Mesyuarat JBWI

Mesyuarat JBWI akan diadakan pada:

Tarikh: 29 April 2009

Hari: Rabu

Jam: 9 malam

Tempat: Rumah Pengerusi (26, jalan Warisan Indah 8/2)

Agenda Mesyuarat:

– Perbincangan penubuhan Rukun Tetangga di Warisan Indah

– Pembelian pakej penyampaian maklumat ke telefon bimbit

– Hal-hal lain

Nota: semua AJK dijemput hadir, kepada penduduk yang bukan AJK juga boleh hadir (malah digalakkan).

Rondaan Pertama di Warisan Indah

Alhamdulillah malam semalam seramai 80 orang (tolak kosong) penduduk telah berkumpul lebih kurang jam 12 malam dan melakukan rondaan sekitar taman kita. Walaupun telah berkali-kali dipesan, masih ada penduduk yang tidak memasang lampu di bahagian belakang rumah (bukan marah nooo… mohon kerjasama ja).

Dalam perjumpaan semalam tu juga, rondaan Insya Allah akan diadakan pada setiap minggu (Jumaat dan Sabtu). Kalau nak ronda tetiap malam, letih wooo, tapi kalau sesiapa yang balik kerja lewat, tolonglah round sekitar taman kita ni seround dua. Begitu juga penduduk yang tak bekerja siang, mohon kerjasama round taman ni sekitar jam 12 tenghari hingga 3 petang (sebab time tu lah selalu kejadian pecah rumah). Ni bukan paksaan, hanya kerja sukarela dan JBWI faham semua penduduk letih sebab bekerja, tapi sesiapa yang sukarela membantu, terima kasih diucapkan.

Minggu depan kita berkumpul lagi jam 12 malam pada hari Jumat (1 Mei) di pos kawalan pintu masuk utama taman kita. Walaupun hari tu adalah cuti umum dan ramai yang nak berjalan dengan keluarga, dipohon sesiapa yang berkelapangan bolehlah join untuk rondaan malam tu.

Lagi Kejadian Samun Di Kota Warisan

Tadi masa solat Jumaat ada pengumuman yang berlaku lagi satu kejadian samun bersenjata di Kota Warisan pagi tadi jam 4.30 pagi. Modus operandi sama (dipercayai kumpulan yang sama) dengan mengikat tuan rumah dan menyamun harta benda. Anak tuan rumah telah dihentak dengan hulu parang kerana cuba melawan (nasib baik tak tetak). Kumpulan ni cuba memecah masuk 3 rumah sebelum itu tapi tidak berjaya. Nampak gaya kumpulan ini akan tawaf setiap minggu untuk mencari sasaran baru.

Semua penduduk diminta supaya lebih berhati-hati dan sentiasa “buka mata” dan “pasang telinga”.

Sapu Pasir Pulak

sapu-pasir

Kalau kelmarin GP korek pasir dalam longkang, harini pulak dieorang sapu dan bersihkan pasir-pasir yang tertinggal depan rumah penduduk. Macamtula GP, baru penduduk tak marah. Kalau tidak habis berdebu rumah, basuh kereta pun tak guna, debu melekat balik.

Lepas ni JBWI akan cuba settlekan hal alarm pulak, Insya Allah. Ye lah kita tertarik beli rumah kat WI ni pun sebab termasuk sistem alarm. Tapi sebahagian kita macam tertipu pulak sebab dah duduk setahun lebih pun, masih ada lagi yang tak beres hal alarm ni.

Makluman Rondaan Di Warisan Indah

Dimaklumkan kepada semua penduduk Warisan Indah!

Atas permintaan, kita cuba buat rondaan di taman kita ini. Untuk permulaan, kita akan start sabtu 25 April 09 ni. Kita kumpul dulu jam 12 malam di tapak program hari tu dan kita bincang macam mana bentuk rondaan yang kita nak buat (malam atau siang).

Sila bawa lampu suluh, vest pantul cahaya (kalau ada) dan cota (dilarang bawa parang atau senjata tajam).

SILA WAR-WARKAN PADA JIRAN-JIRAN.

Harap maklum!

Nota: Saya mungkin lewat sikit malam tu, sebab nak gi stadium tengok bola Final piala FA (hehe)..

Gema Padu Dah Korek

korek-pasir

Hari ni 20 April 2009, saya tengok dah ada pekerja GP yang datang korek pasir dalam setiap longkang yang ada di jalan 8/2. Tapi persoalan lain pulak timbul sebab masa dieorang buka penutup longkang tu, saya tengok dalam tu sebenarnya tiada pasir yang terlonggok dalam longkang tu (kecuali sedikit). Pada firasat saya, banjir kilat yang berlaku kat jalan 8/2 ni bukan sebab longkang depan rumah tu tersumbat, tapi ada sebab lain. Namun kita tunggu dan lihat apa natijahnya selepas GP dah bersihkan sikit longkang depan tu.