Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Jawatankuasa Bertindak Warisan Indah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua penduduk Warisan Indah. Semoga perjalanan pulang ke kampung dilindungi Allah pergi dan balik. Mulakan perjalanan anda dengan memohon doa kepada Allah S.W.T.

Sebelum pulang ke kampung, pastikan pintu dan tingkap telah ditutup dan dikunci. Juga pastikan punca air dan elektrik di off untuk mengelakkan perkara tidak diingini.

MAKLUMAT KESELAMATAN

Kawalan keselamatan akan bermula jam 7.00 malam pada 8 September 2010 ini sehingga 15 Sep 2010. Pegawai keselamatan yang in charge ialah En. Patmanathan 016-2323476. Kepada penduduk yang menyertai dan membayar untuk kawalan keselamatan boleh berhubung dengan beliau dari masa ke semasa. Mengenai sticker atau tanda yang dijanjikan, pihak kawalan keselamatan akan memasang sendiri di rumah tuan/puan.

Pengawal keselamatan yang mengawal sempena cuti raya akan memakai vest pemantul cahaya @ baju pengawal yang mempunyai logo “Strike Force”.

Penduduk yang tidak pulang beraya dan berada dimohon untuk turut memantau keselamatan dan performance pengawal keselamatan yang dilantik. Untuk aduan atau apa-apa maklum balas tuan/puan boleh hubungi 013-3543594 (En. Irwan).

Berikut adalah beberapa no. penting: 

Pondok Polis Kota Warisan : 03-8706 5022
Lans Koperal Ali Zamri (Pegawai polis KW): 013-6947025
Balai Polis BB Salak Tinggi : 03-8777 4222
Balai Bomba KLIA : 03-8787 4970
Balai Bomba Cyberjaya : 03-8318 8944

4 responses to “Selamat Hari Raya Aidil Fitri

  1. Assalamualaikum,
    Saya serta seluruh keluarga, menyusun jari memohon maaf dan ampun diatas segala kesalahan, halalkan segala makan dan minum sempena Aidil Fitri yang akan datang tidak lama lagi.
    Sekali lagi, selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2010 dan semuga semua selamat pulang kekampung dan dan kembali kerumah juga dengan selamat, pandulah dengan berhemah ketika dijalan raya.

    Dari,
    Norazhari Samion
    23, WI 8/14.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s