Makluman!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Makluman 1

KRT Warisan Indah (KRTWI) akan membiayai majlis berbuka puasa dan moreh di Surau al-Hijrah Kota Warisan pada 4 Ogos 2012 (Sabtu) untuk 250 jemaah. Sehubungan itu, tuan/puan yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan untuk menjayakan majlis tersebut bolehlah berhubung dengan AJK KRTWI (penama di bawah). Tuan/puan yang berkelapangan juga bolehlah datang ke surau selepas zohor pada hari tersebut untuk membantu persediaan memasak.

Makluman 2

KRTWI sedang membuat bancian penduduk Warisan Indah. Ini untuk mewujudkan pengkalan data penduduk bagi taman ini. Diharapkan tuan/puan dapat mengisi borang yang dilampirkan bersama dan kembalikan kepada penama di bawah. Semua maklumat tuan/puan adalah rahsia dan hanya untuk rekod KRTWI sahaja.

Makluman 3

KRTWI akan mengupah Syarikat Keselamatan untuk menjaga keselamatan semasa cuti Hari Raya nanti. Tarikh kawalan itu bermula pada 18-25 Ogos 2012 (8 hari). Setiap rumah yang ingin menyertai kawalan ini dikenakan RM50.00 (seperti tahun lepas). Sila isi borang yang dilampirkan bersama dan kembalikan kepada penama di bawah. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 12 Ogos 2012.

Makluman 4

Rumah terbuka Warisan Indah akan diadakan pada 22 September 2011 (Sabtu). Sumbangan kewangan bagi majlis ini amat dialu-alukan.

Makluman 5

Ketahui maklumat terkini mengenai aktiviti dan program KRT Warisan Indah di:

www.warisanindah.wordpress.com

PERHATIAN:

Untuk bayaran bagi makluman 1 atau 3 atau 4, tuan/puan boleh menghubungi penama di bawah:

1. En. Irwan (Pengerusi)  : 26, Jalan Warisan Indah 8/2  (013-3543594)

2. En. Norazhari (Timbalan) : 23, Jalan Warisan Indah 8/14  (012-2121581)

3. En. Saufi (Setiausaha) : 53, Jalan Warisan Indah 8/2  (019-6687010)

4. En. Megat (Bendahari) : 81, Jalan Warisan Indah 8/6  (019-2218094)

 

Atau tuan/puan boleh bank in ke akaun KRTWI atas nama berikut:

Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah (Affin Bank Kota Warisan: 106620000818).

 

Nota Penting: Sila SMS kepada AJK, jumlah yang telah dibank in dan bagi tujuan apa (1 atau 3 atau 4) untuk rekod KRTWI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s