Konsert Malam Kesenian Islam

Satu konsert “Malam Kesenian Islam” akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 27 Jun 2009

Hari: Sabtu

Masa: 8 malam

Tempat: Pentas Budaya, Bandar Baru Salak Tinggi (berhadapan Maybank BB Salak Tinggi)

Berhibur bersama kumpulan nasyid “Nowseeheart” dan “Instinct”. Temui mereka di sana! Bawa anak-anak sekali…

COMMUNITY POLICING

Satu program “Community Policing” akan dianjurkan seperti berikut:

Tarikh: 27 Jun 2009
Hari: Sabtu
Tempat: Padang di hadapan Sekolah Kebangsaan Kota Warisan.
Dirasmikan oleh: Dato’ Khalid Abu Bakar (Ketua Polis Selangor)

Pelbagai aktiviti disediakan. Antaranya:
– Kaunter diskaun bayaran saman.
– Gimik “Gerak Khas” Yusuf Haslam: Skop Production.
– Pameran pelbagai agensi polis.
– Pertunjukkan udara.
– Dan pelbagai lagi.

Semua penduduk Warisan Indah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis.

Dah Potong

Aduan mengenai serai yang ditanam oleh pemaju di persimpangan traffic light telah pun diambil tindakan. MPS telah memaklumkan kepada pemaju agar memotong serai-serai tersebut dan hasilnya pemaju telahpun memotongnya.

Dah Kena Potong

Memang mudah sistem E-Aduan MPS tu, tak perlu bersusah payah pergi ke MPS, just klik di E-Aduan MPS dan Insya Allah tindakan akan diambil dalam masa 2 minggu.

Kelas Asas Fardu Ain Untuk Remaja

Dimaklumkan kepada semua penduduk Warisan Indah yang ada anak remaja lelaki dan perempuan (13-17 tahun). Satu kelas Asas Fardu Ain akan diadakan pada setiap Sabtu (selepas Maghrib) di surau al-Hijrah, Kota Warisan bermula 13 Jun 2009 ini. Kelas ini akan dibimbing oleh Us. Zairul al-Adib (imam surau al-Hijrah) dan Us. Irwan Mohd Subri (Pensyarah Kanan, USIM). Berita baiknya ialah tiada yuran dikenakan atau dalam bahasa mudahnya PERCUMA. Hanya perlu bayar buku yang berharga RM 16.00 (Buku Asas-Asas Fardu Ain oleh Allahyarham Us. Sulaiman Endut seperti di bawah).

Fardu Ain

FAKTA: Ramai di kalangan remaja muslim yang tidak tahu asas-asas fardu ain yang wajib diketahui oleh mereka. Sayangilah anak dengan menghantar anak-anak remaja kita untuk mendalami asas-asas fardu ain, apatah lagi kita sendiri tidak sempat mengajar mereka tentang perkara tersebut. Kelas akan dibimbing secara teori dan praktikal. Wang bukan alasan sebab kelas adalah percuma!

Untuk mendaftar, datang terus ke surau al-Hijrah, Kota Warisan pada Sabtu malam dan sila berjumpa dengan Us. Zairul al-Adib atau Us. Irwan Mohd Subri.

Cek Bil Eletrik Anda!

Mungkin ada penduduk Warisan Indah yang menerima SMS beritahu ada tunggakkan bil eletrik. Di samping SMS tu, akan ada panggilan telefon beritahu yang tunggakkan terkadang mencecah ratusan malah ribuan ringgit  pun ada.  Kita jadi pelik sebab setiap bulan kita dok bayar bil eletrik dan tak pernah pun tertulis ada tunggakan dalam bil tersebut.

Sebenarnya masa mula-mula kita tinggal di Warisan Indah (awal 2008), no akaun eletrik berbeza dengan no akaun sekarang, kalau tak percaya sila cek bil eletrik anda. No akaun lama tu di bawah jajahan Banting, manakala no akaun baru tu baru diletakkan di bawah jajahan Sepang. Jadi walaunpun akan lama telah ditutup tapi terkadang ada tunggakkan (walaupun kita dah settle bil setiap bulan) dan tunggakan ini akan dikenakan caj setiap bulan. Memang bil yang berakaunkan baru tidak ada tunggakan sebab kita bayar, tapi yang lama (di bawah jajahan Banting) terkadang masih belum settle. Masalah ini berlaku sebab persempadanan semula (rezoning) taman baru.

Dinasihatkan anda cek bil eletrik anda untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan. Bagaimana nak cek? Sila rujuk bil lama (masa mula-mula tinggal di sini tahn 2008) dan bil baru sekarang, ada 2 no akaun berbeza. Jadi pergi cek di kedai TNB berdekatan (bangunan MPS lama depan Shell) dan tanya adakah no akaun lama masih ada tunggakkan atau tidak.

Saya pun baru tahu sebab terkena dekat saya, sebelum ini dok dengar cerita beberapa orang jiran kita yang kena. Mula-mula seronok la sebab tak kena kat saya tapi bila dah kena kat saya, baru pening kepala. Tapi saya dah buat aduan kat TNB, namun pegawai yang berkenaan tidak ada kerana berkursus. Apa-apa perkembangan terbaru saya akan maklumkan kemudian.

Jangan biarkan bil eletrik anda diselubungi misteri……