Komen & Pandangan

Sila tulis komen dan pandangan anda di sini.

198 responses to “Komen & Pandangan

  1. Assalamualaikum,
    Saya ingin mencadangkan rondaan rukun tetangga dilakukan setiap malam secara bergilir (cth: 3 orang – satu kumpulan).Selain bertujuan menjaga keselamatan, ianya juga dapat mengeratkan siratulrahim antara tetangga kerana mungkin ketika itu sahaja masa yg dapat diperuntukkan bagi bersosial memandangkan hampir kesemua kita bekerja.wassalam.

  2. Cadangan baik ini memerlukan komitmen tinggi daripada semua penduduk. JBWI ingin memaklumkan, hampir kesemua kes pecah rumah yang berlaku di Warisan Indah berlaku pada waktu siang (antara 12 tengahari – 3 petang). Setakat ini dalam makluman JBWI hanya 1 kes berlaku pada pukul 4 pagi.

    JBWI mengharapkan respon daripada penduduk-penduduk yang lain untuk menjayakan sistem rondaan penduduk samada pada waktu siang atau malam.

  3. Cadangan membentuk rondaan rukun tetangga di waktu malam boleh dipertimbangkan. Walau bagaimanapun ia memerlukan komitmen tinggi dari semua penghuni, jika tidak ia tidak dapat bertahan lama.

    Satu lagi opsyen yang boleh dipertimbangkan ialah melantik syarikat kawalan keselamatan. Di taman perumahan saya sebelum ini, lebih kurang 100 unit rumah komit untuk bayar setiap bulan dan syarikat tersebut mengenakan caj RM 35 setiap bulan setiap rumah yang komit untuk bayar dan menyediakan 2 pengawal setiap malam. Kutipan dibuat oleh syarikat itu sendiri. Memandangkan kawasan Warisan Indah agak besar dan banyak pintu masuk mungkin perlu lebih dari 2 pengawal. Walau bagaimanapun opsyen ini boleh dipertimbangkan.

    Sebagai langkah tambahan di waktu malam, saya cadangkan lebih ramai yang memasang lampu samada di hadapan atau di belakang rumah. Sebutir lampu katakan Energy Saver 15W yang dipasang 10 jam setiap malam, cajnya baru lebih kurang RM 1.50 sebulan.

  4. Saya ada menghantar ke”jbwarisanindah@yahoo.com” senarai lebih kurang 30 agensi/pihak media yang boleh kita jemput untuk majlis Press Conference yang akan diadakan pada bulan hadapan. Diharap dengan bantuan yang tidak seberapa ini dapat membantu melancarkan lagi majlis ini, semoga ianya mencapai matlamat yang kita harapkan.

  5. Saya ingin mencadangkan agar di website ini kita bina networking senarai penduduk especially di Warisan Indah beserta tempat bertugas dan lain-lain. Ini kerana saya di fahamkan ada diantara tuan-tuan dan puan-puan ini mempunyai kepakaran,expertise dan boleh membantu jiran-jiran yang lain secara unformally, maksud saya ada diantara kita yang bekerja di sektor awam dan swasta yang mungkin bidang-bidangnya boleh membantu jiran-jiran yang lain contohnya ada yg bekerja di IPTA-IPTA, pegawai kerajaan PTD (tadbir dan diplomatik), pegawai-pegawai kerajaan yg lain,pegawai dari agensi ( LHDN, KWSP dll) pihak swasta ( telekomunikasi, bank dsb). Sekian.

    • idea yg bagus lagi bernas. tapi kalu nak publish kat website mungkin ada yang tak setuju (saya salah sorang). so, kita bagi maklumat tu (nama, tmpt kerja, jawatan (maybe tak bagi pun takpe) kat tuan pengerusi pastu kita edar satu warisan indah. lagi baik. bkn apa, almaklumlah kalu letak kat website ni, bkn kita saja yg baca, malaun2 pun baca gak. hehehe….

      • JBWI memang bercadang nak buat senarai penduduk yang tinggal di WI, tapi memang takkan publish di blog ni sebab ada bahayanya, hanya untuk simpanan rekod JBWI. Yang paling penting, kalau ada lawyer yang duduk di taman kita ni, harap dapat tampil untuk bantu JBWI.

  6. Saya amat setuju cadangan ini, sebab saya harap dan impikan yang taman kita ni bersatu dalam hal-hal melibatkan penduduk tanpa mengira agama, bangsa, fahaman politik dan sebagainya.

    Saya juga harap kalau ada di kalangan penduduk kita yang boleh bantu saya dalam blog ni, sebab ini benda basic je, nak lebih-lebih saya pun kurang arif.

  7. Saya setuju dengan cadangan en. Farid mengenai engage syarikat keselamatan utk taman kita. Saya rasa ramai yang tak kisah berbelanja sedikit demi keselamatan keluarga, jiran & harta benda.

  8. Saya sedang mencari aktiviti utk dibuat pada waktu petang / hujung minggu. Maklumlah, projek taman fasa 1 dah siap. hehehe….

    Cadangnya nak main RC truck memandangkan byk tanah lapang kat warisan indah. Sedang cuba nak dapatkan RC kat lelong.com.my. Oleh itu, kalu ada yg nak main RC, jom kita main…

  9. Saya nak cadang agar diwujudkan satu kategori hobi. So kat ctu bleh la kita share camne nak decorate umah / garden, dsb. Bleh gak share hobi / aktiviti ujung minggu di warisan indah (golf ke, RC car ke, main wau ke).

    Pastu kita buat pertandingan laman tercantik. Buat bulanan. Hadiahnya tiket penginapan 3h2m di rumah sendiri. Kwang33…..

  10. Berkaitan aktiviti dan hobi masa lapang di WI, apa-apa saja boleh dibuat di taman kita ni, nak meriahkan suasana je, barulah hidup berjiran di taman ni nampak meriah sikit.

    Apa kata en. maikel start dulu dengan RC Truck tu, nampak menarik gak.. mesti ramai bebudak seronok tengok.

  11. Salam kepada semua
    Apa yang kita boleh buat utk kurangkan kelajuan pemandu2 profesional dikalangan penduduk, kontraktor atau orang luar di sekitar kawasan kita?

    Dah la jalan tu sempit (sangatt)
    org park kiri kanan jalan lagi
    Still nak mantain halaju jalan persekutuan ke?
    kalau dah ade yg masuk hospital nanti, baru nak insaf kut…

  12. betullah mcm zam ckp…plg takut anak2 kita yg kecil…yg bawak kete tu kekdg bkn perasan pun ada budak kecik main kat jln..saya ada perhatikan muka yg sama jugak asyik dok pecut..saya rasa anda tahu siapa andalah..berubahlah sebelum anda di ubahkan…he,he,he

    • mengenai tahap kelajuan kereta di kawasan kita…telah di kenal pasti ada beberapa kereta yang memandu agak laju…so apa yang patut kita buat…mohon kemukakan cadangan saudara hisham dan rakan-rakan warisan indah

      • terlebih dahulu saya mint amaaf atas komen yang bakal saya berikan…sudah acap kali saya terkejut tiba2 anak2 kecil melintas kat jalan yang keluar dari celah2 kereta yang parking…bila dilihat ibubapa hanya baru terkejut dan baru terhegeh2 nak pegang anak…dan pernah saya pernah anak bermain tengah jalan dan mak bercakap melalui telefon..leka tak awasi anak…..sebagai ibu bapa…kita mmg kena ssl awasi anak2 lebih2 lagi kawasan kota warisan ni mmg byk kereta…jgn salahkan pemandu jika terjadi sst yang tak diingini…jgn leka biarkan anak2 kecil melintas dan main sesuka hati di jln…sebagai pemandu…memandu dikawasan perumahan mmg akan perlahan dalam 30km tu pun kena kurangkan

  13. Assalamualaikum,

    Saya insyaallah akan menjadi sebahagian dari keluarga Warisan Indah tidak lama lagi. Satu soalan yang ingin ditanya, adakah jawatankuasa ada bercadang untuk mewujudkan/meminta sebuah surau berhampiran rumah-rumah kita? Mungkin di sana boleh berjemaah dan melakukan aktiviti-aktiviti komuniti?

  14. Dimaklumkan yang WI dah ada satu lagi jawatankuasa iaitu JK Pemabangunan Surau WI yang dipengerusikan oleh En. Yazali (rumah no 55, 8/2). Kita dah kemukakan proposal untuk mohon tapak bagi pembangunan sebuah surau di WI namun masih belum dapat respon pemaju (macam biasalah).

    Masalah paling besar sebab WI tidak diperuntukkan tapak untuk surau (dalam master plan), jadi urusan ni payah sikit dam ambil masa. Tapi kalau penduduk terus desak pemaju untuk dapatkan surau, saya rasa Insya Allah boleh dapat.

    • “Kita dah kemukakan proposal untuk mohon tapak bagi pembangunan sebuah surau di WI namun masih belum dapat respon pemaju (macam biasalah)”

      Boleh tak kalau saya dapatkan proposal untuk permohonan tapak bagi sebuah surau.yang telah tuan-tuan hantarkan pada pemaju.dengan siapa saya perlu berurusan untuk dapatkan proposal tu.

      .

  15. Assalamualaikum WBT,

    Just nak share dengan semua penduduk warisan indah. Last Thursday (16 April 2009) ade cubaan pecah masuk rumah saya (W.Indah 8/2) melalui tingkap bahagian dapur waktu siang hari lebih kurang jam 1.30pm. Depa umpil tingkap dapur bahagian tingkap kecil. Hadoi siang siang hari depa dok buat kerja nie. Alhamdulillah depa tak masuk sbb alarm bunyi and call mobile phone saya semasa saya di pejabat. Polis tiba dalam masa 15 mins selepas saya call 999.

  16. saya nk bertanya sedikit kepada penduduk kawsan warisan indah ni.. kalau kte tgk dalam rumah ada point untuk ariel TV kan. ada tak sesiapa yang tau mana letaknye wire untuk dipasangkan arial TV tu? konfius gak point ade cr tempat kabel x jumpa sampai atas bumbung dah cr tak jumpa gak. so kalo ade sesape yang tau. mintak reply post ni.

    • u punya umah type ape? cuba tengok atas syiling masuk lalu manhole plaster ceiling dia gulung kabel tu sangkut kat palang ceiling

  17. mungkin zul boleh tanyakan pada wireman GP si irwan indon tu. Takde le pulak no. hp dia. Tapi tak tahu sama ada dia masih kerja dengan GP atau tak sebab dah lama tak nampak dia.

  18. Ada sesiapa tau contact no. syarikat alarm utk rumah kita ni? Alarm rumah saya ni pening sikit. Dia berbunyi sesuka hati je.

  19. Company alarm 03-5632 2222 (Alin)

    Jeremy (mamat melayu bukan cina) 016-2940978
    Dia yang ganti vinot.

    Alarm rumah en. zaidi selalu bunyi tu sebab false trigger. Ikut kata jeremy, semua rumah yang vinot install bermasalah sebab selalu false trigger pasal buat keje cincai. Rumah saya pun sama, tapi bila jeremy tu buat balik semua, dah takde problem.

    • terima kasih. Alarrm rumah saya dulu memang vinot yang pasang. Mamang selalu sgt ada false alarm ni sampai menganggu jiran pulak.

  20. Berkenaan dgn alarm ni, kena ada telefon rumah dulu ke sebelum activate alarm ni? Saya kt 8/4 tak dapat nk pasang fixed line lg sebab telekom ckp kabel belum ready. Risau juga ttg keselamatan rmh ni.

    • fixed line dan internet kalau ade dah buleh pasang cctv 🙂 kita buleh pantau keadaan dalam dan luaran rumah 🙂 lebih2 lagik bibik yang dok jaga anak2 kita hehehe 🙂

  21. en Dzul… alarm tu tak payah tunggu line tepon… yang penting ada panel dan dieorang dtg install.. pastu dh bole on kan…

    line tepon tu klu nak connectkan sistem alarm ke hp kita.. contoh klu kita kerja… tetiba ada org cuba pecah masuk rumah kita yang di onkan alarm… so alarm akan call hp kita dan kita tahu ada orang cuba masuk rumah macam yang terjadi pada en faiez tempoh hari… harap maklum.

  22. Salam,

    Saya Baru termaklum akan kewujudan blog khas utk penghuni kota warisan..tahniah, saya juga Insya Allah akan mendiami kota warisan di hujung tahun ini.

    Btw kunci pun belum sempat nak ambik lagi….apa-apapun semoga blog ni akan terus berkembang..

  23. Satu lagi, maybe tak ramai yang tahu yang alarm rumah kita, kita boleh tambah sikit sensor untuk kesan gegaran. “Vibration sensor” nie kita boleh pasang pada grill (kat tingkap or mana mana yg perlu) yang mana akan concurrently working dagn sensor sensor tingkap sekiranya tingkap di buka. Tahun lepas, org yg pasang alarm rumah saya tu ckp, penyangak penyangak nie dah tahu rumah kota warisan ade alarm system and akan bunyi bila dibuka. So penyangak penyangak nie akan cuba juga untuk masuk tanpa membuka tingkap sebab takut sensor bunyi. So mereka akan pecahkan tingkap (terutama dapur – alarm tak akan bunyi sebab sensor hanya ada pada bingkai) and depa akan potong grill.
    So insyaAllah kalau ade grill sensor tu…. kalau dier pecahkan tingkap, pasti akan terkena grill… or jika tidak pun, semasa depa nak potong grill, sensor akan detect sebab ade gegaran…Satu bijik vibration sensor tu harga nye rm25/= sahaja (bole tanya INIX).
    Satu je masalah, cuma bila hujan kalau kilat kuat, sensor nie akan trigger sebab gegar and alarm akan bunyi. Tapi kalau alarm link dengan handphone, kita boleh matikan and activate balik. 🙂

  24. mamat jeremy alarm ni wujud lagi ke atau dah tercatat dalam lipatan sejarah kompeni alarm ni.coz dah beribu kali aku kol x pernah dia nak jawab..agaknya dia memang seorang yg pemalu kot…pening dgn alarm aku nih..

    • oo jeremy masih wujud. Tadi ade org inix dtg rumah saya bg tahu yg salah sorang team dier ialah Jeremy. 🙂
      maybe si jeremy tu tgk buat kerje kot… hehe

    • Jeremy ada angkat call saya tapi dia suruh make appoinment dgn INIX 03-5632 2222 (Alin). Cuba call INIX…jeremy dah malas angkat telepon kot sbb ramai sgt penduduk kota warisan call dia

    • Assalamualaikum.1st sya mnta maaf klu xjawab kol.ssllunya sya xsmpt nk jwb kol org,biasala bang rempit naik motorrrr bang,klau sms mesti reply.bla mlm tekak kering.sosorrynyalah.mmg btul sya mmg dh tercatt dlm liputan sjrah inix.nk sya berkongsi sbb apa nnti mgaibkn company pulak,xplh yg pstiny sya bnyk dpt pglaman bbrpa thun krja comp ni.smntara ni sya xnak ckap apa2.mcmnpun sya still ada bt kje2 alarm etc smua ni scara parttime.mcm rumah alarm still under warranty xkan saya dtg buat,orang nak bayar direct sya kan?(klau ada yang nak sya attend gak)kje bru sya skrg ni plk ukur jalan yg xpenah sya lalu.hahahaha(xpnat sgtla)psl pemalu2 ni,sya mmg pemalu orangnya cakap tak berapa pandai nak cakap,menipu pun kantoi bro!tapi klu buat kje insyaaallh.k wassallam penduduk kota warisan

  25. UNTUK MAKLUMAN SEMUA…

    hari ini saya tidak bekerja. tetapai sesuatu kejadian yg saya rasa perlu saya berkongsi bersama untuk renungan. Pada jam 11.00 pagi tadi saya ada ternampak kelibat satu mamat menghendap2 rumah sebelah saya (rumah kosong) no. 85 8/2 kalau tak silap..tapi disebabkan dia terhendap2 saya terus perhatikan dari masterbedroom saya. Kemudian dia masuk rumah tu dan dlm 5 minit dia keluar balik..tetapi saya peratikan dia mengenggam fius elektrik (dlm bilik stor) secara menyorok2. Kemudian dia cuba sorok2 kan dari pandangan mamat indon yg tengah bekerja di depan rumah saya ( rumah yg tengah nak adjust tiang parking kereta ke tepi tu) then dia naik kereta dan terus berlalu.

    Disebabkan rasa TIDAK PUAS hati saya..saya terus turun dan naik motor cari kereta mamat tu. pusing punya pusing last2 jumpa kereta tu di simpang antara jalan 8/2 dgn 8/?..cepat2 saya berentikan motor saya depan kereta dia. Saya suruh dia turun dan saya tanya dia amik apa dr rumah tu?

    mula2 dia tak mengaku..dia kata dia kerja dgn Gema Padu ..bla..bla..bla..rumah tu cuma stor Gema Padu…nak ambil cat dan bla..bla bla lah..kemudian saya tinggikan suara saya saya kata “saya nampak u ambik barang dr rumah tu..saya nak u pulangkan atau saya report Polis dan Gema padu”.

    Tapi semasa saya bertengkar dengan dia..ada seorang suri rumah ada berapa di halaman rumah ( kereta Mazda 5 MPV..tu ..sorrylah bang..lupa saya nama abang..saya terperasan org rumah abg je)..saya kata saya tak pedulik saya nak dia pulangkan barang rumah tu…kemudian ada Indon Gema Padu datang dan bagitau saya mamat tu nama Steven…dia supervisor kat situ..bwh Asmadi atau partner Asmadi kot..

    Saya kata saya tunggu…”saya nak lu pulangkan jugak barang rumah tu”…

    last2 dia surrender dan pergi balik dan pulangkan fius tu….saya bagitau kt dia ” sini banyak kes pecah rumah…gua kalau tau lu yg pecah rumah-rumah ni..gua hentam lu sampai mati”..tergabra jugaklah cina tu..tapi saya dpt ambik gambar kereta dia dgn muka dia dari dekat. Saya ulang 2-3x statement lu kalau lu pecah rumah…….bla bla bla..

    Nama : Steven…
    Kereta : Proton Saga coklat no. BDP 433
    muka dia : ada saya simpan dlm hphone saya.

    tapi sepanjang saya duduk sini ni first time saya jumpa dia ( saya duduk dah setahun lebih)

    Persoalannya:…

    1) even dia supervisor kat situ..kenapa dia terhendap2 masa nak masuk rumah kosong tu?
    2) Kenapa dia mula2 tak mengaku dia ambik fius tu?dia kata tak amik apa2..kemudian dia kata dia ambik cat..
    3) Bila dia dah pulangkan fius tu kenapa dia beri alasan dia nak pakai sekejap kat rumah yg dia tengah supervise sebab dia kata rumah tu tak de fius.
    4)Kenapa dia sorok2 kan fius tu dr pandangan org semasa dia bawak keluar fius tu.

    So saya tak berniat nak perbesar2kan kejadian ini..tetapi…tuan/puan fikirkan lah sendiri…adakah kes pecah2 rumah ni MUNGKIN dilakukan oleh org GEMA PADU sendiri?

    saya tak dptlah nak download muka dia..hp saya ada problem. tapi gambar dia saya ada save dlm hp.

    Sekian.

    • saya bangga dgn tindakan en rahman,sungguh berani…..
      semoga di warisan indah lebih rmai org2 yg seperti ini……….

  26. Salam,

    Saya bakal berpindah ke warisan indan tidak lama lagi.Rumah dah siap dan belum ambik kunci.

    pasal rondaa malam, sekarang dekat rumah sewa saya kami ada buat rondaan malam (2.30am~5am) setiap malam. satu grup 3 orang. sebulan hanya 2 atau 3 kali sahaja. sebab ramai join. so kalau malam tidur awal sikit cth 9pm sure boleh bangun. kalau lebih ramai join, maybe kita kena once a month aaje….. apalah sangat untuk keselamatan family kita…

    lagi satu ada tak sesiapa boleh bagi cadangan kontraktor utk buat grill/plaster ceiling/kitchen cabinet yang bagus dgn harga berpatutan…
    boleh email saya.

    terima kasih banyak.
    semoga penduduk warisan indah akan menjadi satu komuniti yang mesra dan bersatupadu.

    Zul

    • Cadangan untuk jaga start pukul 2.30 am ni pun ok jugak… kita boleh cuba try test… nanti saya akan maklumkan apa2 perkembangan

  27. kepada penduduk kawasan warisan indah…

    saya nak maklumkan, yang saya menyediakan perkhidmatan servis dan baik pulih komputer dan notebook. harga servis berpatutan. khidmat untuk setup wifi pon disediakan. harga berpatutan dan on site servis turut disediakan. (semua perkhidmatan hanya untuk kawasan warisan indah sahaja)

    sebarang pertanyaan, bleh hubung saya 012-2266498(Zul) atau emel di
    bubutlicious[at]yahoo.com

    • – khidmat untuk setup wifi pon disediakan. harga berpatutan dan on site servis turut disediakan.

      Tuan Zul,boleh tak kalau kita cadangankan wujudkan satu wifi untuk persatuan penduduk warisan indah saja,kalau nak online ke @ nak guna wifi ke perlu dapat kan password dari pengerusi penduduk,kiranya kena daftar sebagai ahli persatuan le.ok ke tak?

      • setuju sangat…tapi kalau nak buat wifi kat kawasan rumah kita…kita kena keluar modal sikit untuk beli dan pasang access point, baru buleh dapat signal wireless 🙂 lagi satu salah seorang penduduk kita nih kena la jadik ADMIN untuk server 🙂 dan kita perlukan kelajuan data 2Mbps iaitu streamyx SHDSL berserta load balancer 🙂
        secara tak rasmi kita buleh kenakan yuran sewaan kepada penduduk warisan indah yg mana ingin menggunakan WIFI…apa pon kena ade maklum balas dari penduduk 🙂

        • cadangan di persetujui…115%,barulah jemaah lebih ramai lepak kat luar umah bersama dgn laptopnya.salah seorang penduduk kena jadi admin,sebulat suara telah memilih saudara ruhie sebagai ketua ADMIN…rakan-rakan setuju….?

  28. Saya tertarik tentang alarm system yg dipasang kat warisan indah. Banyak lagi accessories yg boleh dipasang (vibration sensor, G-LOP).

    Next week saya akan dapat quotation utk G-LOP. Ia utk dipasang pada lampu yg mana kita boleh set time pada lampu secara auto. Yg best tu, boleh on/off guna handphone. Sesuai masa kita tiada di rumah. Saya akan maklumkan kat cni bila dah dapat harga tu.

    Kepada yg nak subscribe phone / internet, saya cadangkan ambil pakej Streamyx Combo. RM60 je sebulan. Pastu tambah RM10, boleh call ke fixed line TM free, call h/phone 30 sen/minit. Bleh la guna dengan alarm system tu.

    Kalau nak menarik lagi, setup satu PC/server utk manage alarm system, pasang CCTV, perghh….bleh tgk rumah walau di mana anda berada selagi anda connect to internet.

    Kalau sapa yang dah xplore alarm system ni, bleh la share kat cni yeee….

  29. zul… surau minta tolong servis/format balik komputer sebab kena virus. Ada upah… nanti saya bagitau lain bila kita jumpa malam ni

  30. akum,

    saya mencadangkan pada setiap kali kte membuat rondaan catatan kedatangan dan contacts diambil. bukan ape mungkin dapat memudahkan untuk membentuk kumpulan kecil selain itu kte dapat memaklumkan kepada mereka yang terlibat apabila hendak membuat rondaan.

    saya juga mencadangkan kte promote sedikit rondaan malam ni. mungkin dgn menggunakan banner letak dekat entrance mcm banner untuk perjumpaan dengan polis hari tu. bkn ape mungkin ramai juga yang xtau tentang rondaan malam ni. ada yang tahu ttg blog ni tetapi x ramai yang alert pasal aktiviti nyer

    saya juga mencdgkn untuk rondaan mungkin kte tukar tmpat berkumpul di jalan masuk belakang 8/2. sebab bahagian entrance dah ade guard. jalan masuk kat belakang pon dah ada 3 yang tidak dikawal.

    semua ini just cadangan.

  31. “Satu lagi opsyen yang boleh dipertimbangkan ialah melantik syarikat kawalan keselamatan”

    Patut dan sewajar mempertimbangan cadangan diatas,Alhamdulillah kita dapat mewujudkan satu rukun tetangga.Cuma kita perlu fikikan bagaimana bila tiba musim perayaan cthnya,raya puasa atau chiness new year yang mungkin melibatkan cuti-cuti yang panjang,waktu-waktu begini,yang bertugas adakah akan menjalankan tugas rondaan…just pertanyaan…?

  32. “melantik syarikat kawalan keselamatan”

    Dengan melantik syarikat kawalan tak bermakna kita tak perlu ambil ringan perkara-perkara kecurian ,pecah rumah dan sebagainya.Pembayaran untuk melantik syarikat keselamatan akan dibuat dari kutipan penduduk jalan warisan indah.
    Dengan ada syarikat kawalan keselamatan,kita boleh wujudkan stiker untuk penduduk jalan warisan indah.Kebenaran masuk akan di beri pada yang berstiker saja….opp yang tak berstiker bukan tak boleh masuk cuma ia perlu daftar dahulu di pondok kawalan,kemana?rumah no berapa? mungkin tujuan boleh dimasukkan juga.mungkin dari sini persatuan dah ada satu database yang mana satu-satu rumah tu berapa kereta yang ada? ini cuma satu pandangan dan cadangan mungkin boleh di bawa ke tengah.Apa pendapat kawan-kawan?

  33. cuma yang risau sekarang ialah berapa ramai dari warga warisan indah yang akan melibatkan diri dengan membayar duit kutipan, takut ada yang mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lain yang membayar.
    lagi pula kawasan warisan indah agak luas apabila semuanya siap nanti dari 8/2 hingga ke 8/14 dan mempunyai beberapa jalan masuk. dikawasan saya ini (8/14) baru ada lapan rumah yang diduduki dan kedudukannya agak kebelakang sekali sementara menunggu phase baru siap. Harap-harap semua perancangan dapat meliputi seluruh kawasan kebelakang.

    • salam,

      saya bakal menjadi penduduk warisan indah insyaallah by end of month ni.
      bagi saya, rukun tetangga mmg bagus pasal dpt mengeratkan silaturrahim sesama penduduk.
      Tetapi, bagi org2 yang bekerja macam saya.. pagi pegi keje.. balik dah malam.. dah balik rumah pun..
      sambung lagi keje.. kadang2 hujung minggu pun kene keje.. so.. susah nak join rukun tetangga ni pasal balik
      keje je dah penat sesgt + kalau boleh nak berehat je.

      jadinye.. saya rase cadangan untuk melantik syarikat kawalan keselamatan lagi lebih berkesan untuk menjaga keselamatan
      kawasan kita. buat permulaan ni, mmg la bayaran mungkin agak tinggi kerana tidak ramai penduduk,
      tapi saya pasti lama kelamaan bayaran utk syarikat kawalan keselamatan akan berkurangan
      bila lebih ramai penduduk yang menghuni warisan indah.
      Saya percaya jika penduduk mampu untuk membeli rumah yang harga rm200K keatas, tidak menjadi
      masalah untuk membayar syarikat kawalan keselamatan

  34. Bila kita lantik syarikat keselamatan nanti, saya cadangkan tanggungjawab membuat kutipan diberikan kepada syarikat keselamatan tersebut. Dengan cara ini tidaklah ia menjadi beban kepada Jawatankuasa Penduduk. Dengan cara ini, ia juga menjadi insentif kepada syarikat keselamatan tersebut untuk berkempen untuk mendapat penyertaan seberapa banyak yang boleh supaya banyak dapat kutipan, dan bila banyak kutipan diharapkan perkhidmatan yang diberikan juga memuaskan kepada kita penduduk.

  35. salam,

    Tak sangka sekian lama google jumpa jugak blog rukun tetangga penduduk kota warisan indah. Saya dan family baru hampir sebulan pindah ke Jln. 8/14. So far perkara yg. plg saya concern is security. Sbb currently jln 8/14 ni kwsn rumah plg hujung (kalau tak silap saya, baru 6-8 pintu sahaja yang berpenghuni) dan mengadap lot yang masih dlm pembinaan. Kalau ade cadangan untuk hire mana2 security company utk taman perumahan kita, saya mmg sokong and setuju apa yg abc cadangkan di atas.

    selain tu… apa kata kalau kita just send flyer ke rumah² utk bg tahu kewujudan JBWI ni (ke dah pernah buat b4 this?). So lagi cepat kita dpt respon dari penduduk lagi cepat kita boleh laksanakan idea utk hire security company tu ehehe!

    • Selamat menjadi warga warisan indah diucapkan pada melorr… untuk makluman, penduduk yang dah lama tinggal di sini tahu kewujudan JBWI ni… kita dah pernah buat program besar iaitu taklimat keselamatan bersama polis.. sekarang ni tiap2 jumaat malam, beberapa orng penduduk yang sukarela (ada la 7-8 orang) melakukan rondaan sekitar taman kita termasuk jalan 8/14… tapi hanya hari jumaat dan sabtu je la… JBWI akan edarkan fliers baru pasal rondaan malam ni… tapi tak sempat lagi sebab bos sibuk sikit ….

  36. Assalamualaikum,

    Tahniah kepada yang terlibat menjayakan rondaan kawalan keselamatan.untuk makluman pihak JBWI setahu saya pihak Jmb Megah Villa Apartment juga ada menjalankan rondaan keselamatan.Pada pendapat saya sekiranya kedua-dua pihak dapat bekerjasama mengenai perkara ini akan lebih berkesan.Contohnya jika ada perkara seperti pecah rumah pihak JBWI blh maklumkan kepada pihak JMBMVA pasti bantuan dari pihak JMBMVA akan sampai ke tempat anda.Sebagai warga Kota Warisan saya berdoa dan berharap sangat keselamatan penduduk dan juga harta benda terjamin hendaknya. Harap cadangan saya ini dapat membantu dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita sebagai penduduk di Kota Warisan ini.

  37. Assalamualaikum,

    Untuk makluman pihak JMBMVA dipengerusikan oleh saudara Jamal B Masuri no tel : 017-3687288

  38. Sehingga semalam sebagaimana yang dilapurkan dalam blog ini (muka hadapan sebelah kanan) baru 6 orang beri persetujuan mengambil bahagian membayar untuk kawalan keselamatan. Saya menyeru warga Warisan Indah memberi kerjasama kepada JKWI dengan respons positif secepat mungkin (caranya ada disebut dalam flyer yang diedarkan tempohari) untuk cadangan ini menjadi kenyataan. Ini adalah untuk kebaikan bersama.

    • Bayaran untuk kawalan keselamatan (meaning upah syarikat keselamatan) ke rondaan malam. Kat mane tu dlm blog ni yang ada mention pasal hal ni? Daftar kawalan keselamatan ke?
      Saya rase ade rumah2 yang tidak mendpt flyer psl hal ini (termasuk rumah saya).Minta En.pengerusi masukkan content flyers tu di blog ini. Berminat juga utk join Daftar kawalan keselamatan tu. tq

      • Bayaran yang dimaksudkan ialah jika kita lantik syarikat kawalan keselamatan untuk taman kita, so siapa yang daftar akan kena bayar nanti dan jumlah bayaran bergantung kepada bilangan yang daftar. Yang rondaan tu adalah sukarela. Berkenaan dengan fliers, mungkin ajk2 jalan belum edarkan, tapi apa2 pun terima kasih atas respon. Nanti saya akan publishkan surat edaran tu. tq

  39. Nak share mengenai pemasangan G-Lop. Rumah saya baru je pasang mende tu. Bleh control on/off lampu guna handphone (sesuai kalau balik kampung). Kalau dalam rumah bleh guna remote. Harga satu RM100.

    Cuma nak xplore lagi function on-demand (cth: automatic on lampu pukul 6 pagi).

  40. saya akan menghuni di 8/6 tak lama lagi…dari perhatian saya ketika tengok rumah masa renovation, banyak maid-maid kita ni leka berborak dengan pekerja indon, bangla etc masa kita sibuk kat pejabat…kepada suri-suri yang perasan benda ni, please la report kat majikan diorang…bukan apa, waktu dia borak entah apa jadi kat anak-anak kita kat dalam rumah….takut dia bawak geng masuk rumah lagi la haru…bukan nak menyibuk hal tetangga tapi untuk kemaslahatan anak-anak kita juga…

  41. bagus jugak glop nih. bila bukak lampu dapur lampu luar tu nyala, tutup je terus je padam. tp bila set nyala kul 6 pagi tak nyala plak. apa kene tah…kene test lagi nihh…..

    ada sapa-sapa pasang water pump utk satu rumah? psal air kat bilik air slow sgt, bilik bawah ok je (mungkin sbb direct pipe). kalau bleh share la info kat cni…

    nak mohon jugak tuan moderator kalau bleh bukak satu lagi topic, house & renovation, bleh la kita share info yg sewaktu dgnnya…

  42. Salam semua. Sajo nak tanya kalau tuan pengerusi ado list nama and hp no penduduk kat sini senang nak contact kalau ado emergency or something very urgent untuk tuan rumah
    terima kasih

    • List tu memang ada tapi masih tak menyeluruh lagi… cuma tak boleh nak publish umum kat blog ni… sapa2 yang nak no tepon jiran boleh contact saya

  43. Assalamualaikum,

    Untuk pandangan dan respon warga WI, saya dari 23, 8/4 WI telah bercadang membuka TASKA di kawasan warisan indah kita ini. Jadi apakah pendapat saudara/i sekalian?

    • OK ja pn nazrin…. taska pun belum ada lagi kat WI ni… saya pasti ramai yang akan hantar anak termasuk dari sebelah sana Kota Warisan… yang penting servis ok

    • Saya juga alu-alukan hasrat puan tersebut…tapi yang paling penting kena jaga kualiti dan sukatan pelajaran kena up to date…bukan apa, ada taska kat tempat kerja saya cuma ajar nyanyi…menari…eja simple word pun tak boleh…

      Saya ada dua orang anak yang dalam tahun depan maybe nak anta TASKA…kalau puan buka TASKA area sini memang best la…

  44. Nazrin,

    Dialu-alukan, tapi ade daycare skali tak? Saya tgh carik daycare yg. menggunakan pendekatan Islamic dan english tapi kat K.warisan tak tahu kat mane. Skang saya hantar anak ke Kidzone aje dulu. Tak ramai sgt dan tempatnya selesa.

  45. Idea yg baik kalau bukak taska…so anak2 kita bolehlah bergaul dan mesra.

    Buat masa ni saya masih ada maid so mungkin taklah hantar anak ke sana..

    Kalau boleh ada taska yg islamik lagi bagus…cariklah franchise2 yg ada islamik ni

  46. Salam…

    Apakah tindakan yang kita boleh laksanakan untuk memastikan pemandu kereta memandu dengan berhemah? Diorang tak tahu ke ini kawasan perumahan, bukannya highway memandu laju tanpa memikir keselamatan bersama.

  47. Salam..

    Kepada semua penduduk warisan indah yang prihatin…

    just nk untuk kita fikir kan bersama..

    kepada penduduk yang mempunyai banyak kereta, kalau nak parking tu pikir2 lah jiran kita yang lain.. tak salah nak beli kereta banyak kalo dah mampu.. tapi time parking tu tolong la jangan sampai menyusahkan penduduk yang lain…. consider la perasaan jiran-jiran.. bukan nya kte duduk kat flet nak main parking first come first serve. bagi la space kat jiran-jiran yang lain. kalau mampu beli kereta sampai 4, 5, 6 buah ,t beli la rumah lagi sebuah, bloeh buat parking sumbat sampai 10 keta dalam rumah terus. lagi satu pemandu kereta yang sengal. ni kawasan perumahan bukan track race kereta.. nak pandu kereta laju2 sampai rumah ada checked flag ke? dapatnaik podium dengan trofi pemandu paling laju kawasan perumahan? fikir2 la sket..maaf la kalau mesej ni agak kasar sedikit. tapi lebih baik daripada tindakan kasar. tapi ini hanyalah sekadar pesanan dan teguran kepada yang terasa.

    • itulah… mohon kerjasama penduduk semua supaya memahami hidup berjiran… kita nak duduk di sini lama (sampai matila kot)… so bertimbang rasa sesama kita.. kalau jiran bermasam muka… tak sedapla….

  48. Salam semua…saya ingin bertanya sekiranya ada sesiapa yang mempunyai no. telefon org potong rumput? Thank u …

    • ifa… selalunya pemotong rumput akan round sekeliling taman kita ni… Sabtu Ahad memang selalu dieorang dok round dok cari rumah yang nak potong rumput… weekdays pun kekadang ada gak…

  49. Salam…..
    Saya gembira melihat blog warisan indah semakin mendapat sambutan dan menjadi wadah komunikasi yang berkesan. Tahniah….ada x apa2 maklumat sape2 pddk warisan indah yg masuk hosp sebab jangkitan H1N1? kalau ada sudi2 lah berkongsi sbb buat masa ni anak sy dh 5 hr berada di wad hosp ptrjaya sbb demam dan ada asma. tq.

  50. just nak bagi cadangan.. Sebab ramai yang komplen pasal kereta laju kat kawasan perumahan kita ni. Apa kata kalau setiap rumah kat setiap lorong share dalam RM50 untuk beli barang & upah pekerja indonesia kat KW buat bump kat jalan/lorong masing2..banyak taman perumahan ditempat lain amik initiatif sendiri camni..takkan kita nak komplen je tanpa buat sesuatukan…nak harapkan MPS/GP buat tak tau la bila.

    • Bole tu bole en Zaidi tapi kira salah dari segi perundangan… kalau ada penduduk yang buat aduan, MPS akan datang korek bump tu nanti… ni ikut pengalaman saya masa kat Nilai dulu la… MP Nilai datang buang bump yang dibuat oleh seorang penduduk depan rumah dia…

      • Tolong la jangan buat bump. Menurut kajian kat Europe, bump menyebabkan jangka hayat kereta berkurang kerana ia memberi kesan kepada sistem brek, suspension dan enjin kereta.

        Saya cadang kalau anak-anak main kat depan rumah, ibubapa tolonglah awasi. Jangan harap sangat kereta/motor nak perlahan. At least kalau kita ada kat situ, boleh la sound pada driver yang bawak laju.

  51. saya rasa x erlu kte buat bump.. 1 st kte letak tanda amaran or speed limit. kalo x paham juga sape2 yang nampak ambil je gambar kereta and post kan dalam blog ni mungkin ade rase segan skit pas tu. 2nd ibu bapa pon kene jaga anak2. sebab kekadang budak2 main basikal ke ape ke diorg ni lalai jugak. so sama sama kte beringat.

  52. Sepatutnya pemaju perumahan menyediakan taman permainan (kalau ada padang bola lagi bagus) untuk penduduknya…tapi kat area Warisan Indah ni tak nampak pulak mana gazet areanya

  53. Nak tau perkembangan zakat fitrah 2009 di Kota Warisan ?. Layari :

    suraualhijrah.myportal.my/lang=my&cat=1&id=4&mnu=4

    Portal masih dalam peringkat percubaan.. Terima kasih.

  54. Gema Padu

    saya cadangkan tuan moderator ujudkan satu tab untuk Gema Padu/Developer untuk kita syer ketidak puashatian dan masalah kita dengan dia.
    dengan berkongsi permasalahan tersebut kita tahu cara mana nak handle Gema Padu ni

    thanks/rgds

  55. Salam Sejahtera semua,
    Saya serta jiran saya En Aziz, ada berbual lewat malam tadi dan ingin mencadangkan penubuhan sebuah Koperasi untuk penduduk di Warisan Indah ini, dimana ahlinya terdiri dari penduduk di kawasan kita ini. Dengan adanya koperasi ini kita dapat mempelbagaikan activiti disini bagi faedah ahli-ahli dan diantaranya seperti menubuhkan sebuah kedai serbanika atau kedai runcit dan dimana ahli-ahli akan dapat membeli barangan keperluan rumah dan dapur pada harga diskaun dan kalau boleh kalau tak murah banyak, murah sikit pun tak apa, dan sebagai koeprasi keuntungannya kemudian akan dibahagi kepada ahli koperasi sepertimana koperasi-koperasi lain.
    Saya juga difahamkan terdapat berbagai peruntukan yang disediakan dibawah akta koperasi, terutamanya didalam bidang perniagaan yang mana manfaatnya akan dinikmati oleh seluruh penduduk warisan indah yang berdaftar sebagai ahli.
    Saya pasti ada penduduk dikalangan kita ini yang berpengalaman menjalankan aktiviti koperasi, tujuannya bukan untuk mengaut untung yang banyak, tetapi lebih kepada memberi faedah kepada ahli-ahlinya, daripada kita membayar lebih di pasaraya-pasaraya besar, lebih baik disalurkan kepada kdai koperasi kita dan disamping itu dapatkan sedikit pulangan ynag dapat digunakan untuk kebaikkan seluruh penduduk.
    Bunyi macam senang, tetapi jika ada ynag bersetuju, saya pasti ini akan jadi kenyataan, penduduk semakain ramai, cuba bayangkan kalau satu rumah mencarum sebagai ahli dan membayar dalam RM500 X 1000 rumah = RM 500,000.00, banyak tu…macam-macam boleh buat untuk berniaga, bukan setakat kedai runcit aja, macam-macam kedai untuk kemudahn penduduk warisan Indah…..
    Macam mana? Siapa-siapa yang berminat untuk menguruskan kedai runcit itu nanti….order barang melalui internet, mesti canggih…

  56. Salam sejahtera…

    Ade tak sesiapa pernah gunakan khidmat Inspector building check rumah masa ambil kunci ? Selalunya inspector ni akan check defect kat rumah. Kawan2 saya ade memberitahu saya bahawa selalunya inspector ni akan deal dulu dengan developer dan bagi report semua ok dan mengatakan tak de ape ape. Tolong beri pendapat

  57. aritu sy pg jupe pemaju n ty pasal hidden cost yg perlu sy byr untuk dptkan umah. mcm biasa kena booking RM5K (pulang blk)…tp ada satu fee yg sy kurang jelas iaitu fee duty stem of MOT (harga umah RM283k: stem duty MOT RM6K)…bila saya rujuk laman web Pinjaman Perumahan, just kena dlm RM4.5K jer…dan mmg ada ke duty stem MOT ni?

  58. Khas untuk Penduduk Warisan Indah…

    GEGAR PUTRAJAYA!!! Jemputan Eksklusif & Percuma Ke Preview Program Usahawan E-Pendidikan SCORE A Pada hari Rabu – 24th Feb 2009 8:45 Malam bertempat di Blok Kelab Tingkat 1, Pusat Kejiranan Presint 16 (Dekat Alamanda). Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sila reply untuk RSVP (kidscorea@gmail.com). Tempat adalah terhad!!!! 100% Syariah Compliant.

  59. Untuk makluman Semua Penduduk Kota Warisan Terutama Warisan Indah 8/4. Satu Blog dalam facebook telah diwujudkan untuk menyampaikan @ menyalurkan maklumat mengenai Aktiviti Warisan Indah @ Lorong Warisan Indah 8/4.

    Taipkan :Warisan Indah 8/4

  60. kenapa tak wujudkan ruangan rumah untuk disewa atau dijual di lam web ini…mgkin boleh memudahkan warga yg sedang menyewa untuk beli rumah di kawasan yg sama sbb rumah yg disewa tak semestinya mahu dijual

  61. Salam,

    Mohon kalau ada sesiapa yang tahu rumah untuk di sewa di kawasan warisan indah or kota warisan. mohon reply kepada threds ini.

    TQVM

    • cuba call no ni: 013-2061007 atau 012-6162005. 2-2 rumah ni di warisan indah 8/2. Tuan rumah yang berbeza tu.

    • dah dengar RMAF nak pindah sini… tabung haji pun nak pindah sini… tak lama lagi kota warisan ni jadi macam kat Subang…

  62. Minta pendapat..
    1.Apa tindakan/perkembangan terkini berkenaan pembesaran kuil di warisan indah..
    Bagaimana ianya dibesarkan sedangkan tiada dalam master plan GP..
    2. Surau tak ader dlm master plan camner ni..
    3. Taman Permainan kanak2 juga tiada..
    Saya amat terkejut dengan keadaan ini..
    Saya baru membayar deposit untuk membeli rumah di warisan indah..

    • en fendi… isu kuil tu JBWI dah utarakan kepada pemaju dan juga MPS… kami dah tanya pemaju… depa sendiri tergagap2 nak jawab sebab kuil tu memang takde kelulusan walaupun dibina dengan cantik… pemaju pun tak boleh buat apa2 (ye la nak buat apa sebab depa sendiri yang tolong bina)..

      MPS pula tak bole bertindak apa2 sebab isu kuil akan jadi isu perkauman… cuma kita harap agar pihak pengurusan kuil juga sensitif dengan penduduk. Kita minta tapak surau secara bersurat, pemaju tak layan… bangang betul la pemaju Gema Padu.. yang kuil tu bagi pulak…

      taman permainan pun takda sebab pemaju gema padu ni pemaju yang gila babi.. tau nak untung ja… tak reti nak jaga kebajikan penduduk… JBWI sejak dari mula lagi warisan indah dibuka dok minta benda2 ni… sampai la ni tak layan… hampeh

  63. Isu kuil ni saya dah adukan kepada MPS. Mereka jawab, Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam telah memutuskan untuk mengekalkan kuil tu di situ SEHINGGA pihak pemaju mendapatkan tapak yang lebih sesuai.

    Kalau dilihat dari jawapan yg diberi, tapak tu bukan kekal. Tapi persoalannya, adakah GP akan memberi tapak yang baru sedangkan bangunan tu dah dibesarkan serta dicantikkan? Saya rasa tidak.

    Jadi untuk mengukuhkan bantahan kita sebagai penduduk di sini, saya sarankan supaya En. Fendy dan sesiapa juga untuk menyuarakan bantahan kepada MPS atau mana2 badan kerajaan. Sebab utama adalah tapak kuil tersebut tiada didalam pelan asal sewaktu kita membeli rumah dan ini boleh dikira menipu pembeli. Cuba tanya masyarakat cina atau India, kalau ada tapak surau bersebelahan rumah yg nak dibeli, adakah mereka akan tetap membelinya untuk tujuan menghuni?

    Saya rasa tiada kena-mengena dgn isu sensitif atau tidak. Persoalannya adakah WAJAR kuil tu berada di situ sedangkan penduduk di sini rata2nya masyarakat Islam.

    Satu lagi ada perasan tak (kepada yg dah lama tinggal disini) kuil hindu kecil yg berada dekat dgn kilang KFC di jalan utama berhampiran Kota Warisan ni dah takde. Saya syak kuil tu ditutup dan disatukan dgn kuil haram ni. Bermakna kuil haram ni boleh dipindahkan cuma GP yang tak nak pindahkan. Kenapa tak diberi je tapak yg berhampiran kilang KFC tu? Takdelah mengganggu sesiapa di sana. Ini menunjukkan GP ni selfish dan tak hiraukan pembeli rumah yang secara langsung telah menampung kekayaan mereka ni.

    • Rasa menyesal pulak beli rumah kat Kota Warisan ni. Dahla surau pun takde, pastu akan berjiran pula dengan pengkalan udara TUDM. mesti hidup kita tidak akan tenang dan tenteram seperti yang kita idamkan. hampehhhh.

    • sebenarnya projek rumah kedai kat KFC tu gema padu punya juga, sebab tu dia robohkan kuil kat sana, supaya dia senang nak jual rumah kedai tu kot

  64. Setahu saya, pengkalan udara TUDM tu tidak akan ada landasan kapal terbang. Tapi tak tau le kalau last minute tukar rancangan.

  65. En Din,
    Jangan menyesal, kita gunakan kuasa apa yang kita ada ntuk memastikan investment yang kita buat ini yang sebaik mungkin.
    Mungkin nilai harta kita akan bertambah dengan adanya perbagai kemudahan dan keperluan dimasa akan datang.
    Bila harga dah naik, kita juak dan kita cari pulak tempat yang lebih aman semula….lagi jauhlah rasanya,tapi rasanya lambat lagilah, entah kita sempat merasanya atau pun tidak.

  66. Saya rasa apa yang En Norazhari cakap tu ada benarnya..secara logiknya kawasan tu dekat dgn kapal terbang turun & naik..jadi takkan nak buat landasan untuk RMAF lak kan…tapi itu based on logik pemikiran je la

  67. Warisan Indah ada beberapa orang penghuni yang kerja dengan MINDEF… mungkin kita boleh dapatkan maklumat daripada depa…

  68. Saya Azril, bakal duduk @ jalan 8/4

    Cadangan untuk keselamatan
    ————————————–
    Menggunakan Webcam seperi Microsoft HD ( RM300 at lowyat ) dan dipasang 24jam dan gunakan router Streamyx untuk akses ke camera menggunakan konsep live streaming . Tapi keburukannya, kena on pc 24/7 dan juga tiada fungsi auto capture on movement. Tapi kebaikannya, murah dan boleh akses by internet dan lag dalam 5 secs

    Jadi katakan setiap rumah menggunakan teknologi yang sama, saya boleh buat satu portal di mana kita boleh view camera feed mengikut lokasi rumah. Akses ke portal tersebut hanya penduduk berdaftar sahaja.

    Perkongsian Wifi
    ———————————
    saya sedang membangunkan sistem perkongsian wifi, http://www.facebook.com/group.php?gid=124079334282091&ref=ts

  69. Assalamualaikum.

    Tahniah kepada JBWI kerana mengambil inisiatif untuk megelola blog ini untuk kebaikan penduduk warisan indah seluruhnya.

    Memang tidak dinafikan, blog seperti ini sangat berkesan untuk membuat pengumuman umum dan aktiviti penduduk setempat disamping pertukaran pendapat sesama penduduk.

    Namun simpanan dan susunan blog (blog limitation) tidak dapat menampung segala informasi yang mencurah-curah setelah beroperasi sekian lama.

    Bagi saya yang baru pertama kali melawati blog ini, terlampau banyak data yang saya perlu proses dan hampir semuanya padat dengan informasi tentang komuniti kita.

    Saya syorkan kepada En. Irwan supaya kita pindahkan Komuniti kita ini ke forum yang lebih sistematik dan mudah untuk dikemudi. Saya menawarkan diri untuk membantu untuk menyelenggara forum itu untuk kebaikan kita bersama.

    Sila layari http://warisanindah.proboards.com/index.cgi untuk melihat potensi menggunakan forum online ini. En Irwan masih menjadi moderator dan tiada kos dikenakan untuk menggunakan khidmat forum maya ini.

    Saya harap, pihak JBWI dapat menimbang saranan saya ini supaya kita dapat menampilkan komuniti yang lebih berinformasi dan berinteraksi.

    Terima kasih.

    • khairil… sebarang bantuan amat dialu2kan… nanti hubungi saya untuk bincang… saya waktu malam free insya Allah

    • Saya pun setuju ja…. dok tunggu en khairil contact saya…. tunggu2 punya tunggu terlupa lak saya cadangan dia tu…

      so en khairil boleh proceed tak forum tu…. bole bantu gak… saya pun kurang arif sikit tekonologi ni

      • Forum tu sebenarnya dah beroperasi.
        Yang tinggal cuma members registration.

        Forum ini mempunyai fungsi-fungsi seperti pangkat ahli (Pengerusi, AJK, Jiran Tetangga, etc) , Penambahan, pengurangan topic, Private Message (PM) dan sebagainya

        Tuan pengerusi cuma perlu register disana dan saya akan sediakan pangkat pangkat itu secara automatik.
        Sekiranya tuan pengerusi mahu melakukan apa2 tambahan, pengurangan dan sebagainya, tuan pengerusi boleh PM saya dan saya akan melaksanakannya (contohnya ahli AJK telah register, jadi saya perlu updatekan pangkatnya).

        Jangan risau, saya memang pakar dalam administrasi forum, jadi tuan pengerusi dan ahli lain boleh berinteraksi dengan lebih senang dan “worry free”.

        • Saya sudah memulai beberapa topic dan poll untuk melantik Security Guard dan sebagainya.

          Kita boleh keep track apa pendapat penduduk setempat tentang cadangan itu untuk mengelakkan dari cadangan itu terkubur terus.

          Minta penduduk setempat dapat menyuarakan pendapat di warisanindah.proboards.com

        • en. khairil… boleh tak kita jumpa bila2…. kalau bole malam weekdays.. msg saya bila free.. tq

  70. salam, saya bercadang utk membeli rumah diwarisan indah ni, tpi bila baca blog ni mcm byk pulak problem di area ni…mcm pecah rumah, lori2 haram, anjing liar, bunyi bising, debu…sya penah pegi sekali ke perumahan ni,,dan saya berkenan dgn reka bentuk die dan harge pun berpatutan…soalan saya, adekah kualiti rumah di sini ok dan bagaimana dgn masalah2 di atas..adekah berkurangan atau di tahap yg sama..sbb saya agak bimbang utk meninggalkan anak kecik saya dgn maid saja di rumah…
    skrg sya tinggal di kondo, yg mempunyai due sistem security…mencari rumah yg bertanah utk kesenangan dan keselamatan anak2 membesar disamping mencari ketenangan jauh dri bandar. Adakah ini bole saya dpt di warisan indah…?

  71. Pn Julie……….salam, tentang pecah rumah lately ni dah tak kedengaran.

    Lori2 haram tu dah beroperasi semula cuma tak sekerap dulu dan debu tu biasa le kalau tinggal di kawasan yg belum membangun sepenuhnya.

    Tentang kualiti rumah lebih kurang mcm beli kereta la. Kekadang model sama tapi ada yg dpt with defects yg banyak, ada yg takde defect langsung.

    Kejiranan pun okay di sini. Jiran tetangga mengambil berat akan kebajikan jiran2 yg lain. Saya sudah biasa tinggal dikawasan kejiranan yg mempunyai semangat kejiranan dan saya agak happy tinggal disini.

    CUMA….satu je masalah besar yg saya hadapi disini. Pemaju yang mudah lupa kepada pelanggan yang sudah memakmurkan projek mereka. Sebelum beli layan mcm raja, bila dah beli layan mcm raja juga….cuma mcm raja gopal le. Banyak kena bertengkar dgn pemaju ni. Setiap masa kena guna taktik kuku besi…kalau tak takkan jalan. Cakap baik tak mahu dengar.

    Terus terang saya tak pernah jumpa pemaju mcm ni yang seolah2 tak tahu the core of any business is having clients……satisfied clients. Mereka mcm tak sedar yang the best publicity adalah menerusi word of mouth.

    So Puan Julie boleh timbang sendiri la samada nak beli atau tidak. Mungkin pemilik rumah lain ada cerita mereka sendiri yg boleh dikongsi untuk pengetahuan Pn Julie.

  72. pn julie….saya br jer dok kat sini…disini saya dpt ketenangan compare tinggal kat town kl tu…cuma jauh sikit jer…tp org mcm saya yg keje kl tak de masalah…kalau puan keje area klcc boleh guna MEX…cuma ambil masa 30 minit sampai tol ke-2. Lepas byr tol tu jam la sikit tp tak lama..Keadaan trafic ke tempat lain saya tak tau lak..
    Berkenaan dgn condition rumah spt yg dikatakan en murtaza.Kalau ada rezeki baik mcm saya tak byk defect.Yg sakit ati bila dpt rumah yang byk defect.
    Kalau puan compare ngan location kajang @ semenyih @ dll saya rekemen kat better duduk kat sini.Saya dah survey kat location kajang, semenyih, bangi walaupun ada BESRAYA @ KAJANG SILK namun still jam teruk.Berkenaan cari tempat nak makan luar rasanya tiada masalah…Cuma susah sikit nak pi hypermarket samada nak pi Carrefour Putrajaya, Giant Bandar Putra Permai @ pi Nilai…Overall ok bg saya

  73. Pn Julie….saya dh hampir setahun dok sini…..pandangan saya ok….mendamaikan…mslh anjing tu….xlah truk sangat….kena pastikan tempat sampah dpn rumah tertutup…..kaalu tak hbis diselongkarnya……mslah rumah….nasib la ….rumah sy adalah keroskan tapi taklah teruk saangat…..cuma GP mmg lambat bebenor nk wat keje kalau report……

  74. Salam…
    Nak minta pandangan tentang meter letrik kat dpn pagar rumah WI ni…..macam tak selamat lak rasanya…..sbb mudah utk dipecahkan…btul tak…apa akan terjadi kalu ada berniat jht pecahkan tmpt meter tu…..

  75. Saya minta agar cadangan penduduk mengenai sekuriti dan gated community disegerakan. kita boleh mulakan dulu dengan penduduk yang bersetuju sebab benda ini akan menghasilkan “domino effect”. i.e penduduk yang mula mula tidak bersetuju akan turut serta perlahan lahan kerana kebaikan dari program ini.

  76. Assalamualaikum;

    Saya mohon pandangan tuan/puan berhubung kadar cukai pintu yang dikenakan oleh MPS bermula Januari 2011. Pada hemat saya, kadar yang dikenakan amat tinggi dan tidak berpadanan dengan keadaan perumahan kita sekarang ini. Cukai pintu pada dasarnya, dikenakan berdasarkan nilai hartanah dan caj-caj perkhidmatan Majlis Perbandaran ke atas sesebuah kawasan spt sampah, landskap, lampu jalan dsbnya.

    Apa yang saya pertikaikan di sini adalah, kadar RM650 setahun adalah terlalu tinggi bagi sebuah kawasan perumahan seperti di Kota Warisan ini. Jika dibuat perbandingan, USJ 3 (Subang Jaya) hanya dikenakan RM333 setahun bagi teres 2 tingkat, Pinggiran Putra di bawah MPS juga (Malay Reserved Land) cukainya RM580 setahun dan nilai hartanahnya jauh lebih mahal dari KW, Denai Alam (Shah Alam) yang saya rasa lebih kurang macam KW hanya dikenakan RM336 oleh MBSA…kalau kita lihat perkhidmatan dan infra di KW ni, adakah kita sudah berpuas hati?

    Saya telah hubungi MPS dan salah seorang pegawai memaklumkan agar kita sama-sama buat bantahan atas kadar cukai yang dikenakan….mungkin juga perlu perjumpaan MPS dengan penduduk bagi mencari titik persetujuan kadar tersebut. Saya sekadar memberi pandangan, jika kita setuju dengan kadar sekarang maka tak perlulah kita buat bantahan…jika kita tak setuju, maka perlulah kita sama-sama usahakannya.

    Salam hormat dan terima kasih.

    • Tuan,

      Bantahan dibuat secara kumpulan atau individu? saya rasa secara individu kan? tapi mungkin fakta-fakta yang kita dpt cth: salinan bil cukai taksiran taman-taman lain boleh dikongsi bersama-sama.

    • Wa alaikumussalam

      Saya bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh tuan. Saya berpandangan bahawa kadar cukai pintu yang dicadangkan adalah terlalu tinggi. Saya sokong cadangan supaya buat bantahan kepada MPS berhubung dengan perkara ini. Kalau buat bantahan secara individu, memang x dilayan. Kalau buat ramai2, mungkin diorang akan dengar.

      Selain daripada itu, saya juga mencadangkan agar perkara ini dibawa kepada perhatian EXCO yang berkaitan. Kalau tak silap saya, semasa berkempen pilihan raya umum 2008 yang lalu, salah satu perkara yang dijanjikan ialah menurunkan kadar cukai pintu. tapi ini bukan nak diturunkan, tapi dah dinaikkan. Kalau naik sikit2 tu, kita bolehla terima. tapi kalau dah banyak2 sangat, nampak mcm nak menindas kita plak.

      Apa2 pun saya sokong agar bantahan dibuat kepada MPS mengenai perkara ini.

      Wassalam.

    • Saya juga mempunyai pandangan yang sama. Tiada sebarang kemudahan yang memungkinkan kita membayar sebanyak RM650.00 setahun kepada MPSepang. Yang ada hanyalah tiang lampu yang sebahagian lampu jalannya tidak berfungsi. Tiada sebarang kemudahan awam seperti kawasan rekreasi, taman permainan dan seumpamanya. Pungutan sampah juga tidak mengikut prosedur yang sewajarnya. Sebahagiannnya masih lagi dikendalikan oleh lori hantu pemaju. Yang ada hanyalah kuil haram yang mana MPSepang tidak mampu berbuat apa-apa. Jalan masuk ke rumah yang bertampal disana dan di sini tidak memungkinkan kita membayar seperti yang ditaksir oleh MPSepang. Samalah-samalah kita membuat bantahan kepada MPSepang. Cukai yang perlu dibayar harus menggambarkan perkhidmatan yang disediakan oleh PBT. Kalau setakat pandai kutip cukai tetapi tiada sebarang perkhidmatan yang diberikan, tiba masanya untuk penduduk memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja sama ada Ahli Majlis atau juga kerajaan itu sendiri.

    • BERIKUT SAYA SERTAKAN SURAT KEPADA MPS UNTUK RUJUKAN TUAN/PUAN SEMUA….MOGA2 IANYA MEMBANTU:

      Tuan Mohd Sayuthi Bin Bakar
      Yang Dipertua Majlis
      Majlis Perbandaran Sepang
      Persiaran Semarak Api, Cyber 1
      63200 CYBERJAYA
      SELANGOR

      PE: NOTIS PINDAAN SENARAI NILAIAN (SEKSYEN 144)-
      Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

      Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas dan surat jabatan tuan rujukan 080305160800018 bertarikh 21 Disember 2010 adalah berkaitan.

      2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kecekapan Jabatan tuan dalam melaksanakan penilaian ke atas kawasan perumahan di Kota Warisan (KW) dan perkhidmatan yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPS) selama saya mendiami KW sejak setahun lalu.

      3. Walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan, saya selaku pemilik hartanah seperti alamat di atas terkilan dengan penilaian yang telah dilaksanakan oleh pihak tuan. Untuk makluman tuan kadar yang dikenakan ke atas rumah yang saya diami adalah sebanyak RM635.04 setahun. Oleh yang demikian saya ingin membuat bantahan berdasarkan beberapa justifikasi yang saya akan terangkan lanjut seperti di perenggan yang berikut:

      (a) Perbandingan dengan cukai di kawasan berdekatan: Kadar yang dikenakan agak tinggi jika dibandingkan dengan kawasan perumahan di sekitar Sepang. Saya sendiri ada membuat kajian secara rawak dengan kawasan berdekatan seperti di Desa Pinggiran Putra yang dikenakan cukai dalam lingkungan RM560++ yang mana nilai sewa dan hartanahnya lebih tinggi dari KW walaupun ianya berstatus Malay Resrved Land. Begitu juga dengan USJ3/USJ4, Subang Jaya yang mana nilai sewaan rumah dan hartanah jauh lebih tinggi dan hanya dikenakan Cukai Pintu sebanyak RM333++ setahun oleh MPSJ. Saya ada menghubungi Jabatan Penilaian MPS dan dimaklumkan kadar yang dikenakan adalah berdasarkan anggaran sewa rumah di kawasan KW. Saya berpendapat, ianya kurang tepat kerana jika dibuat perbandingan dengan Desa Pinggiran Putra, untuk mendapatkan penyewa/pembeli hartanah di KW agak sukar dan kadarnya juga rendah.

      (b) Hartanah untuk tujuan kediaman: Untuk makluman tuan, hartanah yang dibeli pada tahun 2007 merupakan untuk tujuan kediaman kami sekeluarga dan bukan untuk tujuan komersil dan berbentuk keuntungan peribadi. Kami sekeluarga memilih untuk mendiami kawasan KW kerana ianya berdekatan dengan tempat kerja di Putrajaya dan ianya mampu dimiliki. Kami juga memilih KW kerana beranggapan kadar/cukai oleh MPS tidaklah setinggi yang dikenakan di Putrajaya dan agak membebankan perbelanjaan kami sekeluarga sekiranya kami memilih untuk tinggal di sana.

      (c) Kadar berpatutan dan munasabah dan setimpal dengan perkhidmatan yang akan MPS berikan: Saya dengan rendah hati memohon jasa baik jabatan tuan membuat semakan semula ke atas kadar cukai yang dimaksudkan dengan mengambil kira kemampuan penduduk. Kadar yang berpatutan dan munasabah amat perlu bagi menjamin kebajikan penduduk selaras dengan hasrat Kerajaan yang ingin mewujudkan pentadbiran telus dan berkebajikan. Sebagai penjawat awam juga, saya memohon agar kadar yang akan dikenakan nanti semestinya setimpal dengan perkhidmatan yang akan dibekalkan kepada penduduk KW agar ianya tidak dipertikaikan di kemudian hari kelak. Masalah anjing liar, pembinaan rumah ibadah tanpa kebenaran, jalan di kawasan perumahan yang rosak teruk, banjir kilat dan kesesakan lalulintas di simpang Dengkil perlu diambil perhatian serius oleh MPS bagi menghindarkan penduduk mencari jalan mudah membuat aduan kepada pihak yang tidak sepatutnya dan mempunyai agenda tersendiri yang sudah pastinya akan menyukarkan pentadbiran Jabatan tuan.

      4. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih di atas pertimbangan dan kerjasama yang akan diberikan oleh pihak tuan. Saya berharap agar permohonan saya ini diberi perhatian sewajarnya dan selamat maju jaya kepada tuan dalam menerajui kepimpinan di MPS.

      Sekian, terima kasih

  77. Saya setuju. Saya ingatkan saya sorang je yg dapat kenaikan cukai itu.
    RM8++ tidak setimpal dgn kemudahan yg saya terima.
    Sertakan saya dalam bantahan itu.
    Terima kasih kerana menyuarakan hal ini dan sumber rujukan yg tepat.

  78. Salam,
    Berkenaan dengan notis kenaikan cukai taksiran daripada MPS, ada cadangan untuk buat bantahan? Maybe boleh buat collectively. Antara point-point untuk bantah adalah seperti berikut (ada juga tanggungjawab pemaju tetapi MPS boleh main peranan)
    1) Tiada taman rekreasi untuk penduduk Warisan Indah seperti padang bola dan tempat untuk beriadah (dalam jarak berjalan kaki).
    2) Tiada pasar atau kedai dalam kawasan Warisan Indah.
    3) Kemudahan persekolahan berhampiran (Kota Warisan lama) hanya setakat sekolah rendah.
    4) Tiada kemudahan bas pengangkutan awam untuk ke destinasi berhampiran.
    5) Kualiti air yang rendah.
    6) Keadaan keselamatan yang kurang menyenangkan disebabkan anjing-anjing yang berkeliaran tidak tentu masa di kawasan Warisan Indah.
    7) Jalan utama yang pecah, kemungkinan diakibatkan oleh lori berat keluar-masuk bagi menyiapkan pembinaan fasa yang belum siap.
    8) Lampu jalan yang tidak berfungsi (tidak menyala) disepanjang jalan utama pada waktu malam.
    9) Pengurusan sampah oleh pemaju yang sambil lewa; sampah kadangkala hanya dikutip selepas satu minggu (dikutip setelah aduan dibuat).
    10) Kesukaran berkomunikasi menggunakan telefon bimbit kerana masalah ‘coverage’, dimana bagi sesetengah talian hanya berfungsi apabila berada di luar rumah atau di tingkat atas rumah.
    11) Pembangunan di kawasan Warisan Indah yang belum siap sepenuhnya menyumbang kepada kualiti udara yang rendah, pencemaran bunyi dan kelonggaran keselamatan.

    • Saya telah menghantar surat bantahan bagi pihak diri saya kepada Jabatan Penilaian, MP Sepang jam 3.45 ptg 27 Disember 2010.

      • Salam semua

        Tolong hantarr bantahan kat MPS secepat mungkin. Saya dah hantar. Due date 15 Jan 2011. Biar MPS terima byk bantahan baru diorang pertimbangkan kalau tak bayarlah apa yang stated kat surat tu.

      • Menurut pengalaman sebelum ini dimana apartment saya di taksirkan cukai sebanyak RM3++ di Kajang, Jabatan Pengurusan Bersama telah mengambil inisiatif untuk mengumpul semua surat bantahan dan menghantar ke Majlis Perbandaran Kajang. Alhamdulillah, okay je.
        Yang penting, kena ramai yg mengemukakan surat bantahan. Bukan satu dua rumah saja.

        • Ab Aziz Bin Mamat
          25 Jalan Warisan Indah 8/14
          Kota Warisan
          43900 Sepang

          27 Disember 2010

          Yang Dipertua
          Majlis Perbandaran Sepang
          Persiaran Semarak Api, Cyber 1
          63200 Cyberjaya
          Selangor Darul Ehsan

          Tuan,

          BANTAHAN KEPADA NILAIAN CUKAI TAHUNAN –
          NOTIS PINDAAN SENARAI NILAIAN (SEKSYEN 144)
          AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171)

          Saya dengan hormatnya merujuk perkara yang tersebut di atas. Surat pihak tuan No Akaun : 080305160850013 bertarikh 21 Disember 2010 adalah berkaitan.

          2.0 Saya dengan hormatnya membantah kadar cukai tahunan sebanyak RM670.32 yang akan berkuatkuasa mulai 01 Januari 2011 untukan Bangunan No 25, Jalan Warisan Indah 8/14 berasaskan fakta-fakta berikut :-

          2.1 Kadar cukai tahunan yang dikenakan tidak setimpal dan setanding dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Untuk sebahagian jalan Warisan Indah 8/14 (unit yang telah diserahkan), jumlah keseluruhan unit bangunan ialah 52 unit. Ini bermakna, pihak PBT akan memungut cukai tahunan sebanyak RM34,856.64 (anggaran). Kemudahan awam yang perlu diselenggara oleh PBT hanyalah enam (6) unit lampu jalan. Andaian kos seunit ialah RM20.00 X 6 X 12 bulan = RM1440.00. Perkhidmatan mengangkut sampah disediakan 3 kali seminggu . Andaian kos bagi setiap minggu setiap rumah ialah RM5.00 (RM5.00 X 4 minggu X 52 rumah X 12 bulan = RM12,480.00. Jumlah kos yang ditanggung oleh PBT hanyalah RM1440.00 + RM12,480.00 = RM 13,920.00.

          2.2 PBT tidak menyediakan dan menyelenggara sebarang kemudahan awam yang lain di Warisan Indah , Kota Warisan seperti Taman Permainan Kanak-Kanak, Lampu Taman, Kawasan Rekreasi atau lain-lain kemudahan yang memungkin PBT perlu menanggung kos penyelenggaraan. Dalam kes ini, kos penyelenggaraan oleh PBT ialah sifar.

          2.3 PBT juga tidak menyediakan dan menanggung kos penyelenggaraan sebarang kemudahan awam seperti gelanggang permainan, surau, pusat komuniti, dewan orang ramai dan seumpamanya yang menyebabkan wujudnya kos penyelenggaraan yang perlu ditanggung oleh PBT dan perlu dibayar oleh penduduk.

          2.4 PBT juga tidak pernah peduli dengan aduan penduduk berkaitan dengan kewujudan terlalu banyak anjing liar yang mengganggu ketenteraman penduduk sehingga memungkinkan pihak PBT menanggung kos operasi yang tinggi. Sepanjang dua tahun menetap di Warisan Indah, hanya sekali kontraktor yang dilantik oleh PBT membuat operasi, itupun gagal mengatasi masalah yang berbangkit.

          2.5 PBT juga gagal dan tidak pernah menyelenggara jalan masuk ke Warisan Indah, walaupun terdapat selekoh tajam dan lubang-lubang yang menyebabkan ancaman kepada penduduk Warisan Indah. Ini bermakna, pihak PBT tidak berhak untuk mengenakan kadar cukai seperti yang ditaksirkan oleh PBT kepada penduduk Warisan Indah. Jalan masuk ke rumah pula penuh dan tampalan dan retakan kerana dilalui oleh kenderaan berat.

          2.6 PBT juga tidak peduli dengan bangunan haram yang dibina oleh pihak tertentu sebagai Rumah Ibadat walaupun pelbagai aduan telah dibuat kepada PBT. Ini bermakna, PBT tidak pernah mempedulikan tentang penduduk Islam yang mewakili 99% populasi Warisan Indah dan sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kadar nilaian yang dikenakan oleh PBT tidak berasas dan perlu dipertimbangkan semula.

          3.0 Saya secara peribadi tidak mempunyai sebarang masalah atas nilaian cukai tahunan yang dikenakan sekiranya perkhidmatan yang disediakan oleh PBT berbaloi dengan nilai cukai yang dibayar oleh penduduk Warisan Indah, contohnya kadar cukai tahunan yang dikenakan oleh Perbadanan Putrajaya untuk penduduk Putrajaya kerana perkhidmatan yang diberikan oleh mereka setimpal dengan cukai yang dikenakan. Pihak PBT seharusnya menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan setimpal dengan cukai yang dibayar.

          4.0 Saya secara rasminya mengikut peruntukan Seksyen 144 (3) mengemukakan bantahan atas kadar nilaian yang ditaksirkan oleh pihak tuan berasaskan fakta-fakta yang dikemukakan seperti di atas.

          Sekian, salam hormat dan terima kasih.

          (AB AZIZ BIN MAMAT)
          25, Jalan Warisan Indah 8/14
          Kota Warisan
          43900 Sepang
          SELANGOR
          No Akaun : 080305160850013

          • Salam,

            Argument yang sgt bagus oleh En Aziz. Jawatankuasa tanak arrange utk buat collective objection ke? Rasanya lagi strong that way.

      • Tuan,

        Adalah dimaklumkan bahawa dua unit lampu jalan seperti dibawah tidak berfungsi dengan sempurna (kadangkala menyala dan kadangkala tidak menyala).
        FP2
        B1/61
        WI/KW
        2010
        dan
        FP2
        B1/63
        WI/KW
        2010

        Mohon tindakan pihak tuan. Harap maklum dan terima kasih.
        Ulasan
        Terima kasih di atas aduan pihak tuan.

        1) Untuk makluman pihak tuan, lampu jalan yang dimaksudkan adalah masih di bawah seliaan pihak pemaju, Gema Padu Sdn Bhd. Aduan telah dipanjangkan kepada wakil pemaju, 012-626 4607 dan surat no rujukan : MPSPG : 4/AD/LJ/BBST/05 KEJ Jilid 2 (03) bertarikh 28/12/2010 untuk tindakan selanjutnya.

        2) Jika terdapat sebarang pertanyaan,sila hubungi Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Sepang En.Zulkefli Bin Mohamed Arif ditalian 03-83190200 Ext:232.

        Segala kesulitan amat dikesali.

        Sekian, terima kasih.

        irwan Jabatan Kejuruteraan (10:46am Tue 28 Dec, 10)

        NOTA : Kalau semua Lampu Jalan masih lagi dibawah Gema Padu, untuk apa kita perlu bayar cukai taksiran yang tinggi…. Maklumat diatas adalah laporan secara e-aduan yang dibuat kepada MPSepang.

  79. Salam,

    Pada petang tadi, saya berasa amat sedih dan agak upset apabila terlihat ada sampah berupa styrofoam putih (bekas membungkus barangan elektrik) yang dilonggokkan di hujung pagar rumah saya.

    Saya berdoa semoga ini bukan tindakan salah seorang penduduk di sini kerana ini akan menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan kita semua di sini.

  80. salam…kalau sesiapa blh berkongsi intipati dialog dgn mps last weken?hrp2 ada something jg la kot kpd seleruh warga WI…

  81. Saya baru saja diberitahu bahawa smlm ada meeting dgn MPS di pejabat Majlis sebelah Affin Bank pada jam 9 mlm.

    Malangnya tiada sesiapa di sini yg mengetahui sbb tiada wakil dari WI yg dtg. Amat mendukacitakan kerana kita terlepas peluang untuk mengutarakan masalah kita di sini kepada MPS.

  82. Salam,

    Nak war-warkan pada yang tak dapat surat esok ada perjumpaan di MPS Cyberjaya mengenai notis bantahan cukai pintu. Pohon hadir beramai-ramai supaya suara bantahan kita didengar.

    Masa : 11.30 pagi
    Tarikh : 2 April 2011 (Sabtu)
    Tempat : Bilik Mesy Semarak, Aras 4, Pej MPS, Cyberjaya

    Cik Iman

  83. ajk JBWI pun tak ada bg info kat sini pun. Saya pun tk dpt dtg tempohari sbb ada urusan yh tk dpt dielak. Sila bg info ttg perkembangan perjumpaan bersama MPS

  84. asskum semua…
    saya dalam perancangan untuk membuka sebuah taska di kawasan perumahan warisan indah. saya ingin meminta pendapat dan komen mengenai persetujuan dan minat saudara-saudari tentang pembukaan taska di warisan indah.ini adalah kerana saya memerlukan maklumat sama ada terdapat permintaan di kawasan ini atau tidak..
    sila beri komen.. terima kasih…

  85. Ada sesiapa dapat makluman daripada MPS berkenaan cukai pintu yang kita bantah dulu? Mereka janji dalam bulan Mei akan diberitahu keputusannya. Tapi ni dah hujung Mei tapi masih senyap lagi ni.

    Macam mana ustaz? Ada dapat apa2 berita?

  86. Saya mohon mencadangan supaya semua penduduk Warisan Indah yang layak untuk mendaftar/menukar lokaliti mengundi ke kawasan tempat tinggal kita iaitu N56 Sungai Pelek. Tanpa kuasa mengundi, suara dan pandangan kita tidak akan dipandang walau sebelah mata oleh semua pihak yang berkenaan. Sehubungan itu, adalah amat penting untuk kita semua menukar tempat mengundi dikawasan kediaman kita sendiri bagi membolehkan suara kita diambil peduli. Untuk membolehkan penukaran dibuat, sila pastikan kita telah menukar alamat mengikut alamat kediaman kita di JPN. Pejabat JPN yang terdekat adalah di Salak Tinggi. Selepas itu, kita bolehlah pergi kemana-mana Pejabat SPR, khususnya ibu pejabat SPR di Blok C7, Putrajaya atau Pejabat SPR Selangor di Wisma PKNS atau mana-mana Pejabat Pos Berkomputer. Hanya perlu serahkan MYKAD dan kemudian tandatangan borang yang lengkap diisi. Dalam tempoh EMPAT bulan, insya Allah pertukaran lokaliti mengundi kita selesai diwartakan. Berikut adalah maklumat keputusan PRU Ke-12 bagi DUN Sungai Pelek yang merangkumi Kota Warisan.

    N56 Sungai Pelek (17,895)
    1. A Sivananthan (DAP) 5,481
    2. Dato’ Yap Ee Wah (BN) 7,053
    3. Ab Manap Sahardin (Bebas) 816
    Majoriti : 1,575

    Selangor P113, N54, N55, N56

    P113 SEPANG
    Jumlah Pengundi: 62,044
    Peratusan Kaum: M:58.71% C:23.26% I:17.86% L:0.18%
    1. Datuk Ir. Mohd Zin Mohammed (BN) (26,381)
    2. Mohamed Makki Ahmad (Pas) (21,532)
    Majoriti: 4,849
    Jumlah undi: 49,012
    Peratus mengundi: 79%
    Undi rosak: 1,099
    Penyandang: Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed (BN)
    (Majoriti: 18,837 undi)

  87. rumah sekarang makin lama makin mahal.
    setakat ni survey sy, rumah yg sy mampu nk kira dkt putrajaya cuma warisan bestari.
    rumah kt area sg merab, bangi, teras jerang semuanya tinggal RM300k++ je.
    Lepas bc komen penduduk2 kat kota warisan ni pasal gema padu, rs gusar pulak. huhuhuhu.
    Camne? ada komen/cadangan?

    • Projek Insya Allah siap tapi alau nak beli di situ kena banyak bersabar dengan karenah pemaju.

  88. salam.
    cam terawisd juga saya dah tengok warisan bestari kat situ.
    rumah contoh cantik, tpkan bila g tapak rumah ada bau dari kilang sawit lee chin chin oil mill yang berdekatan. sebelah je pulak tu.
    yang saya tak fahamnye kenapa tapak projek tu lulus, ada apa2 masalah mpsp.
    saya pening kepala juga sebab dah booking, cam saya tulis kat latets development taman warisan bestari.
    apa pandangan tuan tentang kilang sawit tu??????

  89. Telah disuarakan pada pihak mPS berkenaan kedudukan kilang sawit, tapi mengikut mereka semua mengikut peraturan…entahlah, kecuali ada sesiapa yang mahir dan pakar dalam hal kedudukan sesuatu kilang sawit dengan jarak rumah dan juga bagaimana sepatutnya mereka beroperasi barulah kita boleh lawan mereka, kita semua kurang ilmu bahagian alam sekitar…

  90. Satu lagi isu berkenaan jalan kotor. Dah diajukan pada MPS dan mereka dah dtg berjumpa dgn saya about 1 week ago.
    Saya ada highlight pada mereka one of the causes is lori pasir ni. Kebetulan pulak time tu lori pasir banyak yg lalu. Mereka setuju dgn tinjauan saya tapi mengikut mereka bukan mereka sahaja agensi yg bertanggungjawab. Yang mereka boleh buat cuma forwardkan aduan saya pada Polis, JKR, JPJ dsb. Tapi itu tidak akan dapat penyelesaian yg berkekalan. Mereka akan buat operasi, saman lori ni tapi few days later depa akan buat balik.
    So mereka suggest pada saya untuk hantar juga aduan pada JKR, Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah supaya nanti akan ada mesyuarat mingguan mereka antara agensi dan perkara ini akan dibincangkan untuk mencari jalan penyelesaiannya. The thing is all these agencies may not know or refuse to acknowledge the existence of this problem. Whatever it is I have to highlight it to them so that there is black & white in their files that there is a problem existing here in Warisan Indah. With that they cannot close one eye now. Itu yg diajar oleh pegawai MPS yg dtg hari tu.
    At the moment in the process, so kalau dpt kerjasama Rukun Tetangga untuk mengadu sama pada agensi2 ini amat dialu2kan.

  91. Salam Semua,
    Untuk pengetahuan semua dan bagi mereka yang berminat dengan Unifi, kini ianya telah boleh dilanggani, jiran sebelah saya di 8/14 telah pun memasangnya dan saya pula tunggu 7 Ogos untuk pemasangannya. Kami apply online to TM dan sekarang tengah promosi pasangan percuma yg bernilai RM200….

    • azhari, bleh tahu pemasangan unifi tu masuk kot mana? terus masuk ke dlm stor (box letrik dan tm) ikut laluan bawah tanah / laluan baru?

      • Sepatutya ikut laluan bawah tanah sedia ada masuk ke stor sebagaimana talian telefon sedia ada.. Namun demikian terdapat kemungkinan laluan sedia ada tersebut tersumbat kerana sebab-sebab tertentu, terpaksa cari laluan alternatif.. Kontraktor akan sedia upaya membantu memasukkan kabel fiber melalui ducting sedia ada, nasib baik OK.. rumah saya tak ada masalah.. 10 minit kabel dan sedia ditarik ke dalam bilik stor bawah tangga…

        • aziz, guna tak cable network yg dah siap dipasang dalam rumah tu? kalau tak silap ada 2, satu ke hall atas dan satu lagi ke master bedroom. kalau guna, buat macam mana? pasang sendiri ke atau mintak kontraktor TM tu buat skali?

  92. Salam, kabel network tu jenis CAT6. Apa yang boleh dibuat ialah dekat modem UNIFI masih ada 3 port kosong. Jadi kabel tersebut boleh terus disambungkan ke port yang kosong tersebut. Malangnya kabel CAT6 tu kat dalam stor , modem UNIFI mungkin kat lain.. apa yang boleh dibuat ialah kena beli satu switch, contohnya 8 port (RM50 lebih) dan sambungkan port antara modem UNIFI dengan switch dengan satu kabel CAT6 yang boleh sedia di beli kat kedai.. lepas tu sambungan CAT6 yang sedia ada tu boleh disambungkan ke switch tadi…. tapi kena buat termination RJ45 kat kepada kabel tu dan faceplate kat dalam bilik atas….. Mana-mana teknisyen komputer boleh buat… tak perlu TM…

    • thanks, mmg complicated. technician unifi suggest pakai network plug. lagi mudah tp costly. malangnya unifi kene lalu ikut luar, underground tak bleh lalu, kene charge tambahan rm70. kualiti tv3 unifi lg baik dr astro beyond. kalu channel sport ada kat unifi mmg dh lama terminate astro

  93. UNIFI DAN ALARM (BLUGUARD – GRAND LINK)

    Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Penggera Jenis BluGuard untuk rumah jenis Grand Link boleh disambungkan ke talian telefon yang disediakan bersama-sama Unifi. Caranya adalah seperti berikut :-

    – Pastikan kabel telefon yang disambungkan ke BluGuard (potong kabel berkenaan daripada DP telefon sedia ada).
    – Cari kabel telefon yang disambungkan ke mana-mana faceplate telefon yang ada di dinding rumah sama ada di Ruang Tamu, Bilik Tidur Utama atau Bilik Tidur Kedua. Potong dari DP dan sambungkan kepada kabel telefon yang bersambung dengan BluGuard.
    – Sediakan satu kabel telefon siap diguna yang boleh dibeli di mana-mana kedia (kepanjangan bergantung kepada jarak antara Faceplate telefon di dinding dan modem UNIFI).
    – Gunakan SPLITTER yang sebelum ini digunakan untuk split telefon dan Streamyx.
    – Sambungkan modem UNIFI menggunakan kabel telefon yang pendek ke SPLITTER (Dari RJ11 Modem ke RJ11 PHONE (Splitter). Sambungkan ADSL ke telefon UNIFI dan sambungkan kabel ADSL kepada Faceplate di dinding menggunakan kabel sambungan.

    AMARAN : Saya tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat apa-apa risiko daripada sambungan yang dibuat menggunakan panduan ini. Tuan/Puan adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang risiko yang mungkin berlaku.

    * Nota : Modem UNIFI tidak boleh dimatikan untuk memastikan penggera dan telefon boleh dihubungi pada setiap masa.

    Harap Maklum dan Terima Kasih.

  94. BELA NASIB KITA DENGAN MENJADI PENGUNDI BERDAFTAR N55 DENGKIL

    Tuan/Puan rakan-rakan penduduk Warisan Indah yang berbahagia. Apa jua perjuangan menuntut apa jua hak dan juga tuntutan kebelakangan ini hanya bernila sekiranya kita mempunyai kuasa mengundi di kawasan yang kita diami. Sukacita dimaklumkan bahawa lokaliti Warisan Indah berada di DUN N55 Dengkil dan P133 Sepang. Berikut ialah maklumat berkaitan PRU 12 bagi DUN N55 Dengkil :

    N55 DENGKIL
    Jumlah Pengundi: 26,322
    Peratusan Kaum: M:72.1% C:10.4% I:17.3% L:0.2%
    1. Datuk Marsum Paing (BN) (11,838)
    2. Ishammudin Ismail (PKR) (8,471)
    Majoriti: 3,367
    Jumlah undi: 20,726
    Peratus mengundi: 78.74%
    Undi rosak: 417

    Saya amat yakin dan sesungguhnya mempercayai hanya dengan kuasa undi kita boleh membela nasib kita, contohnya isu tapak surau/pembinaan surau, rumah ibadat haram, tapak dan bangunan kemudahan awam dan lain-lain.

    Dengan ikhlas hati, saya mencadangkan tuan/puan rakan penduduk Warisan Indah untuk menukar lokaliti mengundi ke N55 Dengkil. Cara untuk menukar tempat mengundi adalah seperti berikut :-

    i) Tukar alamat pada MYKad di JPN (yang terdekat JPN Bandar Baru Salak Tinggi).
    ii) Setelah mendapat MYKAD baru, bolehlah pergi ke mana-mana Pejabat Pos Berkomputer (di Dengkil) atau mana-mana Pejabat Cawangan/Pejabat SPR Ibu Pejabat/Negeri untuk membuat permohonan penukaran tempat mengundi.
    iii) Tunggu keputusan dan pewartaan (dalam tempoh empat bulan sekali). Semakan boleh dibuat di laman web http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/.

    Contoh :

    PERMOHONAN YANG SEDANG DIPROSES
    PERKARA PENERANGAN
    Kad Pengenalan 7777777777777777777
    Nama AB AZIZ BIN MAMAT
    Jantina LELAKI
    Lokaliti 113 / 55 / 16 / 012 – WARISAN INDAH
    Daerah Mengundi 113 / 55 / 16 – KAMPUNG MELOT
    DUN 113 / 55 – DENGKIL
    Parlimen 113 – SEPANG
    Negeri SELANGOR
    Jenis Permohonan Pendaftaran Tukar Alamat
    STATUS REKOD TELAH DITERIMA DAN SEDANG DIPROSES

    Salam hormat dan terima kasih.

  95. mohon agar penduduk / pengurusan sekolah memohon kepada kerajaan sekolah rendah dan menengah yang baru di kota warisan. murid dah makin ramai, sampai kena sekolah petang

    • maikel… kita dh wujud badan bertindak khas bagi permohonan sekolah menengah dan kafa… last week kita dh hantar surat ke PM n TPM serta MB selangor… perlukan sokongan dan bantuan semua pihak…. kami perlukan bantuan semua penduduk…

  96. Roboh kuil: Apa pendirian k’jaan S’gor?
    K Pragalath | February 24, 2012
    Kuil Sri Maha Mariamman di Taman Kota Warisan, Dengkil dirobohkan tanpa kelulusan.
    PETALING JAYA: Pemuda MIC Kebangsaan hari ini menyoal bagaimana kuil Sri Maha Mariamman di Taman Kota Warisan, Dengkil dirobohkan tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan mahupun kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.
    “Kami mahu tahu apa pendirian kerajaan negeri berkenaan perkara ini sedangkan mereka telah berjanji kuil Hindu tidak akan dirobohkan,” kata kKetuanya T Mohan ketika dihubungi sebentar tadi.
    Beliau berkata demikian ketika mengulas kes perobohan kuil tersebut yang dilakukan oleh pemaju perumahan Gema Padu Sdn Bhd pada hari Selasa.
    Sementara itu, Ketua Pemuda MIC Selangor A Shanker pula mendakwa: “Pihak pemaju perumahan tersebut tidak memberi kata-kata yang jelas berkenaan perkara ini.
    “Pihak kuil juga tidak menerima apa-apa notis seolah-olah mereka turut bekerjasama dengan pihak tertentu dan kepentingan masyarakat dipinggirkan.”
    Projek perumahan
    Shanker menyatakan dalam satu kenyataan media bahawa pemaju perumahan yang juga pemilik tanah tersebut mendakwa bahawa projek perumahan yang dibangunkan tidak mendapat sijil kelayakan kerana wujudnya kuil ini.
    “Exco kerajaan negeri Dr Xavier Jayakumar turut hadir ketika itu. Justeru itu persoalan saya adakah pemilik tanah ini memiliki tanah ini sebelum kuil ini didirikan?,” soal Mohan.
    Menurut beliau kelulusan pihak berkuasa tempatan atau notis perobohan dari mahkamah perlu diperolehi sebelum perobohan dilakukan.
    Dalam kes ini, Mohan percaya bahawa tindakan perobohan ini adalah hasil kerjasama pihak kerajaan negeri dengan pemaju perumahan. Ini kerana pemberian sijil kelayakan adalah tanggungjawab kerajaan negeri.
    Beliau menambah bahawa pemaju tersebut perlu disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mewujudkan rasa ketidaktenteraman di kalangan penduduk beragama Hindu.
    Sehubungan dengan itu, dua laporan polis telah dibuat terhadap pemaju tersebut di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi pada hari Selasa.
    Struktur kuil masih kekal
    Sementara itu, Dr Xavier ketika dihubungi menafikan bahawa keseluruhan kuil tersebut telah dirobohkan tetapi sebaliknya struktur kuil masih kekal di situ.
    Beliau berkata, tindakan merobohkan kuil adalah keputusan syarikat Kota Warisan yang turut memiliki Gema Padu. Kerajaan negeri tidak akan berdiam sekiranya terdapat kes perobohan kuil.
    “Saya telah meminta Gema Padu untuk membangunkan semula kuil tesebut,” tambah beliau.
    Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat telah diadakan di antara pihak pengurusan kuil, Gema Padu dan Majlis Perbandaran Sepang semalam.
    “Pihak pengurusan kuil memberitahu bahawa mereka memerlukan RM20,000. Sekiranya semua bersetuju saya mahukan syarikat tersebut membangunkan kuil tersebut di kawasan tanah baru,” kata Dr Xavier.

    • Nampak dah makin cantik pula kuil tu. Kata nak bina di kawasan tanah baru? Apa perkembangan terkini isu ini? Saya rasa perlu diadakan kajian keperluan sebenar kuil tersebut ada di Kota Warisan..banci tengok perbandingan bilangan kaum. Jika tidak sesuai, mungkin KRTWI boleh buat cadangan kepada pihak sepatutnya.

  97. sekrang nie masalah kuil tu kita serahkan kepada kebijaksanaan KRTWI utk berbincang bersama pemaju, MPS dan kerajaan negeri selangor (jika perlu). Mereka yg berhak buat keputusan. Saya sbg salah sorang penduduk WI berharap masalah ini diselesaikan secpt mungkin. Ada sbb mengapa GP buat keputusan tiba2 utk merobohkan kuil tsbt. Maybe KRTWI dapat jwpn diatas sbb perobohan kuil tsbt selepas ini.

  98. salam, berkenaan dgn kilang kelapa sawit tu, dua persoalan timbul:

    1) berapa jarak selamat / yg dibenarkan / panduan dr sesebuah kilang (dlm kes ni kilang kelapa sawit) dgn kaw perumahan?

    2) antara pemilik kilang & gema padu, siapa yg terdahulu buat operasi/project kat area tu? pihak yg terkemudian sepatutnya dah buat pemeriksaaan dan ikut peraturan/panduan yg ditetapkan oleh pihak berkuasa.

    ade sesiapa yg ade info berkenaan persoalan kat atas harap bole membantu. tq

  99. Dear muslim neighbor community,
    I am a Muslim home owner around the small temple area and I am absolutely disappointed about this approach of who ever built this up. I wouldn’t have invested in the house if I knew there was a temple that was going to be built all of a sudden from no where. I am still contemplating whether to move into the house or not. Could someone kindly give me an update on this please? is there any plans to remove this temple from this area? also I was hoping for a mosque to be built in the near vicinity…is there any plans for that.

    Thank you my fellow neighbors.
    Abu Ansari.

  100. Sistem Sewaan Palang Automatik / Boom Gate
    Kami menyewakan sistem ini dengan kadar yang berpatutan.pihak pelanggan tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli peralatan ini.Pihak pelanggan juga tidak perlu membuat bayaran sekiranya sistem rosak, pelanggan hanya perlu membayar sewaan apabila sistem berfungsi.

    Tempoh sewaan – minima satu tahun.

    Deposit – tiada diposit (cagaran tidak di perlukan).

    Kadar Sewaan – bergantung pada jumlah alat yang hendak di pasang dan
    kecanggihan alat berkenaan.Kadar berbeza-smart kad-midrange
    reader-dan smart tag.

    kaedah beroperasi – pemandu akan menyetukan kad pada alat pembaca kad.Palang
    akan terbuka secara automatik.Selepas kenderaan melepasi
    palang(barrier gate).Palang akan tertutup secara automatik.Semua
    data pemandu akan di rekodkan di dalam sistem komputer .

    **Berminat hubungi saya melalui telefon(013-4525252) atau email nurdin2020@gmail.com . Saya akan datang ke lokasi pelanggan untuk perbincangan lanjut.

  101. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.. Seekor kucing betina baka parsi warna coklat telah dijumpai di rumah saya (actually dia datang pun). Atas alasan keselamatan, buat sementara ini saya jaga dulu dan saya telah maklumkan kepada Dr Irwan Sobri untuk hebahan. Walaubagaimanapun saya harap tuan punya kucing berkenaan dapat menghubungi saya untuk mengambilnya kembali dalam masa seminggu dari sekarang atau saya terpaksa menyerahkan kepada sesiapa yang berminat. Saya bukan tak nak jaga tapi saya ada kucing lain, takut bergaduh. Sila hubungi saya di No 105, Jalan Warisan Indah 8/4. Hp saya : 012-3109885 (Dr Fhaisol Mat Amin)

Leave a reply to Yusoff Cancel reply