Mesyuarat JBWI

Satu perjumpaan, perbincangan dan mesyuarat penduduk Warisan Indah akan diadakan pada:

Tarikh: 22 Mac 2010

Jam: 9.15 malam

Tempat: Rumah Pengerusi

Semua penduduk berkelapangan dijemput hadir!

Agenda Utama, tentang penyewaan rumah untuk surau di Warisan Indah. Saya dah dapat sebuah rumah dan tuan rumah dah setuju nak sewakan. Walaupun masa majlis rumah terbuka Aidil Fitri haritu, lebih kurang 60 orang penduduk setuju untuk menyumbang bagi membayar sewa, namun perlu kepastian dan perbincangan lanjut . Ia melibatkan sewaan jangka panjang dan bukannya 3-4 bulan sahaja.

Tapak Sekolah Menengah dan KAFA

Mungkin ramai daripada kita tahu yang tapak untuk pembangunan sekolah menengah dan KAFA di Kota Warisan bersebelah dengan lot-lot banglo. Tapi terdengar pula ura-ura yang pemaju GP nak ubah tapak tu ke Warisan Indah (mengikut maklumat yang dapat GP dah pun hantar proposal untuk ubah tapak). Tak tahulah area mana sebenarnya di Warisan Indah, silap-silap atas bekas tapak pelupusan sampah tu.

Baru-baru ni saya hadir mesyuarat AJK KAFA, pengerusinya kata pihak mereka dah pergi berjumpa bahagian perancangan bandar Majlis Perbandaran Sepang. Pihak MPS kata pihak mereka tidak bersetuju dengan permohonan GP untuk pindahkan tapak sekolah tu. Makna kata tapak sekolah menengah dan KAFA kekal di tempat asal.

Tapi apa-apapun selagi tidak ada pengumuman rasmi tentang status tapak sekolah tu, kita tunggu dan lihat.

AJK PeBT

Penggerak belia tempatan (PeBT) Zon Kota Warisan sedang mencari sesiapa (lelaki dan wanita) yang berminat untuk menjadi AJK PeBT Zon Kota Warisan.

Syarat-syarat AJK PeBT

1. Berumur antara 16-35 tahun (pelajar sekolah menengah sila dapatkan kebenaran ibu bapa).

2. Lelaki atau wanita.

3. Bersih daripada rekod jenayah.

4. Tinggal di Kota Warisan.

PeBT ialah persatuan belia dibawah seliaan Majlis Perbandaran Sepang (MPS). Mereka yang terlibat dengan PeBT dapat menambah pengetahuan tentang kepimipinan belia dan dapat melibatkan diri dengan program-program belia sama ada di peringkat zon Kota Warisan, MPS atau kerajaan negeri Selangor.

Antara program PeBT yang telah dianjurkan di zon Kota Warisan ialah Jogathon Hijrah pada Disember 2009 lepas yang mendapat sambutan lebih kurang 200 peserta.

Sesiapa yang berminat sila sms atau hubungi pengerusi PeBT Zon Kota Warisan : 013-3543594