Kawalan Keselamatan Semasa Hari Raya

Untuk makluman semua penduduk Warisan Indah! JBWI telah menerima 54 borang untuk persetujuan mengguna Syarikat Kawalan Keselamatan semasa cuti Hari Raya ini. Kira cukup-cukup untuk minima yang Syarikat Delta Force letak syarat untuk jaga di taman kita.

Kawalan Delta Force akan bermula pada jam 7 malam 18 September 2009 dan akan berakhir pada jam 7 malam 24 September 2009. Sila ambil perhatian (terutama penduduk yang tidak pulang bercuti) pakaian rasmi pengawal Delta Force ialah baju putih (ada logo Delta Force) dan seluar hitam.

Delta Force akan meletakkan 4 empat orang pengawal (2 siang dan 2 malam) dan mereka akan meletakkan 2 payung (pondok sementara) di 2 tempat iaitu jalan masuk utama jalan 8/2 dan di jalan 8/12. Saya sertakan no. hp penyelia pengawal Delta Force untuk rujukan tuan/puan:

En. Ragu : 012-3555628 / 019-6963002

Beberapa jalan masuk di sebelah belakang akan ditutup dengan kon (sebelah malam sahaja), jadi mohon kerjasama penduduk yang tidak pulang bercuti agar memberi kerjasama kepada pengawal keselamatan. Sebarang masalah sila hubungi saya 013-3543594 (Irwan).

Sticker kayu tertulis “Security” berwarna putih merah telah mula digantung di pagar rumah penduduk yang membayar untuk kawalan keselamatan. Tolong jangan tanggalkan untuk rujukan pengawal yang membuat rondaan selama seminggu ini.

Kepada jiran-jiran yang tidak pulang bercuti atau mereka yang balik lewat, tolong tengok-tengokkan rumah jiran dan juga taman ini, dan tolong maklumkan kepada pengawal sekiranya berlaku perkara yang mencurigakan. Kepada mereka yang pulang bercuti, tinggalkan pesan kepada jiran yang tidak pulang supaya tolong tengokkan rumah.

JBWI mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dan berhati-hati ketika memandu. Ingatlah Warisan Indah…..

One response to “Kawalan Keselamatan Semasa Hari Raya

  1. Alhamdulillah…semuanya seperti sediakala setelah kembali dari cuti raya. Saya telah pulang pada hari Rabu petang.
    Setakat ini baru dapat bercakap dengan jiran sebelah belakang 8/12 dan tiada dengar khabar-khabar lain yang tidak seronok didengar sepanjang peninggalan cuti raya, harap-harap tiada apa yang berlaku kepada jiran-jiran warisan indah….SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA DARI SAYA DAN KELUARGA : NORAZHARI & SALINA,ALIF,ARIF,PUTERI,AIMAN DI 23-8/14

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s