Ralat

Berlaku sedikit kesilapan tarikh mesyuarat JBWI pasal sewa rumah untuk surau tu. Mesyuarat sebenar telah diadakan pada 22 Feb 2010 tapi dalam blog ni saya “tertulis” 22 Mac 2010. Walhasilnya pada 22 Mac lepas ramai jugak yang datang untuk mesyuarat. Saya mohon maaf banyak2 sebab tersilap tulis tarikh dan telah menyusahkan tuan/puan.

Mungkin ramai penduduk (terutamnya yang hadir masa mesyuarat 22 Feb lepas) tertanya2 bila saya nak edarkan makluman mengeani hasrat penduduk untuk sewa rumah untuk dijadikan surau. saya nak citer kronologi sikit:

Malam 22 Feb tu kita dah setuju untuk buat edaran  untuk tanya sekali lagi kesanggupan penduduk Islam menyumbang sewaan bulanan rumah yang disewa untuk surau. Masa majlis rumah terbuka tahun lepas lebih kurang 62 penduduk sahaja yang “sanggup” nak bayar sewa bulaan tu. Saya dah nak buat surat edaran tu tapi dapat maklumat bahawa surau di taman2 baru dibekukan.

Saya telah pun mendapat kepastian daripada Pej. Agama Islam Daerah (PAID) Sepang tentang hal ini. PAID beritahu kita boleh buat surat mohon kebenaran jadikan rumah sewa sebagai surau sementara. Kemudian mereka akan pertimbangkan.

Namun sebelum surat mohon kebenaran PAID itu dibuat, saya akan edarkan makluman kepada semua untuk kepastian tentang kesanggupan penduduk membayar sewa bulanan. Untuk makluman rate sewa rumah di Warisan Indah ini antara 800-1000 (rumah teres). Jikalau sambutan tidak menggalakkan (seperti isu kawalan keselamatan), maka surau di Warisan Indah tidak dapat dilaksanakan.

Sekalai lagi mohon kerjasama semua penduduk untuk respon kepada surat edaran yang akan diedarkan nanti.

Aduan

Sabtu lepas saya berjumpa dengan Mr Chang, GM Gema Padu. Saya dah ajukan beberapa masalah Warisan Indah kita pada dia terutama aduan yang yag lambat diambil tindakan. Dia minta supaya kita listkan aduan secara bertulis sekali lagi dan bagi kepada Asmadi.

Saya tahu kita dah banyak kali buat aduan tapi takda tindakan. Oleh sebab dia dah janji nak selesaikan, saya harap tuan-tuan dan puan-puan tolong serahkan aduan semua tu kepada saya dulu. Saya akan kumpulkan dan beri kepada gema padu. Lepas ni kalau lambat atau tiada juga tindakan kita boleh pi sembur mr chang tu sebab dia dah janji.

Saya harap tuan-tuan dan puan-puan boleh serahkan aduan2 tu pada saya sebelum 21 Mac 2010.