Banner Surau Disabotaj?

Menjelang majlis pelancaran dana pembesaran Surau al-Hijrah semalam, berlaku kejadian khianat dan sabotaj yang amat mendukacitakan kita semua. Banner makluman mengenai dana pembesaran surau telah dicantas dan di”culik”  oleh individu/pihak yang tidak bertanggungjawab. Bukan 1 tapi ke semua banner (5) yang digantung di seluruh kawasan Kota Warisan telah hilang termasuk yang saya gantung di Warisan Indah dan dekat traffic light depan tu.

Kejadian ini tidak disedari oleh sesiapa dan ia dipercayai berlaku selepas waktu zohor kelmarin sebab masa saya balik solat zohor dari surau, banner tu masih ada. Nak kata Majlis Perbandaran Sepang yang buat, kenapa banner lain masih ada lagi dan bila tanya pemaju depa kata bukan pekerja mereka yang buat.

Sebenarnya kejadian mensabotaj banner surau bukan pertama kali berlaku, tahun lepas pun dah pernah berlaku. Jadi mohon kerjasama penduduk yang ada maklumat atau ternampak siapa yang cantas banner surau kelmarin, sila bagitau saya atau pihak surau atau pihak polis. Ini adalah kejadian serius!

Tapi syukur alhamdulillah, walaupun ada individu/pihak nak sabotaj majlis surau, dalam majlis pelancaran dan semalam, pihak surau berjaya mengumpul lebih kurang RM 8000 hasil sumbangan hadirin dan hadirat. Kepada anda yang ingin membuat sumbangan pembesaran surau, sila rujuk post terdahulu.

One response to “Banner Surau Disabotaj?

  1. ya ka, mungkin depa ambik banner tu nak buat bumbung kot. tp pelik gak psal banner surau je yg hilang. rumah saya baru ni pokok cili (baru nak membesar) kene cantas gak. sedar petang semlm. masa bila diorang cantas tak tau la plak. tp rasanya modus operandi memang diorang akan panjat pagar. so, kalu sesiapa yang nampak orang panjat pagar tu, tegur2 la ye.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s