Gambar Ibadat Korban

(Lembu korban Warisan Indah)

(Proses menyiat kulit)

Alhamdulillah kelmarin, 28 Disember 2009 telah berlangsung ibadat korban yang dilaksanakan di Surau al-Hijrah, Kota Warisan. Walaupun hujan lebat turun semasa lembu pertama ingin disembelih, ia tidak menghalang penduduk Kota Warisan membantu untuk melicinkan kerja-kerja yang memang licin pun akibat hujan. Sebanyak 7 ekor lembu telah dikorbankan kelmarin, iaitu 2 ekor untuk akikah dan 5 ekor untuk korban.

Lembu pertama hingga ke 4 tidak menimbulkan banyak masalah sangat, tapi bila sampai lembu ke 5 yang merupakan lembu korban dari Warisan Indah, ia sedikit agresif. Penduduk mengambil masa sikit untuk menumbangkannya tetap hasil pengalaman akhirnya ia dapat ditumbangkan juga. Setelah disembelih dan dilonggarkan ikatan kaki, lembu korban Warisan Indah menimbulkan kegemparan apabila ia bangkit berdiri dalam keadaan lehernya telah terpotong. Nasib la ia tak lari atau kejar orang dan dalam 2-3 minit kemudian ia tumbang sendiri. Hebat betul lembu Warisan Indah ni.

Belum sempat lembu korban Warisan Indah dilapah, timbul lagi kegemparan bila lembu yang ke 6 terlepas dari ikatannya. Ia telah menyebabkan semua penduduk yang membantu atau yang sedang menyaksikan bertempiaran lari. Nasib malang bagi seorang makcik yang sedang melihat lembunya yang sedang dilapah kerana tidak sempat melarikan diri. Lembu hitam itu telah menyondol makcik tersebut dan memijaknya dan beliau dibawa ke Klinik tetapi dinasihatkan ke hospital Putrajaya sebab dia mengadu sakit dada (difahamkan yang makcik tu takde patah-patah tulang, cuma lebam sikit).

Penduduk semakin pening bagaimana nak menangkap semula lembu hitam itu, tetapi nasib baik ia tak lari dari kawasan surau, hanya berlegar di kawasan tersebut. Hampir setengah jam juga penduduk mengepungnya sambil menyusun strategi untuk menangkapnya kembali. Akhirnya ia masuk juga perangkap bila kakinya masuk dalam tali yang disediakan penduduk. Sebaik saja lembu tu terjatuh, penduduk terus mengikat kakinya dan walhasilnya ia disembelih jua.

Semangat bermasyarakat dipamerkan oleh semua penduduk Kota Warisan (termasuk penduduk Warisan Indah) baik kaum lelaki ataupun wanita. Ada yang melapah, memotong, memasak dan sebagainya. Setelah siap daging dipotong dan dibungkus, ia diagih-agihkan kepada penduduk yang hadir. Selepas solat zohor berjemaah, semua penduduk menjamu selera yang dimasak oleh Us Ideris yang juga merangkap penyembelih lembu-lembu tadi. Tahun ni menunya ialah sup, masak hitam dan daging rebus cicah air asam.

Sekian laporan dari wartawan Warisan Indah…

Nota: terima kasih kepada semua penduduk Warisan Indah yang turut membantu urusan korban/akikah kelmarin. Insya Allah tahun hadapan JBWI akan terus membuat korban jika ada penduduk Warisan Indah yang berhajat.

Advertisements

Ibadat Korban

Untuk makluman semua penduduk Warisan Indah, JBWI akan turut serta dalam ibadah korban pada tahun ini. 1 ekor lembu akan dikorbankan hasil dari hajat beberapa orang penduduk Warisan Indah. 

Penyembelihan lembu tersebut akan diadakan pada hari Sabtu 28 November 2009 (hari Sabtu raya ke dua) jam 8 pagi di Surau al-Hijrah, Kota Warisan. JBWI terpaksa bergabung dengan pihak surau kerana ketiadaan orang yang boleh mengurus penyembelihan dan melapah lembu tersebut di sini. Jumlah semua lembu yang dikorbankan di surau tersebut adalah sebanyak 6 ekor.

JBWI mengharapkan semua penduduk Warisan Indah (lelaki dan wanita) yang berkelapangan pada hari tersebut untuk turun membantu kerana pihak surau memerlukan tenaga kerja yang ramai bagi melicinkan gerak kerja pada hari tersebut. Ia merangkumi kerja melapah, memotong, memasak dan sebagainya. Insya Allah makan tengahari disediakan oleh pihak surau.

Insya Allah kita tunjukkan bahawa penduduk Warisan Indah sedia membantu urusan korban pada hari tersebut. Tapi jangan datang lenggang je, bawalah pisau, golok, parang, kapak dan seumpamanya…

Kepada penduduk yang menempah bahagian korban tersebut juga perlu hadir pada hari tersebut! Harap maklum.

Tahniah!

JBWI mengucapkan tahniah kepada semua pelajar dari Warisan Indah yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan hari ini. Tahniah juga kepada ibu bapa mereka. Teruskan menjadi anak soleh dan solehah yang merendah diri selalu.

Kepada pelajar yang tidak mendapat 5A, ini bukan penghujung jalan kamu kerana masa depan masih cerah untuk anda. Teruskan usaha dan jangan berputus asa.

Sejak masuk keje balik ni….

Maaf kepada semua penduduk Warisan Indah… dah lama tak update blog… dulu saya masih cuti belajar… so ada masa banyak sikit untuk penduduk… sekarang dah masuk keje balik…. sibuk la sikit…

Saya dah kemukakan surat permohonan padang permainan dan tapak surau kepada pemaju kelmarin… kita akan follow up apa respon pemaju… tapi pemaju Gema Padu mangkuk hayun ni dah tau dah perangai dia… depa ingat kita budak tadika ka…. takpa kita akan desak depa suruh bagi…

pasal kawalan keselamatan …. insyaAllah kita akan start bulan 12 ni… sebab penduduk dah setuju… nanti saya akan edarkan borang rasmi untuk tujuan tu… jadi mohon kerjasama penduduk untuk isi dengan wangnya sekali….

pasal nak sewa rumah untuk surau sementara… saya tak sempat round2 lagi… mohon kepada mereka yang sudi nak sewakan rumahnya atau tahu jiran2 yang nak sewakan rumahnya boleh bagitau saya untuk tindakan lanjut….

maaf tulis pun kalut2….