Taklimat Penubuhan Rukun Tetangga Warisan Indah

Satu majlis taklimat tentang penubuhan Rukun Tetangga (RT) di Warisan Indah akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 30 Julai 2010

Hari : Jumaat

Masa : 9.15 malam

Tempat : No 26, Jalan Warisan indah 8/2 (Rumah Pengerusi JBWI)

Taklimat akan disampaikan oleh En. Musa pegawai perpaduan daerah Sepang. Tuan-tuan dan puan-puan dijemput hadir dan sila war-warkan pada jiran tetangga. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 013-3543594.

Sempena taklimat itu juga, akan ada perbincangan untuk kawalan keselamatan sempena Hari Raya (macam tahun lepas) dan juga rumah terbuka Warisan Indah.

9 responses to “Taklimat Penubuhan Rukun Tetangga Warisan Indah

  1. Salam En. Iwan, apa perkembangan lanjut berhubung dengan perkara ini. Hari tu saya tak dapat datang memandangkan saya berada di Terengganu. Harap dapat maklumkan perkembangan terkini. terima kasih

    • Memang saya akan post kan 1 entry nanti pasal taklimat malam tu….. nak kena setel 2-3 benda dulu….

  2. ari ni sabtu 7/8/10 gema padu launch projek warisan bestari dengkil, yg tak best nya access rd kena lalu warisan indah. dah la jln yg sedia ada pun sempit tambah pulak dengan 300 buah rumah lg kat warisan bestari bertambah sesak la jawabnye. dulu lori pasir lalu nanti tak tau apa lagi yg dtg. umah kat warisan indah ni pun infrastructur tak siap2 lg dah buat projek lain, buat la warisan indah ni punya pond dgn playgnd tu sampai siap baru buat benda lain. mungkin pihak MPS buat tak tau je kot, takde pemantauan projek kat warisan indah ni, yg penting masukkkkk… berubah lah sikkit wahai penguasa tempatan sempana ramadan ni.

    • aku harap jangan la ada pembeli2 yg akan tertipu dengan janji2 manis gema padu ni. waktu nak sign s&p semua boleh, bila dah siap semua banyak masalah lepas tu buat tak tau je. tunggu orang push baru nak buat. derita penghuni warisan indah adalah iktibar yg terbaik utk pembeli baru. jgn terpedaya….

      • kalau nak tau macam mana susah nye nak jalan kat warisan indah ni, cuba la guna exit yg ada pondok guard ikut jln 8/4 bila ada kereta parking kat luar on both sholder rd kena pandang on the other end tu make sure tak de kete lalu kalau tidak bertembung la kat tengah. even worse bila ada kete parking kat selekoh, masakkkk….

  3. Setuju dengan En. Ramadhan. Gema Padu ni memang jenis macam ular sawa. Suka membelit dan lidah bercabang. Janji mengalahkan wakil rakyat yang nak pencen. Buat mereka yang boleh berfikir secara waras.. timbang-timbanglah dulu sebelum membeli hartanah kat sini..sebenarnya banyak perkara yang indah khabar dari rupa…

  4. Minggu lepas nak pegi keje kul 7 pagi ada nampak banner dok kata Gema Padu penipu…. balik keje dah takde…tang tue cepat plak pemaju bertindak buang banner tuee… projek macam2… skang nak buat program mega raya kat pusat perniagaan gemilang plakk..tapi prob kat warisan indah pun takleh nak settle lagi…hampeehhhh

  5. Ha..ha..padan muka diaorang. Mmg dasar penipu tak sedar diri. Kalau ada sesiapa yg tinjau website ni pikir la sebanyak beribu kali sebelum membeli rumah kat sini.

  6. Kalu nak jangna gantung banner, cepat aja dia orang akan buang, kalau nak, buat macam ah long, photostat banyak-banyak lepas tu tampal kat semua tempat……..depan pintu dia pun tampal……..nak berani lagi buat piket kat depan project baru dia…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s