Isla.my: Laman Sosial Islam Dilancarkan!!!

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Di keheningan subuh 12 Rabiul Awal yang merupakan detik mawlid al-Rasul s.a.w. yang penuh keberkatan ini……Alhamdulillah dengan izin dan rahmat Allah s.w.t. laman http://www.Isla.my (lebih mudah ditulis dengan satu perkataan, iaitu ‘Islamy’ yang berbunyi ‘islami’) telah dapat disiapkan.

Sempena dengan detik kelahiran baginda Rasulullah s.a.w., maka dengan rendah hati ingin dijemput para pembaca sekelian untuk menjadi ahli Islamy dan seterusnya menjemput keluarga dan kenalan untuk sama-sama berinteraksi di Islamy.

Islamy merupakan sebuah laman sosial yang direncanakan untuk menjadi alternatif laman sosial konvensional seperti Facebook dan Myspace. Melalui laman sosial ini, para ahli boleh berinteraksi, berhubung, berbual, menulis blog, menulis di forum, menggunakan perkhidmatan gambar, audio & video dan lain-lain lagi.

Menggunakan nama domain yang berakhir dengan .my bagi menggambarkan identiti Malaysia, Islamy diharapkan dapat memenuhi kehendak umat Islam Malaysia (khususnya) yang mahukan alternatif Facebook.

Sambil memikul tugas berat ini, Islamy berusaha untuk menjadikan laman sosial sebagai satu medium dakwah santai masa kini yang lebih mudah diterima oleh golongan remaja dan belia.

Terdapat banyak cabaran yang telah dilalui sepanjang menubuhkan dan menyiapkan laman sosial ini. Cabaran yang telah diatasi biarkan sahaja berlalu. Cabaran seterusnya ialah menjadikan Islamy mudah diterima dan sentiasa dekat di hati umat Islam serantau terutama golongan berusia 13-30 tahun. Bukan mudah untuk membawa mesej dakwah Rasulullah s.a.w. untuk masyarakat awam.

Untuk itu, sangat diharapkan agar para pembaca sekelian dapat memberikan sokongan kepada Islamy dan memberikan sumbangan idea, ilham, artikel, ceramah, tazkirah dll yang diharapkan dapat juga menjadi saham kita di akhirat kelak. Antara bentuk sumbangan yang tidak ternilai juga ialah sekiranya para pembaca dapat menjadi ahli Islamy dan menjemput keluarga dan rakan taulan yang kini masih berfacebook dsb.

Pada awalnya, Islamy hanya menjemput beberapa orang sahaja untuk menguji laman ini, tetapi entah macamana, walaupun belum diwar-warkan, dalam masa beberapa hari sahaja keahlian Islamy telah meningkat melebihi 200 orang.

Islamy memerlukan ramai sukarelawan & dermawan untuk meneruskan perjuangan di Islamy. Sekiranya ada yang berminat untuk menjadi editor, moderator, designer, marketer, programer dll sila hubungi admin. Saya tidak mampu memberi imbuhan besar-besaran. Hanya doa yang dapat diberikan semoga sedikit sumbangan kepada agama Islam tercinta akan dihitung sebagai besar di sisi Allah s.w.t.

Klik banner di bawah:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s