Sejak masuk keje balik ni….

Maaf kepada semua penduduk Warisan Indah… dah lama tak update blog… dulu saya masih cuti belajar… so ada masa banyak sikit untuk penduduk… sekarang dah masuk keje balik…. sibuk la sikit…

Saya dah kemukakan surat permohonan padang permainan dan tapak surau kepada pemaju kelmarin… kita akan follow up apa respon pemaju… tapi pemaju Gema Padu mangkuk hayun ni dah tau dah perangai dia… depa ingat kita budak tadika ka…. takpa kita akan desak depa suruh bagi…

pasal kawalan keselamatan …. insyaAllah kita akan start bulan 12 ni… sebab penduduk dah setuju… nanti saya akan edarkan borang rasmi untuk tujuan tu… jadi mohon kerjasama penduduk untuk isi dengan wangnya sekali….

pasal nak sewa rumah untuk surau sementara… saya tak sempat round2 lagi… mohon kepada mereka yang sudi nak sewakan rumahnya atau tahu jiran2 yang nak sewakan rumahnya boleh bagitau saya untuk tindakan lanjut….

maaf tulis pun kalut2….

7 responses to “Sejak masuk keje balik ni….

  1. Tapak pelupusan sisa pepejal sanitari Kuala Langat beroperasi
    KUALA LANGAT 6 Nov. — Dua sel pertama Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Tanjung Dua Belas di sini akan mula beroperasi 1 Januari tahun depan, sekaligus dapat mengurangkan masalah pembuangan sampah yang dialami oleh penduduk sekitar Sepang, Kajang, Putrajaya dan di sini.

  2. Alhamdulillah dpt jugak info terbaru pasal nak hire security guard utk taman kita. Tercapai hajat kita nak ade security guard. Terima kasih byk2 to moderator.

    *p/s: nak tanye ade sape2 tahu tak kat tapak kuil kecik tu diorg nak buat apa yer? kuil asal nyer dah anjak ke dlm skit.

    • Melorr……tapak tu they all nak upgrade kuil kecil tu jadi kuil sederhana besar. Dia anjak ke dalam sikit sbb developer nak korek perparitan atas tapak asal. Once that’s done dia akan alih balik kuil tu with the upgrades.

      Pernah tanya Asmady….dia kata masyarakat hindu disitu dah setuju nak pindah…tapi nampak gayanya tak jadi le.

  3. Dpt info dari member2 yg duduk kat Seri Ehsan.. tapak pelupusan sampah yg dekat Genting Sanyen dah nak siap + nak start beroperasi.. tapak ni akan menggantikan tapak pelupusan sampah di kota warisan.

  4. kesianlah pulak mereka yang tinggal berdekatan Genting Sanyen tu, mereka pulak yang kena tahan bau…kalau tengok dalam map, Genting Sanyen tak berapa jauh juga dari kawasan kita ni…
    Agak-agak bila sebenarnya kawasan perlupusan belakang ini akan ditutup operasinya…tapi easanaya walau pun sudah berhenti dari operasi, ia akan makan masa juga untuk baunya berhenti dari sedutan hidung kita ini…

  5. Tuan moderator warisanindah,

    Tahniah n trima kasih sebb buat blog bkaitan tmn ni. tahniah juga sbb dah kene keje balik hihii…. hari tu beljr phd dah habis dah ke? lepas ni kena panggil, tuan moderator ustaz dr la pula ye.

    Semoga Allah pelihara dan mudahkan segala urusan, amiin….

  6. tapi saya tgk masih banyak lori sampah yang keluar masuk..dulu dah berenti kejap…ni start masuk keluar balik …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s