya cadangkan; kita semua yang tak berpuas hati hal-hal rectification yang not being attended by the developer untuk menulis surat ke SPA (Sale & Purchase Agreement) lawyer. Especially those yang masih dalam warranty period. Suruh lawyer tu stop paying the last 5.0% (2.5% + 2.5%). Carbon copy surat tu ke Pemaju;& KPKT. Warning sekali kat lawyer tu; kalau dia bayar juga, kita akan saman dia sekali. Payment hanya akan di buat bila kita issue surat beri kebenaran. Kalau boleh group together ramai ramai lagi bagus especially kalau same lawyer. Nie, satu lagi; architect tu pun mungkin kita boleh drag sama kalau ada case – confrim road ready but cuba tengok setengah – setengah rumah tu; back lane road tak buat apa pun….

  24. etomyam,

    Rasa2nya apa yg plumber tu buat ialah dia bypass air dari water tank. Bermakna sekarang ni your bilik air terima air direct from the main pipe. Pernah buat sekali kat our old hse. Dia pasang some sort of valve yg bypass the flow from water tank. Bila pressure from main pipe tak kuat baru air from water tank tu flow to the bathrooms.

  25. saya baru saje selesai buat E-aduan ke KPKT mengenai sikap GP yang lansung tidak layan defect list yang i hantar dan juga mengenai kualiti rumah yang tidak setanding dengan harga yang kita beli. Mohon kerjasama semua penduduk buat aduan ramai ramai then only kita boleh ajar GP.

  26. Pertama sekali saya harap kawan2 di sini jgn salah anggap tentang apa yg saya nak perkatakan di sini.

    Berkenaan dgn keengganan/buat tak layan GP terhadap aduan kita. Apa yg saya perhatikan GP amat memberi perhatian terhadap pembinaan kuil hindu yg berada di kawasan kita ni.

    Pls again don’t get me wrong. I don’t have anything against the temple as long as they don’t disturb me and my family. In fact I’d rather it be a temple than a karaoke or cyber cafe joint.

    Sorry back to my point. Apa yg saya nak persoalkan di sini adalah:-

    1) Bagaimana GP boleh afford to spare manpower kekadang tu I tengok sampai 8-10 orang mengerjakan pembinaan tu. In fact dari pagi sampai ke mlm and even on sundays! Tapi yg kita complain ni dia kata tak cukup orang la tu la ni la…..

    2) Almost every week average once a week, Major Ng, Christina and I think all the bigshots from GP (from the cars that they drove) mesti pi melawat tengok pembinaan temple ni. Tapi komplen kita….bukan setakat nak pi jengok, layan pun tidak. Padahal kita ni bayar mereka, kalau kita tak beli rumah mana mereka nak dapat duit untuk sustain lifestyle they all?

    So I think ustaz kalau kita nak pi serang GP maybe kita boleh ungkitkan perkara yg I sampaikan kat sini. Tengok apa reaksi mereka. Kalau dapat sembur sekali depan muka Christina tu.

    I nak minta maaf kalau apa yg I perkatakan di sini ada menyinggung mana2 pihak. Cuma nak beritahu keadaan sebenar sikap GP ni.

  27. Saya sokong pendapat En Murtadha, tapi saya rasa ada sebab kenapa perhatian lebih di bagi kepada kuil tu, cuma mereka dan keluarga mereka saja yang tahu. Banyak lagi benda lain belum settle, nampak sekarang rumah depan saya dan Murtadha dah berhenti kerja, ingatkan boleh siap bulan Jabuary jadi legalah sikit dari habuk, nasib baiklah sekarang musim hujan, kuranglah debu sikit.dah putus idea nak sergah macam mana kat GP, semua buat muka macam “baalifbaya”.

  28. Tak perasan pula mereka tengah sibuk buat kuil tapi komplen kita tak dilayan. I ni bukannya racist tapi kalau perangai GP dah macam ni then kita secara kenalah buat something. I syorkan buat aduan kat pihak berkuasa cth kpkt ramai ramai, then we can see some improvement.

  29. en. murtada… kalau sempat, tangkap gambar depa buat keje tu… lagi bukti lengkap… lagi best masa Christina ada

  30. Ustaz….tu yg tengah buat ni. Dapat tangkap gambar pekerja tgh buat kerja. Tapi Christina and the gang belum sempat. Tapi saya akan tunggu bila depa mai nanti saya akan ambil gambar. Saya senang sikit nak tunggu, maklumlah tinggal bersebelahan.

    En Jay…I pernah buat aduan kat KPKT. Time tu berterabur GP attend I punya complain. Masalahnya time tu je la they all prihatin. Lepas tu buat mcm tak tahu je. We need something yg berpanjangan/berterusan. I agree with you, ramai2 hantar ke KPKT. At least dia akan nampak some sort of trend with GP.

  31. just nak tanye.. tapak buat temple tu mmg yg diapprove oleh pihak berkuasa ker?

    dulu nampak kecik je..skrg dah makin besar….
    saye rase GP tolong buat pasal kalu tak tolong buat.. nanti takut business tader ong….takut rumah dijual tak laku ..ehhe.. just a thought..

  32. You’re probably right Prihatin. Anyway ramai orang cakap kuil hindu ni susah sikit nak pindah. Kalau pindah lagi susah sbb jin dia akan merayau cari tempat tinggal. Tu yg saya cakap tak kisah janji dia tak kacau family saya.

    Approve ke tidak saya tak pasti. Tapi rasanya tidak sbb kuil tu dah lama bertapak kat sini. Even sebelum kawasan ni dibuka untuk kediaman. Daripada sebuah pondok jadi mcm sebuah banglo nampaknya. Terpaksa le bersaing dgn rumah2 kat sini kalau tak nampak mcm out of place pulak…he..he..he

  33. Tapak kuil ni memang wujud sekian lama..dari original ladang kelapa sawit. Kalau tengok sebelah dalam memang boleh nampak rumah estet pekerja so dulunya mereka ni semua dok sembahyang kat sana. Selalunya, developer kalau jumpa any small temple at their project site, mereka akan tolong bina lebih besar lagi and as what prihatin said so that tak kena sumpah…semalam masa i pegi kat tapak kuil terserempak ngan major tapi masa tu i tak bawa camera. GP rajin sangat buat temple ni even sunday also we can see people are working.

  34. mintak tolong kawan2 ade tak sesiapa yang boleh rekomen painter@tukang cat kat area warisan indah..rumah dah almost siap renovate and now plan to start of the painting job.

    Thank you…

  35. Salam,

    Saya telah 2 kali menghadapi mslh dengan GP ni pasal defect ni…kaedah yg digunakan ialah hantar surat ke Bah. Aduan KPKT dan s.k ke GP…utk makluman semua, hari ni fax surat..esok defect dah siap baiki…dalam surat tu suruh KPKT hold lesen GP…mesti takut punyerlah…

  36. Macam tu jelah cara nak deal dgn GP ni. Kena gertak memanjang, cakap cara baik tak mahu. Jenis apa punya orang la they all ni.

    So next time masuk komplen defect sekali je cukup, kalau tak layan dlm masa seminggu buat mcm En PiR buat.

  37. Kalau ada sesiapa yg beli rumah yg tengah nak disiapkan di WI 8/14, saya nak nasihatkan supaya jangan tak claim Late Delivery Penalty. Rasanya deret rumah depan rumah saya ni dah lewat.

    Make sure jgn sign apa2 dokumen tanpa dibaca betul2 dokumen tu. Takut nanti ter…sign dokumen untuk melepaskan penalty tu. Jangan kasi muka kat GP ni.

  38. Saya pun ada masalah dgn GP ni, defect dh report dekat 8 bulan. Hari ni saya nak fax aduan ke KPKT and cc to GP.

    • Cepat betul, pagi telefon bgtau nk buat aduan KPKT, tgh hari dah datang. Dh jd mcm pahat dgn penukul pulak, kena ketuk dulu baru jalan.

  39. Salam semua,

    Saya baru masuk rumah kat 8/12 Dec lepas. Baru terjumpa website ni. Setelah baca prblem dgn GP ni baru la saya paham mmg common problm rupanya. Saya punya komplen pun since masuk smpi hari ni blm buat lagi. Asmadi dah dtg tgk, but tak jln jugak. Byk cerita boleh kongsi since masuk rumah.
    For renovation, saya ada buat sikit kat dapur dgn Leong Hua Furniture (frm banting), workmanship so-so la, tapi yg bestnya waktu quote murah, last2 campur yg tu yg ni, dkt RM18k jugak. Terkena la jugak…
    Kalau ade yg nak buat official complaint kat KPKT saya join.

  40. Salam Semua,
    Ada sesiapa yang boleh share company mana yang bagus kalau saya mahu pasang auto gate (price, product, installation, service etc)? Saya merancang nak pasang tapi tak tau company mana yang bagus.

  41. Hi semua, nak dapatkan pendapat penduduk di Kota Warisan, apa pendapat anda tentang pembinaan kuil hindu di kawasan kami?

  42. abang awie…..if you ask me I think tak berapa sesuai kedudukannya. Memandangkan peratusan penduduk yg berpenganut agama hindu agak kecil di persekitaran kawasan ini.

    Tapi nak buat mcm mana? Kalau dah boss2 GP ni begitu “mengambil berat” akan welfare pekerja hindunya.

    I’m sure they all guna scare tactic masa minta kuil tu dibiarkan disitu dan diperbesarkan. You know…kalau alih nanti projek sini tak maju etc..etc. Sbb I was told kuil tu sepatutnya dipindahkan dan tapak baru sudah disediakan.

    Then again….what can a small fry like me do something about it bila benda like komplen untuk bersihkan jalanraya pun tak diendahkan oleh pihak majlis walaupun kita dah bayar cukai pintu?

  43. Salam semua,

    Saya ada membeli rumah di warisan indah 8/8.
    Plan nk duduk tp x jd..so nk sewakan..
    Boleh x sesiapa rekemenkan mana2 contractor yg bagus untuk buat grill,n cabinet utk dapur, psg lampu..rasanya just minor renovation.
    biasanya berapa harga sewa kt kota warisan skrg nie?
    apa yg saya baca kt blog nie..byk masalah tekanan air..patut ke saya buat seperti yg disarankan..utk menyenangkan penyewa nt.

    • rumah semi D ke?…pn sheila tak nak jual? renovation rumah saya buat dgn Mantin Jaya…ok la…harga senang runding..

      • bukan semi d…tp 24×75..klo buat grill satu rumah bape dia charge u..
        boleh x u bg contact no mantin jaya tu..keje dia cepat x..
        rasanya x juallah..hehhe..sayang,1st property..

        • Sheila….try to contact this guy..Nama dia Zamree 013-9626305 from Sri kembangan..kerja dia pun ok and price also murah.

  44. Saya dah membuat renovation dengan seorang kontraktor melayu yang senang utk berunding and sangat dipercayai. Workmanship sangat memuaskan dan harganya sangat berpatutan.

    Kalau berminat boleh hubungi dia terus. Nama dia Kak Teh 019-220 5522.

  45. Sheila and all,

    Terlupa lak nama company kontractor yg i buat tu ialah:

    Bella Home & Design (Kak Teh)
    019-220 5522
    03-4105 3524

  46. Salam Miza..

    mmg nk bg sewa..belum ada yg sewa..tgh tggu org alarm psg brg,baru boleh psg grill n lampu..maybe dlm bulan nie gak..Insya Allah..
    sewa dlm RM1000..
    u nk sewa ke?

  47. just sharing, Kalau nak wardrobe, tv cabinet atau kitchen cabinet boleh contact Mr. Chandran at 012-4363300..harga murah and kualiti pun ok.

  48. Kami menyediakan khidmat rundingcara dan kontrak untuk :

    Interior n Exterior Architectural Work
    Plaster Ceiling
    Laminated Floor/ Engineered Floor
    Tiles
    Roof/skylight
    Electrical
    Mechanical

    019-3907955

  49. salam all..
    bole tumpang bertanya ,, anybody know one technician name jeremy..last time dia maintain alarm system for house lorong 8/6?. i think dia x keje dgn company alarm tu lg skrg. anyway, trying to get to him but maybe phone no dah out dated. his last no is 0162940978. anybody know how to get to him pls let me know.. thks.

  50. ASSALAMUALIKUM….
    SAYA NK TANYA… ADA X MANE2 RUMAH NK JUAL DKT KOTA WARISAN… EXPECIALY CONNER LOT NGAN SEMI-D… KLAU ADA SILA EMAIL KAT SY NO TPON & ALAMAT RUMAH DI…. MDRAMADHANHASHIM@YAHOO.COM… NANTI SAYA AKAN TELEFON SMULA

  51. salam semua
    sabtu minggu lepas saya pegi ke pejabat GP untuk tandatangani borang syabas..Apa yang saya paham ttg isi kandungan surat tsbt menyatakan sistem perpaipan di KW menggunakan sistem paip pukal.Saya harap ada sesiapa yang ingin menjelaskan apa yang dimaksudkan ini?
    Setelah tandatangani borang tbt, saya ada bertanya ttg progress siap rumah yg saya beli di jalan WI 9/16. Dan saya diberitahu rumah saya dah siap cuma tunggu payment dr bank utk release last payment.Dan saya diberitahu bhw saya akan dapat kunci sekitar bulan 11. Tapi yg peliknya, tiada majlis penyerahan kunci pd penghuni baru.Betul ke keadaan ini berlaku sebelm ini?Saya just nak tahu….
    Persoalan seterusnya, sekiranya saya ingin pecahkan bilik kecil (belakang) berdekatan dengan dapur adakah saya perlu meminta keizinan dr pihak berkuasa like MPSpg.Maksud saya jika saya pecahkan dinding dalam rumah (bhgn bilik kecil).

  52. Yang psl sistem paip pukal tu xtahu la plk. Mgkn ada yang tau bole kongsi maklumat. Tapi spnjng hmpr 3 tahun dok di WI, bila berlaku masalah air di Kota Warisan (dah bbrp kali), Warisan Indah tidak terjejas. Yang terbaru 27hb Sep ni xtahulah camna.

    Majlis penyerahan kunci mmg takde pun. Yg penting bg GP, duit dpt kat dia barulah dia bg kunci.

    Kalau nk ikut sebarang renovation mmg kena approve MPSepang dulu. Sticker khas kena pelekat depan rumah. Kalau tak nak ikut (tidak digalakkan) bole je, tapi kalau ada jiran atau sapa2 buat komplen, MPS bole datang saman.

    • Saya difahamkan bahawa meter pukal untuk blok baru jalan WI 8/14 dan WI 8/16 sahaja. Ini kerana SYABAS hanya akan meluluskan bekalan air sementara waktu sehingga GEMA PADU menyiapkan tangki air baru untuk kegunaan fasa berkenaan dan fasa baru. Tanpa Meter Pukal, Gema Padu tidak akan mendapat CF daripada PBT kerana tiada kelulusan SYABAS. Syarat SYABAS ini untuk kepentingan semua penduduk Warisan Indah… Sekiranya SYABAS tidak mengenakan syarat ini, sudah pasti pihak pemaju TIDAK akan membina tangki air tambahan (belakang SHELL).. Ini akan memberi kesan kepada bekalan air untuk semua penduduk Kota Warisan…Saya rasa Meter Pukal bermakna GEMA PADU akan dicaj oleh SYABAS untuk semua kegunaan air bagi WI 8/14 dan 8/16 (fasa Baru). Gema Padu akan membaca meter individu bagi setiap rumah dan mengutip bayaran dari setiap rumah.. Ini juga bermakna pemilik rumah berkenaan TIDAK MENDAPAT Rebat bulanan daripada Kerajaan Selangor. Risikonya ialah SEKIRANYA GEMA PADU TIDAK MEMBAYAR BIL PUKAL BULANAN, SYABAS AKAN MEMOTONG BEKALAN AIR UNTUK SEMUA RUMAH TANPA NOTIS KEPADA TUAN RUMAH.

  53. nak pasang grill kena permission dr MPS gak ke?

    Saya nak minta pendapat ada sesiapa yg blh rekemen org yang pasangkan grill?Kalau boleh servis dia tip top dan murah.

    • Mengikut undang-undang kecil bangunan, pemasangan gril juga memerlukan kebenaran pihak berkuasa tempatan (MPSepang). Prosesnya cukup mudah, pergi ke pejabat MPSepang (Pesiaran Semarak Api, Cyberjaya) bersama fotostat CF dan KP, isi borang dan bayar deposit RM200.00 (boleh dituntut kembali) dan bayaran proses, rasanya RM10.00 je… Lepas dah submit borang, sticker khas akan diberikan oleh MPSepang (tempoh hayat selama 1 tahun). Apa-apa renovation minor boleh dibuat sepanjang tempoh itu.. Renovation kecil-kecilan tak perlu submit pelan pun…… yang major sahaja rasanya kena sertakan pelan sekali…. setakat tambah tembok kat belakang rumah dan sedikit renovasi lain, tak perlu pelan…. Lepas dah siap, boleh tuntut kembali RM200.00. Sila rujuk http://www.mpsepang.gov.my untuk maklumat lanjut.

  54. Salam semua…

    Ada sesiapa yg kenal mana2 plumbing yg boleh dipercayai tak? Saya memerlukan segera memandangkan saya rasa terdapat kebocoran paip di bawah lantai rumah saya dannak minta dia tolong tengok2 kan…utk makluman saya dan 2 tahun tinggal di Warisan Indah dan warranty pun dah tamat…

    TKasih

  55. Salam

    Baru tahu sebnarnya byk betul msalah di taman ni..sampai setiap komplen nak kena cc ke KPKT. pepon, saya kena bersedia lah sbb bakal menjadi sbhgn drpd warga wi. Just nak tanya ada sesiapa pernah renovate dgn kontraktor arif rezeki services tak? just nak tahu hasil kerja ok ke tak?

    Saya pun tgh dok survey nak renovate umah utk phase baru dpt kunci 8/16…mmg defect byk sgt…masih menaruh harapan agar dpt di entertain scpt mungkin b4 start renovation..igt nak buat 1 kontraktor je utk semua keje tp terbaca plak ada yg syor kontraktor asing2 utk setiap kerja…so, gril dengan kontraktor mana yg ok ye?

    Lg 1 if nak extend dapur kena apply plan dgn MPS kan?blh saya tahu brp kos yg kena byr kpd MPS in total utk plan tu?tk in advance…

  56. salam en azman

    nak tanya sikit, masa mendptkan kunci rumah, en azman ada buat byrn deposit renovation sebyk Rm 500 tak?perlu ke deposit tu dibayar?kiter nie jiran selorong…maklumlah saya blm amik kunci lg…rancangan saya amik kunci dlm minggu ni…
    Satu lagi berkaitan dgn kontraktor pasang grill, en azman dah dpt name kontraktor tu ke?dah discuss harganye?saya boleh rekemenkan bergantung kehendak en azman..

  57. Kalau deposit pada MPS, ya perlu bayar. Kalau bayar pada GP baik tak payah bayar. Nanti buat membazir masa je nak claim balik kat GP ni.

    Kalau ikut MPS, GP ni takde hak nak minta deposit. Lagipun deposit yg dimaksudkan (bayaran kepada MPS) adalah untuk jaminan bahawa sampah2 hasil dari kerja renovation tu akan dibersihkan. Jadi kalau tak bersih MPS takkan pulangkan duit tu.

  58. tak mengapalah en murtazha…tima kasih atas info ini…saya dah terbayar kat GP pun…later saya mintak balik kat bila siap pasang grill…

  59. ady..sorry lambt reply…mmg sy x byr pun mcm kata murtadha lah…cuma pikiaq maybe hntr form F utk notify GP bila nak renovate nanti…
    btw, brp kos gril yg nak rekomen tu?dgn siapa? kalau ok mgkin blh dishorlisted la nanti…

  60. Saya tengah nak cari tong untuk sampah renovation. ZRN kontraktor majlis pon dah abis. Ada cadangan bole contact mane2? TQs

  61. Salam..saya just nak tanya tentang pemaju ni GP sdn bhd..Projek diorg pernah terbengkalai tak..saya baru nak beli rumah dgn pemaju ni di kota warisan bestari..hopefully dapat membantu bg pandangan pasal pemaju ni..:-)

  62. Cik Norlin………..banyak dah diperkatakan tentang pemaju ni. Cik Norlin boleh refer pada thread yg lain seperti aduan.

    Basically pemaju ni pemaju putar alam. Mula2 dia peningkan kepala kita sampai terbeli rumah, lepas tu dia peningkan kepala kita memikirkan masalah defect rumah yang mereka tak akan layan atau layan sambil lewa.

  63. En. Murtadha….yang saya bc kat thread aduan GP ni byk buat hal berkaitan maintenance..projek2 yang diaorg handle ni byk tak yang terbengkalai atau drag masa..tak silap saya kat kota warisan bestari punya projek diaorg ni sebagai pengurus pembangunan dan pemaju adalah SAP holding berhad..SAP ni pun sama ke perangai dengan GP ni..

  64. Projek yg terbengkalai buat masa ni kebanyakkannya pada kemudahan awam seperti sekolah, taman permainan dan sebagainya. Saya cuma boleh speculate yang mereka ni tak berminat nak membangunkan perkara yang tak mendatangkan untung besar pada mereka.

    Drag masa…..rumah saya sendiri lewat setahun. Tapi tu bukan masalah besar, yang jadi masalah bila rumah dah siap. Bila kita complaint……tak tahulah tahun bila baru mereka nak attend. Kalau SAP holding pemaju….saya tak tahu le. Tapi kalau GP ni pengurus pembangunan…saya percaya mereka juga le yang akan handle after sales service. If that is the case then bersiap sedia le untuk bertegang urat dgn mereka ni.

  65. Kalau GP lewat siapkan rumah, minta dia bayar pampasan sebagaimana peruntukan dalam Perjanjian Jual Beli. kalau masih engkar, buat tuntutan dengan Tribunal Pembeli Rumah, kena bayar RM 5 sahaja. Lepas tu gerenti GP akan bayar pampasan. Saya buat macam tu dulu.

  66. Ooo..begitu ceritanya…masa lewat tu GP bayar tak denda lewat pada pembeli..kene get ready la ni…huhuhuhu..

    • M
      Lepas serah kunci, walaupun lewat siap, GP kan buat donno pasal denda lewat. Kalau setakat minta cakap mulut, memang dia tak layan. Tulis satu surat kepada GP minta dia bayar denda lewat tu, lepas sebulan dua kalau dia tak bayar, terus buat tuntutan melalui Tribunal, dia akan response.

  67. Saya setuju dgn cadangan en HaHa. Saya dulu sampai keluar surat dari lawyer baru GP ni terhegeh-hegeh nak call saya. Kalau setakat personal letter ni they all buat hiasan dalam tong sampah je.

  68. Ooo yeke…terima kasih ya atas pandangan dan nasihat…saya rasa kebanyakkan pemaju lebih kurang GP la..yang jadi mangsa pembeli macam kita ni..nak tak nak kene beli jugak rumah..makin lama harga makin melambung tapi kualiti hampeh…

  69. saya akan submit form to tribunal utk kes pampasan n defct rumah next week..insya…malas nak ckp byk dgn GP..buang masa je…baik masuk tribunal n cari kontraktor baiki betul2 yg major defect tu…afterall depa gak kene byr…since kita ada ruang utk tuntut hak kita…cuma kene korban masa skit la nak deal dgn tribunal p damansara…

  70. Betul tu En AzMan……tak payah layan GP ni. Kalau dilayan buat sakit kepala je.

    Pasal korban masa tu…lebih baik korban masa pada tribunal daripada korban masa menghadap pemaju ni.

  71. Saya minta agar cadangan penduduk mengenai sekuriti dan gated community disegerakan. kita boleh mulakan dulu dengan penduduk yang bersetuju sebab benda ini akan menghasilkan “domino effect”. i.e penduduk yang mula mula tidak bersetuju akan turut serta perlahan lahan kerana kebaikan dari program ini.

      • Semalam meeting AJK KRTWI pun dibangkitkan semula isu kwalan keselamatan. Kita akan buat hari keluarga pada 5 Mac depan ni. Kita akan buat balik bancian dan persetujuan penduduk Insya Allah.

        Cuma minta tolong semua atau majoriti sokong usaha ni. kalau tak akan jadi macam ritu… tak ramai yang sain…..

        Dulu masa program pun ada kita war2kan… flyers ke rumah2 pun kita dh buat tapi respon amat menyedihkan…. harap kali ni ada sambutan….

  72. en Haha..just nak tanya pengalaman tuan masa masuk tribunal dulu…GP byr amount yg layak dpt je ke??ke ada tambahan lg yg GP kene byr kpd kkita sbg penalti kpd dia ke..cover kos yg kita dh spend ke…etc??

    • Saya claim penalty yang layak ikut SAP, ie daily rate X number of days, dan juga small amount to cover travelling to tribunal office (ikut contoh dalam website tribunal masa tu). Tribunal arahkan GP bayar amoun penalti sahaja.

  73. Tentang isu keselamatan tu, saya rasa ada baiknya kita pertimbangkan system PUSH TO TALK oleh Maxis dgn menggunakan handphone. Ia bersifat seperti walkie talkie dan cuma memerlukan modal sebuah phone yang ada PTT dan talian maxis samada post paid atau prepaid. Modal prepaid cuma dlm RM20-30 sebulan just untuk menghidupkan line phone tu je. Talian ini juga akan terus disambungkan kepada IPD Sepang dimana tindakan segera dapat diambil oleh pihak polis berbanding kita menyewa security guard.

    Satu lagi isu tentang security guard ni kalau ada penduduk yang tidak mahu join sama. Kita tak tahu masalah masing2. Bila jadi macam tu adakah akan ada perasaan tidak puas hati di kalangan kita bila ada yang bayar dan ada yang tidak. Untuk pengetahuan saya sudah pun menyertai komuniti PTT ni dan saya amat berpuas hati dengan modal yang saya laburkan kerana ia tidak melibatkan orang lain. Saya dapat mendengar apa2 kejadian jenayah yang sedang berlaku dan tindakan yang sedang dilakukan.

    Sebagai contoh security guard ni, masa Aidil Fitri yang lepas. Saya tidak menyertai security kerana saya tidak balik kampung. Saya perhatikan guard yang mengawal cuma lalu dgn motorsikal dgn kelajuan dlm 40-50km/j. Apa yang dpt diperhatikan oleh mereka dgn kelajuan tersebut?

    Harap dapat dipertimbangkan PTT ni. Terima kasih.

    • SaudaraMurtadha,
      Saya tidak pernah guna PTT, mungkin ramai penduduk lain juga macam saya. Boleh beri penerangan ringkas macam mana is berfungsi, terutama dalam konteks keselamatan di taman kita. Tq

  74. Buat makluman, saya baru je menyertai PTT ni. Secara ringkasnya kita akan ada network tersendiri yang merangkumi kawasan yang ditetapkan. Bagaimana ditetapkan saya tak berapa pasti. Buat masa ni Phase lama sudah ada networknya dan saya termasuk dlm network mereka sbb salah seorang yang setup PTT ni tinggal disana. Bila dan kalau kawasan kita ni dah ramai mungkin boleh setup satu lagi network untuk kawasan ini.

    Setiap kali kita transmit melalui PTT ni ia akan disambungkan terus secara live ke network yang kita join dan juga kepada SKUAD PEMANTAU. Skuad inilah yang terdiri daripada anggota polis IPD Sepang yang monitor frekuensi PTT ni. Jadi jika ada berlaku jenayah, mereka akan dapat makluman segera berbanding kalau kita cuba untuk menelefon balai polis di mana mungkin nombornya sendiri kita kena cari dahulu. Dan juga mereka memerlukan masa untuk menghubungi anggota yang terdekat dan ini akan mengambil masa dan dlm kejadian jenayah saya percaya every second counts.

    Selain dari SKUAD PEMANTAU, network kita juga akan dpt maklumat yg sama TIDAK kira dimana kita berada (dlm Malaysia).

    Untuk penerangan yang lanjut, kita boleh minta anggota IPD Sepang datang untuk beri penerangan pada 5 hb Mac tersebut.

    Harap penerangan secara ringkas ini dpt membantu.

    • salam,
      saya ingin bertanya sepantas mana skuad pemantau tu akan tiba di tempat kejadian?cthnya sekiranya berlaku kes pecah rumah di jln wWI 8/16, berapa lama skuad ini akan sampai di tempat kejadian?adakah ianya sampai slps perompak lari keluar rumah?just nak tau jer…

    • Salam En Murtadha,

      Saya berminat nak join PTT ni, lepas kejadian mlm td, masa tu sy rasa gelabah gila nak call Polis….hanya Allah je tahu…

      Klu Tuan x keberatan boleh cerita nanti kt saya.

      My HP 0126964525, sms pun xpe nanti saya call balik.

      Tq/Megat

    • Salam En Murthada… bagaimana nk join PTT. Just nk dpt info dlu..warga baru WI 8/16.
      affendi/0192103546

  75. Salam En Ady,
    So far pernah berlaku kejadian pecah rumah di Bandar Salak Tinggi. Kebetulan kalau tak silap saya tuan rumah tu ada PTT, perompak tu tak sempat nak lari kemana dah kena kepung dgn pihak polis.

  76. Kepada sesiapa yg berminat utk reno umah, sya nak rekomen Hj Aziz @ 0192087543…so far deal dgn dia ok..hasil kerja pun ok n harga pong reasonable…dia panel mps….dah ada 2-3 rumah jg reno dgn dia d WI…

  77. tn moderator, apa intipati dialog dgn mps that day…if dpt kongsi dgn bakal warga WI yg x dpt hadir last weken utk turut sama meriahkan kedaaan..tahniah kpd semua penganjur2nya….hope can keep up d good work…

    • Untuk makluman… MPSepang tidak hantar wakil dalam program kita haritu sebab dieorg kata nak buat sendiri sesi bantahan utk penduduk kemudian… tarikh tak tau bila

      dialog tu kita ganti dengan dialog bersama pemaju gema padu… wakil gema padu ada datang en rudy n en asmadi…. banyak gak soalan yang dibangkitkan aritu

  78. oo ye ke..harap ada la positif impact yg pemaju boleh ambil tindakan…jgn dengar buat mcm x dengar je….especially tang defect n komplain dr penduduk WI..tk

  79. Kepada warga WI yg berminat utk buat auto gate, blh contact En Nasrul Isham @ 0196000270 sbb harganya reasonable setakat yg sy dapat…blh la discuss dgn dia sbb sekarang ada promosi katanya…

  80. ada sesiapa yg dah pasang unifi? boleh share macana pemasangan dibuat? cable masuk kot mana, etc?

  81. beware kalau register unifi dgn agent kat warisan indah. mcm kes aku, apply 5 mb + terminate streamyx, rupanya diorang masuk dlm sistem 10mb. nasib baik tak pasang lagi, kalu tak, nak downgrade kene charge 200. so, aku suggest korang apply online je, siap dpt free sebulan lg

  82. salam semua…fiza nak tnya saper pernah reno umah dengan kontraktor nm dia michael….fiza dh jumpa ahad tu mntak quo…harga yg ditawarkan okla….tapi nk tau jgak kerja yang dia buat bagus tak……harap ader yang sudi membantu….

    • Fiza..kalau tak silap saya Michael tu dari Kong Kian Renovation..Confirmkan dulu..kalau memang dia, tak payah nak buang masa sebab dia banyak hal..1 more thing kalau u perasan, banyak rumah dia tak siap renovate dan kualiti pun tak berapa baik, also dia suka drag kerja. Fyi, office michael tu kat 8/4 rumah corner…

    • salam.. cari kontraktor nk renovate rumah ke? leh call/sms kami klo berminat dgn bumiputra company.. Harga insyaallah boleh discuss.. Berpengalaman reno office/ kedai/ kiosk/ restaurant dn lain2 lagi..

      Leh call/sms : 0172561504/ 0174161310
      Email : insightdesign78@gmail.com

  83. tony michael tu dia duduk taman mawar…..bnyakla banner dia gantung kat pintu pagar…lau betul dia risaunyer dgr…..lepas tu nak tnya kiter lau nak reno umh kalu kiter pilih selain panel pemaju kene byr 4k pd pemaju..alsn dorg sbb tkut berlaku keretakan…kalu takder apa2 berlaku dia pulangkan balik…saper ader pengalamn leh kongsi cerita…..

    • setakat nak buat renovate kecil2 jer tak perlu byr deposit RM 4k pun tak apa…GP tu mmg nak cekik darah punyer…Dia saja nak gertak org baru jer….dulu masa saya br nak amik kunci pun GP inform perkara2 tu….mengenai michael tu, hasil kerjanya pun boleh tahan….dah ramai penghuni WI lantik michael jd kontraktor…..cuma, harga yg dia beri agak tinggi sedikit…almaklumlah byk rumah yg michael sudah buat….puan boleh tgk beberapa sampel rumah yg michael buat….setahu saya, sekrang nie pun michael ada byk rumah yg nak disiapkan…kira2 hampir 10 buah rumah sekitar WI 8/14 & 8/16….sekiranya sesiapa ada budget besar, lebih cuba buat ngan michael tu….pd pendapat saya, better survey harga dgn kontraktor lain yg lebih murah dan berkualiti…

  84. salam.. saya kontraktor bumiputra yg mnyediakan perkhidmatan renovation utk rumah/ kedai/ office/ kiosk/ restaurant dan lain2 lagi… Berpengalam dlm kerja2 bidang ni..

    juga mnyediakan perkhidmatan mengecat/ wiring dan lain2..

    alhamdulillah feedback yg baik dr client sebelum ni.. Saya tnggal di kota warisan.. Klau sesiapa yg memerlukan khidmat sy boleh call/sms utk lebih detail.. Insyaallah xde lagi kes tipu menipu slama ni..

    Boleh call/sms : 0172561504/ 0174161310
    Email : insightdesign78@gmail.com

  85. salam kepada semua penghuni kota warisan..sy br letak deposit utk rumah di kota warisan bestari ms exibition MAPEX di Mid Valley minggu lepas..nak tanye adakah berbaloi bli rumah di kota warisan ni ya?sbb kawanx2 sy byk yg kondem tpt ni berbanding dengan rumah di bb salak tinggi…tq

  86. Salam semua … ada sape2 blh bantu dgn sape blh sy hubungi utk jawatan kuasa penduduk di Warisan Indah. Insya-allah penghuni baru WI 8/16. affendi/0192103546

  87. salam..
    saya kontraktor bumiputra ada menyediakan perkhidmatan renovation / plumbing / wiring / mengecat / kitchen kabinet / partition / awning / gazebo dsb, utk rumah/ kedai/ office dll lagi.

    Untuk quotation & cth2 hasil kerja, sila call 017-2578972 / 017-2325977(harap sms nama tuan/puan kalau sy tak jwb), Email : roseizam55@gmail.com

  88. Assalamualaikum.

    Saya ada mslh kebocoran bilik air & bumbung. Warranty pun dh tamat. Jadi boleh tak siapa2 ada pengalaman baiki kebocoran2 tu berikan nama kontraktor yang ok utk saya deal? Terima kasih

  89. Salam,
    Sy nk beetanya tentang harga reno rumah 22×75. Harga utk grill rod iron biasa,y berapa kos yg dikenakan? Dan utk reno tambah bahagian dapur ada sesiapa yg dah buat dan berapa kos nyer?. Sy baru dpt quotation dr michael STL, mcm mahal kit tp qualiti kerja ok lah.

    • sy penghuni baru 8/12. setiap orang baru mesti jumpe dgn michael kan..hehe..sy pon baru je jumpe dia masa nak buat inspection tadi..dia bawak g tgk rumah yang dia tgh reno. kire ok jugak la dia buat.takdela nampak cincai. cumenye dengan jujur dia bgtau yg dia punya servc memang mahal rm500 dr yg lain

      • salam, sesiapa yg berminat utk renovate rumah/office/kedai n apa2 yg berkaitan boleh hubungi sy… sy contractor & juga tinggal di kota warisan.. sekiranya encik/puan berminat @ ingin menggunakan khidmat sy (renovation/design) boleh hubungi sy utk sbrg perbincangan.. harga masih boleh dirunding insyaallah🙂

        Izman
        0172561504

    • klo encik minat boleh call/sms sy.. hampir selesai 1 projek di bandar baru salak tinggi.. salam, sesiapa yg berminat utk renovate rumah/office/kedai n apa2 yg berkaitan boleh hubungi sy… sy contractor & juga tinggal di kota warisan.. sekiranya encik/puan berminat @ ingin menggunakan khidmat sy (renovation/design) boleh hubungi sy utk sbrg perbincangan.. harga masih boleh dirunding insyaallah🙂

      Izman
      0172561504

  90. Siapa yang boleh bagi tahu kos untuk extend kitchen sampai penuh dan extend bumbung kat porch depan?I nak etimate aje berapa nak prepare… Terima Kasih

  91. Assalammualaikum,

    Saya tuan rumah di jalan 8/16. Rumah skarang tengah dalam renovation. Insya allah kalau xde aral melintang, awal tahun depan kami akan pindah masuk. Moga hubungan silaturrahim akan terjalin antara penghuni2 semua.

  92. salam, sesiapa yg berminat utk renovate rumah/office/kedai n apa2 yg berkaitan boleh hubungi sy… sy contractor & juga tinggal di kota warisan.. sekiranya encik/puan berminat @ ingin menggunakan khidmat sy (renovation/design) boleh hubungi sy utk sbrg perbincangan.. harga masih boleh dirunding insyaallah🙂

    Izman
    0172561504

  93. Saya mencari plumber/contractor yg boleh buat bypass water tank utk kuatkan water pressure. Rumah saya di jalan warisan indah 8/16. Boleh call atau sms saya di 01dua-633933empat.

    Rifdi

  94. saya sedang mencari kontraktor untuk extend porch, ade sesiapa yang boleh rekomen kontraktor terbaik?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s