Kawalan Keselamatan Sempena Hari Raya

Kepada semua penduduk Warisan Indah, berikut beberapa makluman:

MAKLUMAN 1

Sempena cuti hari raya Aidil Fitri 2010 yang akan datang, JBWI bercadang untuk melantik syarikat kawalan keselamatan (Strike Force) untuk tempoh seminggu sahaja (8-15 September 2010). Hasil perbincangan dengan syarikat tersebut, harga yang ditetapkan ialah RM 50.00 bagi setiap rumah (sama seperti tahun lepas). Setiap rumah yang mendaftar dan membayar akan diberi sticker khas yang akan dikawal 24 jam oleh 4 orang (2 siang & 2 malam) pengawal keselamatan daripada syarikat tersebut. Ia terbuka kepada semua penduduk tidak kira pemilik atau penyewa, muslim atau non muslim.

Sesiapa yang ingin mendaftar, sila isi borang yang dilampirkan (Borang persetujuan kawal raya) dan kembalikannya bersama wang RM 50.00 sebelum 31 Ogos 2010 kepada salah seorang penama berikut:
 
1. En. Irwan bin Mohd Subri, (No. 26, Jalan Warisan Indah 8/2, 013-3543594)
2. En. Norazhari bin Hj Samion (No. 23, Jalan Warisan Indah 8/14, 012-2121581)
3. En. Mohd Saufi bin Awang (No. 53, Jalan Warisan Indah 8/2, 019-6687010)

Sebarang pertanyaan sila hubungi, En. Irwan bin Mohd Subri, di talian 013-3543594. Sila dapatkan resit bagi setiap pembayaran.

MAKLUMAN 2

JBWI akan mengadakan rumah terbuka Warisan Indah seperti berikut:
 
Tarikh : 9 Oktober 2009 (cadangan)
 Hari : Sabtu
 Jam : 9 pagi
 Tempat : Lokasi tahun lepas (Jalan 8/2).
 
Tujuan rumah terbuka Warisan Indah ini dibuat ialah untuk mengeratkan silaturrahim sesama penduduk di taman ini tidak kira muslim atau non muslim. Sehubungan itu, untuk menampung kos majlis tersebut, JBWI menetapkan bahawa setiap keluarga yang menetap di Warisan Indah (pemilik dan penyewa) agar menyumbang sebanyak RM 50.00 untuk menjayakan majlis tersebut. Jika terdapat lebihan wang daripada kos tersebut, ia akan dimasukkan ke dalam tabung JBWI. JBWI akan mengedarkan borang ini selepas hari raya Aidil Fitri nanti.

MAKLUMAN 3

Penduduk Warisan Indah yang ingin menyertai program korban pada hari raya Aidil Adha 2010 nanti di Kota Warisan bolehlah berhubung dengan Us. Zairul (imam surau al-Hijrah) di talian 019-6600400 untuk urusan lanjut. Harga 1 bahagian lebih kurang RM350 – RM400, namun harga sebenar akan ditentukan kemudian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s