MAJLIS MAKAN MALAM PIBG SK KOTA WARISAN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SK Kota Warisan, Sepang akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal yang bertemakan ”Kecemerlangan dan Inovasi”.  Antara objektif majlis tersebut ialah untuk mengumpul dana bagi:

i. Membiayai kos mengadakan program-program kecemerlangan akademik.
ii. Menambahkan buku-buku dan kemudahan di Pusat Sumber Sekolah
iii. Membiayai program-program pembangunan pelajar dan kokurikulum
v. Membantu golongan pelajar miskin.

Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut :
Tarikh              : 19 November 2010 (Jumaat)
Masa                  : 8.00 malam – 11.00 malam
Tempat           : Dewan Rajah, Nilai Springs Golf & Country Club Resort, Nilai.
Pakaian           : Batik/Lengan panjang (Lelaki) & Pakaian Sopan (Perempuan)
Persembahan : Kumpulan Rabbani dan Aishah
Acara                :  i) Anugerah Kecemerlangan UPSR
                                ii) Anugerah Inovasi Murid Tahun 2010
                               iii) Jualan hasil kerja seni murid

Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Majlis Makan Malam Amal PIBG berbesar hati menjemput Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan serta seluruh warga untuk turut sama meraikan majlis tersebut dengan menempah meja atau penyertaan perseorangan. Harga meja adalah seperti berikut:

Pakej Titanium   :  RM 8,000.00 (Meja VIP)
Pakej Platinum   :  RM 5,000.00 
Pakej Gold            :  RM 3,000.00  
Pakej Silver          :  RM 2,000.00  
Pakej Bronze       :  RM 1,500.00  
Pakej Pengiklanan

Untuk mengetahui faedah-faedah sumbangan di atas, sila klik link berikut: MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PIBG SK KOTA WARISAN 2010

Selain tempahan meja, sumbangan dalam pelbagai bentuk sama ada barangan / hamper / wang tunai / cek amat dialu-alukan bagi menjayakan lagi majlis tersebut.  Sumbangan berupa cek bolehlah dibuat atas nama Bendahari PIBG SK Kota Warisan.  Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Nor Anikah (013-3044097) dan  Cik Norafiza (012-6853988). Sokongan dan sumbangan daripada pihak Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan amat kami hargai dan sanjungi.

Ibu bapa yang ingin menghadiri majlis makan malam amal tersebut, harga tiket ialah RM65.00 seorang dan kanak-kanak RM45 seorang. Untuk membeli tiket boleh hubungi no telefon di atas. 

(DR MOHD RUSHDAN BIN MOHD JAILANI)            
Yang Dipertua PIBG              
SK Kota Warisan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s