Makluman

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Makluman 1

KRT Warisan Indah (KRTWI) akan membiayai majlis berbuka puasa dan moreh di Surau al-Hijrah Kota Warisan pada 13 Ogos 2011 (Sabtu) untuk 250 jemaah. Sehubungan itu, tuan/puan yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan untuk menjayakan majlis tersebut bolehlah berhubung dengan AJK KRTWI (penama di bawah). Tuan/puan yang berkelapangan juga bolehlah datang ke surau selepas zohor pada hari tersebut untuk membantu persediaan memasak.

Makluman 2

KRTWI sedang membuat bancian semula penduduk Warisan Indah. Ini untuk mewujudkan pengkalan data penduduk bagi taman ini. Diharapkan tuan/puan dapat mengisi borang yang dilampirkan bersama dan kembalikan kepada penama di bawah. Semua maklumat tuan/puan adalah rahsia dan hanya untuk rekod KRTWI sahaja.

Klik link berikut untuk borang: Borang Bancian Penduduk

Makluman 3

KRTWI akan mengupah anggota Rela atau Syarikat Keselamatan untuk menjaga keselamatan semasa cuti Hari Raya nanti. Tarikh kawalan itu bermula pada 27 Ogos hingga 3 September 2011 (8 hari). Setiap rumah yang ingin menyertai kawalan ini dikenakan RM50.00 (seperti tahun lepas). Sila isi borang yang dilampirkan bersama dan kembalikan kepada penama di bawah. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 Ogos 2011.

Klik link berikut untuk borang: Borang Kawalan Keselamatan

Makluman 4

Rumah terbuka Warisan Indah akan diadakan pada 1 Oktober 2011 (Sabtu). Sumbangan kewangan bagi majlis ini amat dialu-alukan.

Makluman 5

KRTWI akan menjual sticker kereta dan motorsikal bagi memantapkan komuniti Warisan Indah. Maklumat lanjut akan diberitahu kemudian.

Ketahui maklumat terkini mengenai aktiviti dan program KRT Warisan Indah di:

http://www.warisanindah.wordpress.com

PERHATIAN:

Untuk bayaran bagi makluman 1 atau 3 atau 4, tuan/puan boleh menghubungi penama di bawah:

1. En. Irwan (Pengerusi)           : 26, Jalan Warisan Indah 8/2       (013-3543594)
2. En. Norazhari (Timbalan)    : 23, Jalan Warisan Indah 8/14     (012-2121581)
3. En. Saufi (Setiausaha)           : 53, Jalan Warisan Indah 8/2       (019-6687010)

Atau tuan/puan boleh bank in ke akaun KRTWI atas nama berikut:

Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah (Affin Bank Kota Warisan: 106620000818).

Nota Penting: Sila SMS kepada AJK, jumlah yang telah dibank in dan bagi tujuan apa (1 atau 3 atau 4) untuk rekod KRTWI.

5 responses to “Makluman

  1. Salam Semua,

    Sorry post kat thread ni cuz tgk post ni yg plg terkini.
    Btw nak share kejadian yg berlaku 1am td, terjaga dari tidur dek kerana ada bunyi kat atas siling bergedung-gedang, selalu bunyi juga mcm tikus or kucing, tp kali kuat lain mcm, so apalagi terus terus capai baseball bat and ready to go for action.
    Suspect mmg pecah rumah tp setelah diamati betul2 bunyi mcm dtg dari rumah sebelah, tp tuan rumah x pernah balik2 setelah sekian lama menyewa, yg tahu dia kerja Shell as an engineer.

    Untuk meredakan keadaan terus i bunyikan alarm….pastu bunyi tapak kaki kelam kabut berlari…tp selepas alarm berenti, ada lagi bunyi seolah2 derang sambung blk buat keje. Without delay buka website ni terus call Balai Polis BB Salak Tinggi : 03-8777 4222.
    Then bila tgk bunyi tu makin rancak, maybe kelam kabut nak lari kot….i call pulak Pondok Polis Kota Warisan : 03-8706 5022.

    After 15mins, Polis2 pun sampai, 2 kereta dtg… then all the sound disappeared….xde dah bunyi…Polis siap panjat rumah sebelah check..tp x jumpa apa2…belakang rumah di cek juga pun xde apa2….assumption dibuat pencuri berjaya melarikan diri.

    Apa2 pun nak bersyukur kepada Allah SWT kerana melindungi kami sekeluarga.
    Terima Kasih pada pihak Polis KW(Lans Koperal Ali Zamri) & Polis BBST.

    So if ada sesape nak share similar story pls do so, at least we can alert neighbours, nowadays we hardly have time to chat with our neighbours, semua bz kan.

    Btw my add:
    No 33, Jln Warisan Indah 8/8

    Regards
    Megat

  2. Salam tuan,

    Untuk Perkara 3 (Security semasa cuti raya), kalau bank-in, lepas tu sms ke AJK, masih perlu isi borrang ke? Atau memadai dengan nama dan alamat dinyatakan dalam sms?

  3. Salam tuan,

    Saya juga cadangkan diujudkan satu alamat email khusus untuk KRTWI, jadi Borang Bancian Penduduk (dan seumpamanya) boleh di email ke alamat ini. Rasanya akan lebih memudahkan.

  4. Salam,
    Based on cerite En.Megat diatas, tak de ke ura2 utk buat kawalan security yg tetap ie. di sepanjang masa bukan semasa musim perayaan shj.
    Maybe pihak KRTWI boleh edarkan borang utk mendapat feedbak berape ramai yg berminat utk kawalan security.
    FYI, kejadian curi kereta byk terjadi di kawasan Nilai eg. Desa Kasia, Desa Kolej etc.. sekrg ni kawasan tu dah hire kawalan security. So maybe geng2 pencuri ni akan ubah taktik mencuri di kawasan lain pula..

    wslm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s