KAFA Kota Warisan Perlu Cari Premis Baru

25 April 2011 yang lalu sahlah sudah sekolah KAFA Integrasi al-Muhajirin yang selama ini menyewa kelas-kelas Sekolah Kebangsaan Kota Warisan terpaksa mencari premis baru mulai tahun 2012. Ini kerana mulai tahun depan SKKW akan beroperasi 2 sesi, pagi dan petang dan akan menggunakan hampir keseluruhan kelas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. SKKW juga dicalonkan oleh kementerian sebagai sekolah kluster.

Bilangan murid untuk KAFA Kota Warisan ialah 545 orang, iaitu hampir separuh daripada pelajar SKKW sebelah pagi. Pada masa sekarang yuran KAFA ialah RM 22.00 sebulan bagi seorang murid. KAFA perlu mencari premis baru dan yang terfikir sekarang ialah rumah-rumah kedai yang ada berhampiran pejabat Gema Padu. Untuk menampung bilangan seramai 545, KAFA perlukan 5 blok rumah kedai untuk dibuat kelas. Sudah tentu yuran terpaksa dinaikkan dan kemungkinan lebih kurang RM 40.00 (bergantung kepada keadaan).

Sebenarnya tapak untuk KAFA memang ada diperuntukkan oleh Gema Padu sebelah tapak sekolah menengah. Namun selagi masalah sekolah menengah tu tak selesai, selagi tulah tapak KAFA tu takkan selesai. Ini kerana tapak tu adalah sekali dan tidak dipecahkan kepada 2 geran. Gema Padu pula dok main tarik tali dengan kerajaan pasal pembinaan dan pembangunan sekolah menengah Kota Warisan. KAFA telah diberikan geran permulaan RM200,000.00 oleh JAIS untuk pembangunan KAFA dan kalau tak digunakan tahun ini, ia akan ditarik balik.

KAFA dah hantar surat kepada Gema Padu untuk berikan tapak tanah tu untuk pembangunan sekolah KAFA, tapi sampai sekarang ding dong lagi. Dalam surat tu juga dah bagitau yang KAFA kena keluar daripada SKKW tahun depan. Surat daripada PPD Sepang pasal kena keluar daripada SKKW tu dah lama dapat cuma 25hb lepas baru sah dan rasmi.

AJK Pengurusan KAFA sekarang ni tengah pecah kepala memikirkan bagaimana nak sewa bangunan rumah kedai untuk menampung bilangan pelajar KAFA. KAFA juga jangka bilangan pelajar akan menurun secara mendadak tahun depan kalau yuran dinaikkan kerana kebanyakan mereka daripada keluarga yang kurang mampu. Yuran terpaksa dinaikkan bagi menampung kos sewaan, api letrik, yuran guru rakyat dan lain-lain lagi. Tahun depan KAFA memerlukan lebih kurang RM 20,000 – RM25,000 sebulan bagi menampung kos operasi. Itu tidak termasuk kos renovation bangunan menjadi kelas pembelajaran.

Kepada tuan/puan yang prihatin (sama ada anak bersekolah di KAFA Kota Warisan atau tidak), dimohon kerjasama untuk membantu AJK Pengurusan KAFA bagi menyelesaikan masalah dan cabaran yang berat ini. Idea, tenaga, masa, wang ringgit amat dialu-alukan demi survival pendidikan Islam anak-anak kita khususnya di Kota Warisan. Ini masalah kita bersama…

Kepada tuan/puan yang ingin membantu boleh hubungi Pengerusi KAFA Integrasi al-Muhajirin Kota Warisan, Us. Zairol Al-Adib (019-6600400).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s