Pecah Rumah

Malam Sabtu lepas sebuah rumah di jalan 8/4 telah dipecah masuk. Tuan rumah keluar pukul 6 petang dan balik pukul 10 malam. Bila balik tengok rumah dah kena pecah. Antara yang hilang TV plasma dan notebook. Pencuri masuk dari pintu dapur belakang dan dipercayai dia buat kerja lebih kurang jam 8 malam.

Minggu lepas di jalan 8/4 juga dah ada sebuah rumah yang dipecah. Modus operandi hampir sama. Jadi dah ada 2 buah rumah dalam masa seminggu yang dipecah masuk.

Dah lama tak berlaku pecah rumah di Warisan Indah ni. Sekarang baru timbul balik. Jadi kepada semua penduduk diharap lebih prihatin dan waspada serta curiga. Kalau terdengar atau ternampak perkara yang mencurigakan dirumah jiran terus telefon polis.

No balai polis Kota Warisan dan Salak Tinggi ada di sebelah kanan atas blog ini. Lebih baik simpan dalam henpon supaya mudah bertindak.

5 responses to “Pecah Rumah

  1. rasanya kita perlu lagi pertimbangkan kawalan security… perkara ini telah bincang banyak kali tapi tidak dapat sambutan yang mengalakkan…
    Kalau kita dapat lebih sambutan, bayaran kawalan akan jadi kurang jugak…

  2. terima kasih atas maklumat yg diberikan.. w’pun sy duduk di w.permai.. maklumat ini amat berguna kerana ada kemungkinan akan merebak ke kws sebelah sini..

  3. saya setuju utk mempertimbangkan semula kawalan security..
    saya rase ..sambutan kurang menggalakkan tu maybe sebab ade setgh2 penduduk tidak mendpt maklumat mengenai perkara ini..
    cuma yg mengikuti blog ini shj yg tahu tentang perkara ni.
    So.. saya cadangkan.. flyers diederkan ke setiap rumah mengenai kawalan security ni.

  4. Salam.. kami setaman mengalami masalah yang sama. Untuk kos security, agak membebankan.. so, kami semua sepakat menggunakan PTT (Push To Talk) by maxis. PTT ini akan terus menghubungi kawasan jiran sebelah (yang ada PTT) dan IPD Sepang (Bahagian ape dah lupe.. maaf)

    Polis Sepang offer RM 150 (dapat henpon, Simkad maxis dan setting PTT tersebut) kami dapai dalam RM 120. Tapi Hp nokia cikai jer la.. tetiap hari nak kene caj.. hehehe…

    ermm… sambung balik.. Jadi sesiapa yang ada di rumah, mintak bantuan kepada beliau untuk meninjau² kawasan taman secara sukarela.. dan buat laporan sekiranya ada keadaan yang mencurigakan..

    Taman kami dah 9 kali rumah kene pecah.. the latest, TV 42 inci + DVD player baru beli 2 hari.. Gila gaban pencuri nih..

    Dari laporan yang diterima, Pencuri ni berpakaian kemas dan bersongkok!! gaban betul..

    Sekian.

    Oh yer.. nak no kontek untuk dpatkan HP PTT harga 120, leh hubungi En. Zul (IP Polis Bukit aman) 013-6400822. Taklimat pun dia leh bagi.. belanja kopi jer.. hehehehe…

  5. Salam

    Saya tinggal di jalan 8/4 dan baru-baru ini membuat CCTV secara DIY. So saya cuma pasang siang hari dan ambil gambar di laluan belakang.

    Hasil CCTV, ada 2 lelaki mundar mandir di laluan belakang…untuk bersangka baik..saya assume mereka ini pekerja kontrak rumah hujung yang masih dalam pengubahsuian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s