Wajib Bantah

Semua penduduk Warisan Indah sekarang pasti gundah gulana kerana mendapat notis nilaian semula cukai pintu yang dikenakan Majlis Perbandaran Sepang. Cukai untuk tahun depan ditaksirkan antara RM400-RM1000. Naik berkali-kali ganda daripada tahun lepas.

Mengikut surat MPSepang, penduduk yang tidak berpuas hati boleh membuat bantahan sebelum 17 Januari 2011. JBWI mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Aziz kerana telah mendraf surat bantahan dan beliau sudi berkongsi bantahan itu dengan semua penduduk.

Di sini saya juga melampirkan SURAT BANTAHAN CUKAI PINTU  yang diedit daripada surat cikgu Aziz. Tidak banyak yang saya edit. Tuan/puan boleh guna template cikgu Aziz atau yang saya edit. Apa yang perlu tuan/puan buat ialah menukar maklumat yang saya warnakan dengan merah.

Saya memohon semua penduduk untuk membuat bantahan rasmi ini kepada MPSepang beramai-ramai. Terpulang sama ada tuan/puan hendak gunakan point-point yang disediakan oleh cikgu Aziz atau buat point sendiri. Yang penting nyatakan pendirian (bantahan) penduduk Warisan Indah terhadap nilaian cukai yang melampau ini.

Tuan/puan tidak terikat dengan point-point yang dinyatakan dalam surat tersebut. Itu hanya sebagai panduan sahaja. Yang penting WAJIB BANTAHHHHHHHHHHHHH!!!!!

13 responses to “Wajib Bantah

  1. TErima kasih sbb kongsi template surat bantahan tuh..Really comprehensive and padat isinyeer. Apa kata, kalau kita pakat2 ramai2 hantar surat bantahan ker MPSepang?

  2. NOTIS CUKAI TAKSIRAN

    Seksyen 147 menetapkan semua Cukai Taksiran (separuh tahun pertama iaitu Jan-Jun) mesti dibayar selewat-lewatnya 28 Februari 2011. Sekiranya bayaran gagal dibuat, tindakan undang-undang oleh PBT mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 156 Akta Kerajaan Tempatan 1976 boleh diambil. Namun demikian, pihak PBT juga perlu terlebih dahulu mengenakan kadar denda lewat seperti berikut :-

    Tunggakan antara RM100.01 hingga RM 500 sebanyak RM10.00
    Tunggakan antara RM 500.01 hingga RM1,000 sebanyak RM 20.00

    Kesimpulannya saya hanya akan membuat bayaran cukai taksiran selepas rayuan dimuktamadkan dan bersedia membayar penalti RM 20.00 kepada PBT.

    Terima Kasih.

  3. Saya juga telah menghantar surat bantahan tersebut hari jumaat lepas. Terima kasih kepada En Aziz utk draf surat bantahan tersebut.

    Namun begitu, apa yg memeranjatkan saya adalah, mengikut kenyataan kerani yg mengambil surat bantahan tersebut, akan ada satu sesi pendengaran akan bantahan yg dibuat. Soalan saya, apakah surat yg kita serahkan/hantar tidak berasas atau MPSepang sengaja melakukan sesi berkenaan utk melepaskan diri dr dipertanggungjawabkan atas segala permasalahan yg kita hadapi?

    Secara jujurnya, saya agak kecewa dengan cara MPSepang menanggani masalah WI secara amnya. Jika dibandingkan dengan MP kawasan lain, MPSepang adalah antara MP yg paling bermasalah, pada pendapat saya. Segala permasalahan penduduk dipandang enteng, langsung tidak diberikan perhatian. Biarpun masalah tertentu sudah berlarutan sekian lama. Apakah mereka akan bertindah hanya selepas kita adukan pada media massa @ cetak?

    • kalau tak salah saya en helmi, sesi pendengaran tu memang prosedur biasa yg di amalkan di PBT apabila ada surat bantahan mengenai kadar cukai taksiran yang dihantar kepada PBT. Terpulang la nk pegi atau tak.

  4. Saya dah dapat Notis Panggilan Mendengar Bantahan
    Masa : 11.30 pagi
    Tarikh : 2/4/11
    Tempat : Bilik Mesyuarat Semarak, Aras 4, MPSepang, Cyberjaya
    Bukti pengenalan diri pun kena bawak (IC & Notis la kot)

    Saya tak boleh nak pergi sbb tak de org jaga anak2 saya… Kena ada surat kuasa bertulis.
    Ada sesiapa yang pergi?

  5. After attended at MP Sepang office, there is no news till today. I am yet paying the assessment, hope no action will be taken.
    I have received the red notification from MP Sepang regarding this.

  6. Saya digahamkan cukai pintu untuk tahun ini bagi WI mencecah sehingga RM700 lebih. adakah bantahan tuan/puan tidak dilayan oleh MPSepang? boleh saya tahu status terkini selepas sesi mendengar bantahan yang diadakan pada 2/4/2011 tersebut? apa keputusannya? tq

    • Salam. Saya baru terima surat pemberitahuan daripada MPSepang berkaitan keputusan bantahan pada Selasa, 31 Mei 2011. Nilai tahunan baru ialah RM8,280.00 (sebelum ini ialah RM9,120.00) yang mana cukai taksiran telah DITURUNKAN sebanyak RM61.74 (cukai yang perlu dibayar lebih kurang RM609.00).

      Terima Kasih.

  7. Ya tuan2 & puan2, saya pun baru terima surat tersebut dan sama seperti Cikgu Aziz cukai cuma diturunkan sebanyak RM 61.74 ( kalau dlm bahasa Inggeris “This is a joke” ).

    Anyway since MPS dah buat keputusan mcm tu saya cadang nak flood e-aduan mereka dgn complaint berkenaan keadaan kawasan kita e.g jalan kotor dsb. Selagi takde action saya akan masukkan complaint sampai mereka bosan. At least get our money’s worth.

    So sekarang ni bayarannya mcm mana? Saya ada dpt surat merah kena denda tapi pengarah penilaian masa mesyuarat bantahan tu dah berjanji nak waive denda tu.

    • MAKLUM BALAS MPSEPANG BERHUBUNG ADUAN YANG DIBUAT MELALUI E-ADUAN…….

      Tuan,

      Adalah dimaklumkan bahawa satu unit lampu jalan antara rumah No 23 dan 25, Jalan Warisan Indah 8/14, Kota Warisan, 43900 Sepang tidak berfungsi sejak bulan Mac 2009.Aduan telah dibuat kepada MPSepang pada tahun 2010, namun pihak MPSepang tidak mengambil sebarang tindakan, kecuali forward kepada pemaju. Kami membayar CUKAI TAKSIRAN RM600 SETAHUN, kenapa masih dikatakan bawah tanggungjawab pemaju.. kemana perginya cukai taksiran yang kami bayar? Mohon penjelasan MPSepang.

      Ulasan
      Terima kasih di atas aduan pihak puan.

      1) Untuk makluman pihak tuan, hasil semakan mendapati bahawa lampu jalan berkenaan masih di bawah selenggaraan dan seliaan pihak pemaju, Gema Padu Sdn Bhd kerana ianya masih belum diserahkan kepada pihak Majlis. Aduan telah dipanjangkan melalui surat no. rujukan : M.P.SPG:4/EL/01/AD/BBST/02KEJ (14) bertarikh 01.06.2011 untuk tindakan selanjutnya.

      2) Dalam pada itu, menjawab soalan pihak tuan, pihak Majlis akan hanya mengambilalih penyelenggaraan kemudahan infrastruktur jalan, perparitan dan lampu jalan sekiranya semua pembinaan di kawasan tersebut siap sepenuhnya. Oleh itu, semua kerja penyelenggaraan infrastruktur adalah di bawah tanggungjawab pihak pemaju sehingga ianya diserahkan kepada pihak Majlis.

      3) Jika terdapat sebarang pertanyaan,sila hubungi Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Sepang En.Zulkefli Bin Mohamed Arif ditalian 03-83190200 Ext:232.

      Segala kesulitan amat dikesali.

      Sekian, terima kasih.

      irwan Jabatan Kejuruteraan (2:35pm Wed 01 Jun, 11)

      Pungutan sampah dibuat oleh staf Gema Padu menggunakan Lori Hantu. Kami membayar Cukai Taksiran penuh, kenapa pungutan sampah masih dibuat oleh pemaju dan tidak mengikut jadual yang ditetapkan oleh MPSepang. Mak. telah diberikan kepada Ahli Majlis(KW) yang mana dia sendiri hairan mengapa perkara itu berlaku. Mohon penjelasan daripada MPSepang tentang perkara ini kerana kami sendiri tidak pasti destinasi pembuangan sampah oleh lori hantu pemaju dan kenapa pihak majlis tidak bertanggungjawab…
      Ulasan
      Terima kasih di atas aduan yang diberikan.

      Untuk makluman pihak tuan, kutipan sampah domestik masih lagi di bawah pengurusan pihak pemaju Gema Padu Sdn Bhd. Bagi perkara diadu pemaju menggunakan lori terbuka, pentadbiran ini akan membuat pemberitahuan dan arahan kepada pihak pemaju untuk menggunakan lori ‘compactor’ bagi perkhidmatan kutipan sampah domestik. Untuk makluman pihak tuan selanjutnya pihak Majlis akan mengambil alih kutipan seperti yang diadu bermula pada Julai 2011. Sekian,dimaklumkan.

      Sebarang pertanyaan sila hubungi
      En Norrehan bin Amat Kasman
      Pegawai Tadbir
      Unit Perkhidmatan Bandar,MPSepang
      03-83190212

      hasnidar UNIT PERKHIDMATAN BANDAR (3:29pm Wed 01 Jun, 11)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s