Gema Padu “Diserang” Penduduk Warisan Indah

11 April 2009, jam 9.15 pagi sekumpulan penduduk yang tinggal di 8/2 dan beberapa orang penduduk di jalan-jalan lain (lebih kurang 15 orang) diketuai oleh En. Irwan (Pengerusi JBWI) telah pergi ke Pejabat Gema Padu untuk menyampaikan surat aduan rasmi berkenaan banjir kilat yang melanda di jalan 8/2. Penduduk berang sebab wakil pemaju pada 25 Mac 2009 yang lalu (sehari selepas banjir luar biasa di seluruh Kota Warisan) ada datang dan berjumpa dengan beberapa orang penduduk. Mereka berjanji untuk buat satu pertemuan dengan penduduk bagi menyelesaikan masalah banjir, namun oleh sebab mereka tidak menunaikan janji, maka penduduk yang pergi berjumpa pemaju.

Walaupun hanya dapat berjumpa dengan Elaine dan bukannya GM Gema Padu, namun penduduk telah menyerahkan surat aduan rasmi berserta CD yang mengandungi bukti berlakunya banjir dan menuntut supaya dilakukan tindakan drastik untuk menyelesaikan isu banjir kilat. JBWI memberi tempoh 2 minggu sehingga 25 April 2009 kepada mereka. Kita tunggu dan lihat!

 image007

 

gp-diserang

28 responses to “Gema Padu “Diserang” Penduduk Warisan Indah

  1. Agak terpelanjat bila dengar ada banjir di jalan 8/2.
    saya ingat garden saya saja ada masalah ini. rumah saya di no. 1 jalan 8/4. Setiap kali hujan lebat garden aku akan dibanjiri air sehingga lebih kurang sekaki.

    Selagi daripada itu, saya ada terasa macam telah ditipu oleh pihak pemaju mengenai tapak pelupusan sampah itu. It is a big problem to us.

    Kepada semua member-member di taman ini, apa yang sehalusnya kita lakukan?

  2. Mr. Albert dan penduduk Warisan Indah lain yang terlibat masalah banjir kilat ini (selain penduduk 8/2). Diharapkan agar tuan-tuan dan puan-puan dapat salurkan maklumat kepada JBWI mengenai isu tersebut dan kalau ada bukti (gambar atau video), lagi baik.

    Walaupun JBWI sudah pun menyerahkan surat aduan rasmi kepada Gema Padu tentang banjir di jalan 8/2, tapi saya akan panjangkan lagi isu banjir di jalan-jalan lain sama.

    Harap maklum.

  3. Hmm…tak sangka bleh banjir lak. Saya pun tinggal di 8/2 tapi ujung sebelah sini. Semlm plak ujan dari ptg smpi mlm, banjir lagi ke kat ctu? Pasni team CSI akan turun nak amik video. hehehe…

    Satu pesanan penaja, kalu sesiapa yang deko taman, make sure sistem perparitan cantik. Psal semlm masa ujan lebat tu taman aku nyaris nak banjir, terpaksa meredah ujan cangkul tanah kasi air turun.

  4. Salam sejahtera,
    Taman saya bersebelahan dengan “greenlane” (no 23, 8/14), ianya tidak ditambak lagi dan sekarang sedang menakung air aja. oleh kerana sentiasa berair, taman saya juga turun bertakung air, rumput,pokok semua tak boleh hidup. Dah banyak kali cakap dengan elaine, jawapannya ialah nanti saya cakap pada landscape department, hampeh…sampai sekarang tak ada response, nak tunggu sampai orang kena demam denggi ke apa?

  5. Rumah saya adalah antara yg terlibat. Masuk ni dah 4 kali.

    Saya percaya ia akan berlaku lagi bila hujan lebat sbb GP tak memantau projek mereka. Tanah dan pasir masih bertaburan di sepanjang jalan dan ini memudahkan banjir ini berlaku. Mcm biasa….aduan dibuat tapi masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Bila ada KPKT terlibat baru le nak bergerak. Tu pun macam lepas batuk di tangga.

  6. Rumah saya end lot di 8/14, dah 2 kali banjir dah sampai lantai walkways tepi tapi belum masuk dalam rumah, dah hampir nak masuk.
    Dari pemerhatian saya ini disebabkan laman saya berada lebih rendah dari kawasan tanah keliling rumah, jadi air luar semua masuk kedalam rumah saya.
    Saya sudah lapurkan pada pemaju dan mengikut kata mereka kawasan kita ini dibawah system kawalan banjir, yang peliknya ada system tapi rumah saya jadi takungan air bila hujan. Pemaju ada datang melihat sekeliling tapi entahlah apa yang telah mereka buat cuma cakap kalau berlaku banjir lagi beritahu mereka….mangkuk hayun betul….saya suruh mereka tambak tanah laman saya bagi tinggi tapi dia buat tak tahu aja.
    kalau banjir lagi saya akan pastikan saya cedok air tu pergi simbah opis dia orang…

  7. semalam p GP n p tengok showhouse ..berkenan lak ngn umah kat taman warisan bestari..harganya kira ikut kemampuan r..ingat petangni nak p boking tapi bila baca macam2 masalah ngn kilang sawit,pencawang eletriknya..ni plak isu banjir..ish ragu2 plk…so ape pendapat u all ok ke kawasanni…

  8. setakat banjir besar tu tak adalah, rasany masalah perparitan yang banyak tersumbat kerana project sekeliling masih berjalan, pasir lumpur semu amasuk dalam underground longkang. kilang sawit dan pencawang letrik memang tak boleh buat apa, dah memang ada kat situ.

  9. betul tu.. survey ngan kwn yg duk kat double storey b’dekatan kilang sawit tu bau sekali sekala(2@3x) dlm sebulan kadang xbau langsung. Org yg duk Felda lg biasa bau2 ni xde effext pun cuma risau pengairan sistem kumbahan kilang tu (hrp2 kilang tu terus tutup) dgn pencawang elektrik… hurmm… Sy pun amik satu unit di WB tp masih tggu loan approve.. kalo xamik rugi sb harga cantek, lgpun kat mana lg nak dpt rmh atas tanah berdekatan putrajaya(luar kl) & klia yg bakal membangun dan harga rmh yg semakin hari semakin naik berdesutttt macam erl yg lalu kat salak tinggi tuh.. Jln pintas pun akan dibina keluar berhampiran dengkil-putrajaya….

  10. baru nak tengok apartment yang sebelah erl tuu…tak jadilah..banyak masalah rupa rupanya kawasan ni…nasib baik

    • Shah, kota warisan ni OK. prospek sangat bagus untuk kediaman dan pelaburan. Ini lah centre pembangunan area KLIA. Banjir, bukan masalah besar disini, dan jika dikeluarkan statistik setahun , kejadian banjir ada seklai dua ajer…. bukan semua area, satu jalan di satu taman sahaja… lain area ok. Beli rumah bersebelahan dengan ERL, sangat bagus prospeknya, kalau saya jadi shah, saya beli. Kalau sewa bley dapat >RM1K. Apartment yang ada kat kota warisan sekarang ajer, range sewa RM450 ker RM1K. Kalau full furnished lagi bley untung. Semua yang bekerja di KLIA, Putrajaya dan KL akan berpindah kesini, sebab ada ERL. 30 minit dah sampai KL. Jika ada duit, nak beli rumah, bagi saya…Kota warisan lah area nya….

  11. Salam. saya baru di tukarkan ke Putrajaya dan sedang mencari rumah untuk dibeli. Kat mana saya boleh dapat info tentang nama n alamat pemaju. Lagi satu minta komen dari penduduk sekitar kota warisan ttg masalah2 yang sering dihadapi…TQ

    • Saya tak tahu kalau En. Manap masih mencari rumah di kota warisan, saya sekarang sedang menjual rumah saya di Jalan Warisan Indah 8/16, end lot with extra land, 2.5 storey, 4 bedrooms, 4 bathrooms, ruang luas dekat top floor, contact saya 012-2902610

  12. asamualakum.saya sedang mencari rumah untuk dibeli. Kat mana saya boleh dapat info tentang nama n alamat pemaju. Lagi satu rumah kota warisan ada lg tak tp bawah 300k

  13. salam, sya pun tgh survey area Warisan Indah ni, plan nak beli sebuah kat situ. dilihat dari komen2 sejak 2009 antara isu2 yg disebut ialah:
    1) tapak perlupusan sampah
    -> ade lg ke dah tutup?
    -> lokasi?
    -> jenis masalah?
    2) kilang kelapa sawit
    -> ade lg ke dah tutup?
    -> lokasi?
    -> jenis masalah?
    3) pencawang elektrik
    -> lokasi?
    -> jenis masalah?
    4) banjir
    -> lokasi kes barlaku banjir yg terbaru?
    -> punca? activity pembinaan yg berdekatan

    fasa terbaru yg di buat bersebelahan dgn kaw kelapa sawit tu, di buat di lereng tanah yg tak sama level; ada masalah tanah runtuh/jatuh tak?

    • En. yusuf… reply ringkas
      1. Tapak samapah dh tutup dn dipindah ke tmpt lain.
      2. Kilang sawit masih beroperasi dan bau sawit masih ada.
      3. Pencawang tu rasanya berhampiran dgn taman baru warisan bestari bukan warisan indah.
      4. Banjir kilat masih melanda di bbrp jalan warisan indah. Hanya masuk ke rumah jalan 8/16 sebab longkang kilang sawit. Jalan lain tak sampai masuk rumah. Kalau ikut pemaju banjir kilat di jalan-jalan tu memang didesign mcm tu bila hujan lebat dan akan surut “cepat” bila hujan berhenti.

      • thanks.
        berkenaan kilang sawit tu: tak lama dulu ada meeting antara penduduk WI, Majlis Perbandaran Sepang dan owner kilang sawit tu kan. ape keputusan meeting tu? bole share meeting minutes tak?

    • Saya sekarang sedang menjual rumah saya di Jalan Warisan Indah 8/16, end lot with extra land, 2.5 storey, 4 bedrooms, 4 bathrooms, ruang luas dekat top floor, contact saya 012-2902610, still a brand new house, cuma diduduki 2 bulan sahaja

  14. saya dlm process loan untuk taman bestari fasa terakhir hujung tahun 2014 baru siap harapa harap semuanya berjalan lancar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s