Kawalan Keselamatan Raya 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Untuk makluman semua penduduk WI, kawalan keselamatan raya pada tahun ini akan bermula pada 28 Ogos (Ahad) sehingga 4 September (Ahad). Kawalan Keselamatan ini akan dikawal selia oleh Syarikat Dell Security Services Sdn Bhd 24 jam oleh 3 orang pengawal keselamatan. Setiap rumah yang berdaftar (121 rumah) dengan KRTWI akan dilekatkan dengan sticker khas (akan ditampal oleh pengawal).

Person In Charge jika berlaku apa-apa atau untuk pertanyaan lanjut ialah seperti berikut:

1. Mr. Pathma (Bos) – 016-2323476
2. Mr. Francis – 016-2871045
3. Mr. Prem – 016-9216345

Terdapat 3 pos sebagai pusat kawalan iaitu di rumah no. 26 Jalan Warisan Indah 8/2 (akan cover jalan 8/2 & 8/4), di jalan 8/6 (akan cover jalan 8/6, 8/8 & 8/10) dan pondok kawalan 8/16 (akan cover jalan 8/12, 8/14 & 8/16).

Sedikit tip keselamatan: sila pastikan punca-punca eletrik & air, pintu serta tingkap ditutup dan dikunci sebelum anda pulang ke kampung untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Lain-lain no. untuk dihubungi:

1. En. Irwan (Pengerusi KRT)                    (013-3543594)
2. En. Norazhari (Timbalan Pengerusi)   (012-2121581)
3. En. Saufi (Setiausaha)                            (019-6687010)
4. Lans Koperal Ali Zamri                          (013-6947025)
5. Balai Polis BB Salak Tinggi                    (03-8777 4222)
6. Balai Bomba KLIA                                   (03-8787 4970)
7. Balai Bomba Cyberjaya                           (03-8318 8944)

Nota Tambahan:

KRTWI juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyumbang wang untuk menjayakan majlis berbuka puasa di surau al-Hijrah, Kota Warisan pada 13 Ogos lepas. Jumlah kos perbelanjaan untuk majlis tersebut ialah RM1400.00. Lebihan daripada sumbangan ini akan dimasukkan ke dalam program rumah terbuka Warisan Indah pada 1 Oktober nanti.

Untuk rumah terbuka Warisan Indah juga KRTWI telah mendapat sumbangan wang daripada penduduk lebih daripada RM2000.00. Terima kasih sekali lagi kepada semua penyumbang.

KRTWI mengucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk Warisan Indah. Mulakan pemanduan dengan doa, Insya Allah selamat.

2 responses to “Kawalan Keselamatan Raya 2011

  1. untuk makluman no telefon balai bomba cyberjaya 03-83184142. no yg lama tidak boleh digunakan lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s