Pengumuman Penting

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kepada Semua Penduduk Warisan Indah

Sejak akhir-akhir ini kejadian curi pintu tong sampah / pintu suis utama elektrik makin menjadi-jadi di WI. Setakat ini sudah lebih 100 (seratus buah) rumah yang menjadi mangsa.

Selama ini juga banyak rumah yang menjadi mangsa pecah rumah sama ada siang hari atau pada waktu malam. Namun penjenayah semakin berani dan telah ada penduduk Wi yang menjadi mangsa samun / rompak berparang. Rumah anda hanya menunggu masa sahaja sama ada dipecah masuk atau di samun atau dirompak!!!

Sehubungan itu Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah (KRTWI) telah memutuskan tiga perkara berikut:

Pertama
KRTWI akan melantik pengawal keselamatan yang akan mengawal 24 jam di WI. Semua penduduk WAJIB menyertai kawalan keselamatan ini. Ini bagi mengurangkan kos bayaran bulanan kawalan keselamatan.

Anggaran bulanan bayaran keselamatan ialah lebih kurang RM50.00. Lebih banyak rumah yang menyertai lagi kurang bayaran bulanan.

Kedua
Semua penduduk Wi wajib membeli sticker kereta dan motor yang akan dijual oleh KRTWI. Ini bagi pengenalan kepada pengawal keselamatan.

Ketiga
Melaksanakan pintu kawalan keselamatan berpalang di semua pintu keluar masuk WI.

Semua pintu keluar masuk ke WI hanya akan dibuka pada waktu tertentu sahaja iaitu; pada waktu pagi (6.30am – 8.30am) dan pada waktu petang (5.00pm – 7.00pm) sahaja.

Pada waktu-waktu lain, hanya 2 pintu keluar masuk sahaja akan dibuka iaitu di jalan 8/2 dan jalan 8/12. Manakala pintu keluar masuk lain (8/2 laluan kedua, 8/6 dan 8/14) akan ditutup.

Nota: Perkara-perkara di atas akan bermula pada bulan Februari 2013. Sebarang bantahan terhadap penutupan pintu keluar masuk, sila kemukakan kepada pengerusi KRTWI sebelum 20 Januari 2013. Selepas itu tuan/puan dianggap telah bersetuju. Jika tuan/puan ada sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan penama di bawah:

1. Dr. Irwan (Pengerusi)  : 26, Jalan Warisan Indah 8/2  (013-3543594)
2. En. Norazhari (Timbalan) : 23, Jalan Warisan Indah 8/14  (012-2121581)
3. En. Saufi (Setiausaha) : 53, Jalan Warisan Indah 8/2  (019-6687010)

Sila isi borang kawalan keselamatan yang dilampirkan. Klik link berikut: (Borang Kawalan Keselamatan KRTWI) dan kembalikan kepada penama-penama di atas sebelum 15 januari 2013.

Yang benar

DR. IRWAN MOHD SUBRI
Pengerusi KRTWI

5 responses to “Pengumuman Penting

  1. hye,

    saya akan berpindah ke warisan indah pada bulan 3 nnt. saya di fahamkan oleh jiran jiran bahawa akan aka kawalan keselamatan kerana kadar jenayah yang tinggi. walau bagaimanapun, saya tidak bersetuju dgn sekatan jalan. ini kerana laluan rumah saya akan di jadikan main road (full access) di mana saya terlah membayar wang lebih untuk ruang lebar di antara rumah.Di bawah kta Jalan Raya, Perparitan dan Bangunan 1974 menyebut bahawa tiada mana-mana jalan awam boleh dihalang. Peraturan serupa terpakai mengikut Seksyen 62 dan 136 Kanun Tanah Negara 1965 dan Seksyen 80 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Jalan sempit tidak patut di jadikan alasan. bagaimana pula jika jalan di rumah yg saya duduki penghuni juga meletakkan kenderaan kiri dan kanan?
    Saya menyokong principal kawalan keselamatan tetapi saya tidak menyokong cara pelaksanaan yg pada saya took for granted dan tiada paperwork.
    sila tuan mengunakan sample http://www.alambudiman.net/sekuriti2.pdf.

    sila share paperwork berkenaan pelaksanaan dan bukan sekadar beberapa perenggan sahaja. syarikat tersebut perlulah mempunyai

    Syarikat mempunyai lesen yang berdaftar dengan Kementerian Keselamatan Dalam
    Negeri dan sijil masih berkuatkuasa; (sila sertakan salinan sijil/lesen berkaitan);
    1.2 Syarikat mestilah mempunyai kod bidang Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang berdaftar
    dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan sijil masih berkuatkuasa; (sila sertakan salinan sijil
    berkaitan);
    1.3 Syarikat mempunyai lesen menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata yang sah di sisi undang-undang Malaysia

    • tak pindah lagi…? emmm.. patut la you tak worry mcm kami yg dh lama pindah ni.. u punya concern sbb u bayar lebih.. emmm (lagi sekali)

  2. Semalam saya tengok penduduk di WI8/14 dan sekitarnya dah buat kawalan. Dah banayk kejadian pecah rumah ke di kawasan tersebut?

    Saya tinggal di WI8/4.

    Tk

    • Abc… memang kebelakangan ni kejadian samun dah mula manjadi… sbb tu KRTWI nak buat kawalan keselamatan…. Harap semua penduduk dapat join… perkara teknikal itu boleh dibincang lagi… yang penting semua setuju nak security… tu yang paling penting sekali

      • Slm WI
        Saya sgt setuju perlaksanaan security ni. Buat masa ni saya bekerja oversea risau gak tinggal rumah. Saya akan bayar total semua bila blk cuti insyaALLAH
        WI 8/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s