Taklimat Rukun Tetangga Warisan Indah

Untuk makluman semua penduduk Warisan Indah, permohonan JBWI untuk menubuhkan Rukun Tetangga di Warisan Indah telah mendapat respon positif daripada Pejabat Perpaduan Daerah Sepang. Saya telah menerima surat rasmi daripada Pejabat Perpaduan Daerah Sepang berhubung perkara ini.

Langkah seterusnya seperti yang diminta oleh Pejabat Perpaduan Daerah Sepang ialah mengadakan taklimat berkenaan penubuhan Rukun Tetangga di Warisan Indah. Taklimat ini akan disampaikan oleh pegawai Pejabat Perpaduan Daerah Sepang sendiri.

Majlis taklimat tersebut akan diadakan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian. Harap maklum!!!

Advertisements