Gambar Ibadat Korban

(Lembu korban Warisan Indah)

(Proses menyiat kulit)

Alhamdulillah kelmarin, 28 Disember 2009 telah berlangsung ibadat korban yang dilaksanakan di Surau al-Hijrah, Kota Warisan. Walaupun hujan lebat turun semasa lembu pertama ingin disembelih, ia tidak menghalang penduduk Kota Warisan membantu untuk melicinkan kerja-kerja yang memang licin pun akibat hujan. Sebanyak 7 ekor lembu telah dikorbankan kelmarin, iaitu 2 ekor untuk akikah dan 5 ekor untuk korban.

Lembu pertama hingga ke 4 tidak menimbulkan banyak masalah sangat, tapi bila sampai lembu ke 5 yang merupakan lembu korban dari Warisan Indah, ia sedikit agresif. Penduduk mengambil masa sikit untuk menumbangkannya tetap hasil pengalaman akhirnya ia dapat ditumbangkan juga. Setelah disembelih dan dilonggarkan ikatan kaki, lembu korban Warisan Indah menimbulkan kegemparan apabila ia bangkit berdiri dalam keadaan lehernya telah terpotong. Nasib la ia tak lari atau kejar orang dan dalam 2-3 minit kemudian ia tumbang sendiri. Hebat betul lembu Warisan Indah ni.

Belum sempat lembu korban Warisan Indah dilapah, timbul lagi kegemparan bila lembu yang ke 6 terlepas dari ikatannya. Ia telah menyebabkan semua penduduk yang membantu atau yang sedang menyaksikan bertempiaran lari. Nasib malang bagi seorang makcik yang sedang melihat lembunya yang sedang dilapah kerana tidak sempat melarikan diri. Lembu hitam itu telah menyondol makcik tersebut dan memijaknya dan beliau dibawa ke Klinik tetapi dinasihatkan ke hospital Putrajaya sebab dia mengadu sakit dada (difahamkan yang makcik tu takde patah-patah tulang, cuma lebam sikit).

Penduduk semakin pening bagaimana nak menangkap semula lembu hitam itu, tetapi nasib baik ia tak lari dari kawasan surau, hanya berlegar di kawasan tersebut. Hampir setengah jam juga penduduk mengepungnya sambil menyusun strategi untuk menangkapnya kembali. Akhirnya ia masuk juga perangkap bila kakinya masuk dalam tali yang disediakan penduduk. Sebaik saja lembu tu terjatuh, penduduk terus mengikat kakinya dan walhasilnya ia disembelih jua.

Semangat bermasyarakat dipamerkan oleh semua penduduk Kota Warisan (termasuk penduduk Warisan Indah) baik kaum lelaki ataupun wanita. Ada yang melapah, memotong, memasak dan sebagainya. Setelah siap daging dipotong dan dibungkus, ia diagih-agihkan kepada penduduk yang hadir. Selepas solat zohor berjemaah, semua penduduk menjamu selera yang dimasak oleh Us Ideris yang juga merangkap penyembelih lembu-lembu tadi. Tahun ni menunya ialah sup, masak hitam dan daging rebus cicah air asam.

Sekian laporan dari wartawan Warisan Indah…

Nota: terima kasih kepada semua penduduk Warisan Indah yang turut membantu urusan korban/akikah kelmarin. Insya Allah tahun hadapan JBWI akan terus membuat korban jika ada penduduk Warisan Indah yang berhajat.

2 responses to “Gambar Ibadat Korban

  1. hehehe…mmg sodap, rugi tak dapat join, psal wat korban kat kg. ada rezki nak join gak di masa dpn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s