Khairat Kematian

Kepada penduduk Warisan Indah yang berminat untuk menyertai Khairat Kematian Kota Warisan, bolehlah mendapatkan borang daripada saya atau di surau al-Hijrah, Kota Warisan. Pendaftaran hanya RM 50 untuk tahun pertama, dan untuk tahun berikutnya hanyalah RM 20.

Keistimewaan menjadi ahli, ialah kos pengurusan jenazah dan tanggungan akan ditanggung sepenuhnya oleh badan khairat kematian ini. Ia diambil dari tabung khairat kematian. Kos ini ditanggung sepenuhnya jika jenazah ingin dikebumikan di sini (perkuburan Masjid Sultan Hishamuddin, BBST). Jika jenazah ahli atau tanggungan ingin ditanam di kampung sendiri, khairat kematian akan membayar wang (jumlah akan ditentukan oleh AJK khairat) kepada waris si mati.

Manakala penduduk yang tidak menjadi ahli, jenazahnya juga akan diuruskan oleh AJK khairat kematian surau al-Hijrah dan SEMUA KOS PENGURUSAN JENAZAH ditanggung sepenuhnya oleh waris si mati (kos pengurusan jenazah sekarang antara RM 800 hingga RM 1000 bergantung kepada pasaran). Sekarang ni dah mati pun kena bayar…

Keahlian dibuka kepada semua umat Islam di Kota Warisan. Tanggungan ahli terbatas kepada suami atau isteri, anak-anak (umur tidak lebih 23 tahun), ibu-bapa serta mertua yang tinggal bersama. Tiada had umur bagi anak-anak OKU. Untuk makumat lanjut, sila hubungi Imam Syukran 017-3839909 @ Us. Zairul 019-6600400 @ Us. Irwan 013-3543594 

One response to “Khairat Kematian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s