Innalillah

Hari ini Allah S.W.T telah menjemput pulang seorang manusia yang banyak berjasa kepada masyarakat Kota Warisan. Us. Ideris Rebin telah kembali ke rahmatullah pada 27 Januari 2010 lebih kurang jam 2.30 petang di rumahnya. Beliau dikenali kerana terlibat dengan penyediaan makanan di kantin Sekolah Kebangsaan Kota Warisan dan juga katering di Kota Warisan ini terutamanya untuk program-program surau.

Beliau juga mengajar bab Tauhid dalam kuliah Maghrib di surau al-Hijrah Kota Warisan setiap dua minggu sekali pada hari Jumaat. Dan yang paling dikenali ialah jasanya di kalangan jenazah-jenazah ahi kariah Kota Warisan kerana beliau yang menguruskan sesiapa yang meninggal dunia di Kota Warisan.

Namun hari ini pengurus jenazah sendiri yang terpaksa diuruskan pula kerana pergi menemui Kekasih yang Maha Agung. Jenazahnya dibawa pulang ke kampungnya di Muar, Johor pada jam 6 petang untuk dikebumikan di sana. Benarlah firman Allah Taala: “Setiap jiwa pasti akan merasai kematian“.

al-Fatihah untuk Allahyarham Us. Ideris Rebin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s