Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah

Untuk makluman semua penduduk Warisan Indah!!!

Permohonan kita untuk menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Warisan Indah telahpun diluluskan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kelulusan ini berkuatkuasa mulai 25 Oktober 2010.

Sehubungan itu satu jawatankuasa KRT Warisan Indah telahpun dilantik menggantikan Jawatankuasa Bertindak Warisan Indah. Mulai tarikh tersebut apa-apa program atau aktiviti atau urusan akan menggunakan nama  “Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Warisan Indah”. Dengan itu juga Jawatankuasa Bertindak Warisan Indah (JBWI) tidak lagi berfungsi.
 
Berikut dimaklumkan senarai AJK tertinggi KRT Warisan Indah:

Pengerusi: En. Irwan bin Mohd Subri (26, Jalan Warisan Indah 8/2).
Timbalan Pengerusi: En. Norazhari bin Hj Samion (23, Jalan Warisan Indah 8/14).
Setiausaha: En. Mohd Saufi bin Awang (53, Jalan Warisan Indah 8/2).
Penolong Setiausaha: En. Mohd Nazry bin Yusoff (39, Jalan Warisan Indah 8/14).
Bendahari: En. Megat Farizat bin Mohd Zamri (81, Jalan Warisan Indah 8/6).

Makluman Awal!

Satu majlis pelancaran KRT Warisan Indah dan hari keluarga Warisan Indah akan di adakan pada:

Tarikh: 5 Mac 2011
Masa: 8 am
Tempat: Tapak program Warisan Indah

Maklumat lanjut akan diberitahu kemudian…

7 responses to “Kawasan Rukun Tetangga Warisan Indah

  1. Salam,

    Objektif KRT secara umumnya adalah untuk urusan berkaitan sosial dan kemasyarakatan sesuatu kawasan berkenaan. Prinsip ini secara umumnya tidak membolehkan KRT menjadi suatu kumpulan pendesak untuk membangkitkan sesuatu isu dan persoalan khusus dengan pihak-pihak lain , contohnya dengan pihak pemaju , PBT atau isu-isu khusus yang lain. Saya merasakan bahawa Persatuan Penduduk Warisan Indah (PPWI) harus didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan untuk menjaga kepentingan penduduk, khususnya apabila bersangkutan dengan isu-isu khusus yang melibatkan agensi kerajaan atau pihak-pihak lain yang berkaitan. Sehubungan itu, saya mencadangkan inisiatif untuk mendaftarkan PERSATUAN PENDUDUK WARISAN INDAH (PPWI) dengan Pendaftar Pertubuhan perlu diteruskan walaupun kita telah mempunyai KRTWI.

    Proses pendaftaran agak mudah :-

    i) Penubuhan Jawatankuasa Penaja (AJK Penaja)
    ii) Mengadakan Mesyuarat Agung Penaja
    iii) Jawatankuasa Penaja menyediakan Draf Perlembagaan
    iv) Mengadakan Mesyuarat Agung khas untuk meluluskan Perlembagaan
    v) Memohon kelulusan Pendaftar Pertubuhan
    vi) Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa selepas kelulusan penubuhan

    Syabas dan tahniah atas kelulusan penubuhan KRTWI.

    Salam Hormat.

  2. Salam. Pada hari 26hb Feb ada mesyurat PIBG di Sek Keb Kota Warisan. Adakah majlis perlancaran ini akan terus di adakan sebab kebanyakan ibubapa akan hadiri mesyuarat itu nanti.

  3. as salam,
    saya harap dengan adanya persatuan KRT ini, protes kuil yang ada ini terus dijalankan, supaya kuil tersebut tidak membesar dan dapat dialihkan, satu lagi kalu ada updated issues, tolong buat buletin dan edarkan satu kota warisan supaya pengetahuan ini samapai kepada semua penduduk. wujudkan satu jawatankuasa khas baru untuk laporan semasa di kawasan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s