Feedback Kawalan Keselamatan

Mohon kepada semua penduduk yang telah membayar untuk kawalan keselamatan baru-baru ini untuk memberi feedback kepada JBWI berkenaan prestasi syarikat Delta Force dalam mengawal keselamatan taman kita ini sempena cuti Raya Aidil Fitri.

Setakat yang dimaklumkan kepada saya, ada 1 cubaan untuk pecah masuk rumah di jalan 8/14 tetapi dapat dihalang oleh pengawal. Yang lain-lain, setakat ini alhamdulillah tiada perkara buruk yang berlaku.

Penduduk yang tidak membayar untuk kawalan keselamatan pun boleh beri komen.

Sekian harap maklum!

12 responses to “Feedback Kawalan Keselamatan

  1. Bila saya sampai dari kampung hari Rabu (malam) lepas saya tengok ada 2-3 orang pengawal keselamatan di bawah kemah sementara mereka. Pagi esoknya salah seorang guard datang tanya/confirm kerana kami pulang lebih awal dari yang saya catatkan pada borang. Saya happy sebab saya rasa mereka telah memberikan perkhidmatan sebagaimana yang dirundingkan.

    Terima kasih dan ucapan penghargaan kepada Ust Irwan dan AJK JBWI kerana bersusah payah menguruskan semua ini. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.

  2. Salam,
    Saya pun balik rabu lepas & mendapati security menjalankan tugas dgn baik. Ade rumah yg alarmnye berbunyi & security telah membuat pemeriksaan juga w/pun saya tak nampak ape2 tanda security pade pagar rumah tersebut. Saya juge mendapati pengawal2 meronda dgn motor dari rumah ke rumah.

    Maybe kita boleh meneruskan perkhidmatan security ni. Saya rase secure bila ade security yg jaga kawasan perumahakan kita.

    Terima kasih & tahniah pada pengerusi & ajk kerana berusaha arrangekan security ni.

  3. Salam, saya tinggal di jalan 8/4 dan bertanyakan pada jiran yang tidak balik kampung dan beraya di warisan indah, beliau memaklumkan pihak security terbabit menjalankan tugas dengan baik. Rakan beliau yang datang beraya di rumah beliau juga bercerita yang pengawal bertanyakan tujuan datang ke perumahan WI, alamat rumah yang akan di lawati. serta selepas itu membuat susulan memastikan beliau ke rumah yang di nyatakan.

    Pengawal yang di tugaskan membuat rondaan di bahagian hadapan dan laluan belakang rumah. Beliau ( jiran ) juga akui yang bayaran yang di bayar oleh penghuni WI terbabit adalah berbaloi. Beliau dan saya menyokong sekiranya warga WI berpakat untuk mengupah syarikat ini untuk membuat kawalan keselamatan secara berterusan seperti yg di cadangkan oleh pengerusi.

    Terima kasih untuk semua pihak yang terlibat.

  4. Saya juga balik awal dan pengawal yang bertugas memastikan semuanya berjalan dgn baik.

    Terima kasih pada JBWI dan saya rasa kita boleh berpakat untuk teruskan kawalan keselamatan ini

  5. saya secara peribadi bersetuju kawalan ini diteruskan….dan pada yg belum join …saya harap dapatlah korbankan sedikit wang demi keselamatan diri dan keluarga kerana saya rasa sesiapa yang tinggal diwarisan indah ini dikalangan yang berkemampuan…wang boleh dicari tetapi nyawa dan keselamatan tidak…

  6. Saya mmg tak balik beraya di kg, keluarga dari kg yg dtg beraya di sini. Sepanjang cuti raya tu mmg saya nampak guard2 tu meronda ngn motor sampai ker lorong kecik belakang rumah tu. FYI, kami tak bayar duit security ni. Malu and rasa bersalah pon yer jugak, yer lah dah la tak bayar tapi guard masih suluh2 rumah kami waktu malam. Mlm raya tu kami masak ketupat kat garaj, diorg lalu n suluh2 cek. Saya nak ucapkan terima kasih pada yg. membayar harap halalkan tempias security guard tu kat rumah kami.

    Feedback saya, diorg mmg buat kerja dan meronda. Kalau teruskan service security ni saya akan bayar utk keselamatan keluarga dan kawasan kita. Cuma post guard tu mmg sebelah luar sana shj yer? (Maaf saya tak tahu mcmana arrangement jawatankuasa dgn pihak syarikat). Terima kasih.

  7. Salam,
    Project dibahagian belakang sekali di Jalan 8/14 dan 8/16 mungkin akan siap dalam awal tahun depan dan penghuninya akan mula masuk dalam bulan 2 atau 3 (rasanya dan berharap sangat kerana tak tahan dengan habuk dan debu, kalau kereta tak jalan seminggu mahu satu inci debu kat atas kereta, ditambah lagi dah berapa lama tidak hujan)
    Kalau penduduk dah masuk dan penduduk disini bersetuju menyertai kawalan keselamatan saya nak cadangkan satu lagi guard post di tempat di jalan yang terakhir dibelakang kawasan kita ini, Rumah di Jalan 8/16 membelakangkan kawasan ladang kelapa sawit, jadi agak merbahaya sedikit bagi mereka disana.

  8. saya pun setuju yang service security hari tu memang baik. saya balik awal waktu hari raya tu & memang security ada kerap buat rondaan. Saya rasa berbaloi & yang paling penting saya tak risau meninggalkan rumah utk jangka masa panjang. Saya 100% menyokong kalau kita lanjutkan security service ni..

  9. Salam..saya mencadangkan agar kita gunakan khidmad security secara tetap mulai tahun depan 2010, dan dalam masa lebih kurang 2 bulan ni, kita buat survey dan kumpulkan nama2 yg nak turut serta dalam kempen kearah mewujudkan Gated Community di fasa kita…

  10. Jiran Jiran Semua, saya nak tanya pasal Keputusan security di Kota Warisan selepas Majlis pada Ahari Ahad lepas. Adakah sambutan baik ker tidak? Harap harap Gated Security akan bermula secepat mungkin sedangkan kami rasa bimbang jika tiada di rumah.

  11. Kalau benar kita hendak mengambil pengawal keselamatan, agak-agak kita sambungkan alarm rumah kita ke CMS pengawal keselamatan, jadi kalau alarm rumah berbunyi dan sewaktu kita tiada dirumah, mereka dapat pergi kerumah kita dengan confirmation terlebih dahulu dengan penduduk tersebut….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s