Baitus Sakinah

Sama ada penduduk tahu atau tidak, di taman kita ni ada satu pusat / rumah anak yatim, ibu tunggal dan kanak-kanak susah. Setakat ni ada lebih kurang 20-25 kanak-kanak lelaki dan perempuan yang dijaga  di pusat tersebut. Pusat ini menyewa 2 rumah di taman ini, satu di no 23 jalan 8/2 dan satu lagi di no 27 jalan 8/8. Satu lagi rumah di Warisan Mulia.

Sesiapa yang ada duit lebih bulanan tu, bolehlah menghulurkan bantuan kepada mereka, tidak kiralah berbentuk wang atau makanan. Bantuan boleh melalui saya ataupun direct kepada pengurus Baitus Sakinah (Pn. Kartini 013-2556062). Sumbangan wang boleh dikecualikan daripada cukai LHDN (untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pn. Kartini).

Kalau nak hantar anak-anak ngaji al-Quran pun boleh kat Baitus Sakinah ni!

Advertisements

Apa hal?

Serai

Gambar ni diambil di traffic light depan taman kita. Cuba perhatikan kedudukan kereta ni dengan tanaman serai di sebelahnya, ia telah dibiar walaupun dah panjang dan menutup pandangan driver. Ini membahayakan dan boleh mengakibatkan kemalangan.

Jalan kotor 

Ini pula gambar laluan masuk/keluar lori-lori yang mengambil tanah sebelah Shell dan berdekatan dengan traffic light. Ia mengakibatkan jalan menjadi kotor dan berdebu dengan teruknya ketika hari panas dan mengotorkan jalan jika hari hujan. Sepatutnya pemaju Gema Padu kena pastikan yang tayar lori-lori tu dibasuh sebelum memasuki jalan raya awam. Ini adalah peraturan Majlis Perbandaran. Takkan tak paham kot?

Rukun Tetangga

Kelmarin saya menyerahkan surat permohonan untuk menubuhkan Rukun Tetangga di Warisan Indah di Pejabat Perpaduan Sepang. Memandangkan JBWI bukanlah badan rasmi yang berdaftar dengan mana-mana pihak, jadi adalah lebih baik kita menubuhkan satu badan rasmi yang berdaftar seperti persatuan penduduk atau rukun tetangga. Setelah berbincang dengan orang-orang lama di Kota Warisan mereka mencadangkan agar kita menubuhkan rukun tetangga.

Ini kerana, persatuan penduduk agak leceh kerja pendaftarannya dan kena kutip yuran tahunan ahli (kutip lagi), berbanding rukun tetangga yang tidak perlu kutip yuran tahunan dan setiap penduduk automatik menjadi ahlinya. Fungsi persatuan penduduk dan rukun tetangga adalah sama sahaja, dan satu kelebihan rukun tetangga ialah ia ada geran tahunan sebanyak RM 4800 setahun dan apa-apa program yang ingin dianjurkan di taman ini boleh mohon peruntukan lain pula. Jadi dengan geran tahunan ini kita boleh buat pelbagai program di Warisan Indah samada untuk semua penduduk, wanita, remaja dan lain-lain.

Setelah Pejabat Perpaduan Sepang meluluskan permohonan itu, mereka akan menghantar wakil untuk menyampaikan taklimat rukun tetangga dan fungsinya. JBWI akan buat program khas seperti taklimat keselamatan haritu dan makluman berkaitan program itu akan diberitahu kemudian.

Apa cerita baru?

Dah 2-3 hari tak update cerita atau makluman terbaru dalam blog ni… bukannya apa sebab tak ada info baru yang menarik berlaku 2-3 hari lepas… kalau sesiapa yang nak mohon publish apa2 makluman untuk penduduk Warisan Indah boleh bagitau saya dan saya akan publishkan dalam blog ni…

tak kisahlah apa makluman pun…

Daftar Rondaan Sukarela

Alhamdulillah rondaan malam di Warisan Indah dah masuk minggu ke 2. Walaupun malam sabtu lepas ada 5 orang dan malam ahad hanya 3 orang saja yang berjaga (sebab cuti umum kot), yang penting perkara tu berjalan jugak.

Di sini JBWI mohon supaya kepada penduduk yang ingin menyertai rondaan malam, supaya memberi nama kepada pengerusi untuk mudah JBWI buat jadual. Kita hanya ronda jumaat malam sabtu dan sabtu malam ahad saja (ye lah daripada tak ronda lansung). Itupun dari jam 12 malam hingga 2 pagi. JBWI akan susun jadual supaya yang bertugas hanya 2 @ 3 minggu sekali ja (bergantung kepada berapa ramai yang daftar).

Katakan ada 16 orang sukarela, jadi JBWI akan susun jadual minggu 1, ada 8 orang bertugas, 4 orang malam sabtu dan 4 orang malam ahad. Baki 8 orang lain akan jaga next week pulak. Jadi boleh selang 2 minggu sekali dan kalau ramai mungkin boleh selang 3 minggu sekali atau lebih. Sesiapa yang kerja shift pulak, boleh je topup dan join mana-mana group yang sedia ada.

Pesanan ini dibawa oleh Restoran Mamak Hijas – bayar sendiri noooo

Mana Press Conference?

Sebagaimana yang diedarkan dalam flyers tempoh hari, JBWI ada menyebut berkenaan Press Conference yang akan diadakan pada 1 @ 2 @ 3 Mei. PC ni hasil persetujuan penduduk masa program taklimat keselamatan polis tempoh hari. Mungkin penduduk tertanya-tanya, bila PC tu?

JBWI nak maklumkan di sini, PC tu tidak dapat dilaksanakan kerana TIDAK MENDAPAT RESPON DARIPADA PENDUDUK dalam menyalurkan maklumat penting kepada JBWI. Kalau nak buat PC kita kena ada bukti dan maklumat yang cukup tentang sebarang ketidakpatuhan Gema Padu terhadap undang-undang atau peraturan. Kalau ada maklumat dan bukti lengkap, kita boleh memorandum khas yang akan diajukan kepada pihak-pihak berkaitan.

Sebenarnya Gema Padu akan mengambil tindakan terhadap aduan kita, jika sebarang masalah diajukan melalui Jawatankuasa Bertindak kita yang lebih bersifat rasmi. Buktinya, isu banjir kilat di jalan 8/2 telah pun diambil tindakan hasil surat aduan rasmi JBWI kepada mereka. Kalau penduduk ingin menyelesaikan masalah sendiri terpulang kepada mereka, cuma JBWI bersedia membantu jika kita ingin menyelesaikannya secara bersama.